𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 39

9.2K 1K 192
                                    

"Kau jangan jejak kubur ayah. Aku haramkan."

Mati langkah Eima mendengar suara keras milik Edrees menyapa sistem pendengaran. Nafas dihela lemah seraya sisi jubah hitamnya dikepal kuat.

Kaki Eima bagai tergam di lantai rumah kayu itu kala sedar akan derapan kaki Edrees yang mula merapat. Saat tubuh sasa itu melepasinya, Eima kerling melalui ekor mata.

Kelihatan tubuh Edrees sudah dibaluti dengan sepasang baju melayu yang turut dipadankan dengan warna senada dengan jubahnya. Hitam.

"Abang. Eima tahu abang marahkan Eima, Eima sedar itu khilaf Eima tapi..." Eima ketap bibir. Buat kesekian kalinya, tubir mata memanas.

"Izinkan Eima hantar ayah buat kali terakhir..." Sayu suara serak itu kedengaran.

Eima sudah penat mengeluarkan air mata dan Eima juga tiada daya untuk bertikam lidah dengan si abang, tapi kenapa abang sulungnya ini perlu menidakkan haknya sebagai seorang anak sebegini? Eima juga kehilangan seorang ayah. Sama seperti Edrees.

Edrees yang membelakangi Eima hanya melepaskan tawaan sinis selepas mendengar permintaan karut si adik.

"Itu bukan khilaf Eima. Itu memang salah kau. Dari dulu lagi kau memang pembawa sial dalam keluarga ini. Sepatutnya kau yang berada di tempat ayah!"

"Edrees!"

Terhinjut batang tubuh Eima mendengar jerkahan suara yang cukup dikenali itu. Kepala yang menunduk, diangkat. Retina mata dihiasi dengan wajah Cik Ani yang berdiri di hadapan pintu rumahnya bersama Pak Husein.

"Meskipun Eima itu adik kamu, tolong hormatkan dia. Eima juga kehilangan insan bergelar ayah seperti kamu." Jika tadi Edrees menerima jerkahan daripada Cik Ani, sekarang Pak Husein pula tenang mengungkap bait nasihat.

"Jika darah yang mengalir ini dah menjadi pengukur hubungan terikat antara kami, saya lebih rela bermandikan darah keji berbanding mengaku perempuan malang ini adik saya, pak Husein."

Dum!

Dunia Eima bagai musnah sekelip mata. Hatinya yang sudah remuk, kian berderai. Hancur. Setara itu nilai kebencian Edrees terhadapnya?

"Ya Allah, Edrees. Bawa mengucap. Ingat Allah. Berhati-hati dalam berbicara." Suara Pak Husein kedengaran lebih tegas.

Sempat dia mengerling Eima yang menunduk pilu di tengah-tengah ruang tamu itu. Kasihan. Kenapa orang asing seperti dia dapat melihat pengorbanan yang telah Eima lakukan hanya untuk kesenangan keluarganya? Mengapa bukan Edrees, Ebrahem dan juga Elyas?

Buta hati. Sehingga kebaikan yang sudah Eima taburkan ini sedikitpun tidak dipandang.

Edrees melangkah keluar daripada rumah dan menuju ke arah Ebrahem dan Elyas yang sudah berada di dalam van jenazah, bersama keranda milik ayah. Tanpa menghiraukan pandangan Cik Ani dan juga Pak Husein.

"Eima. Jom, pergi sekali dengan Cik Ani." Suara Cik Ani bertukar lembut. Kakinya masih terpacak di hadapan pintu. Sempat tangannya menggamit Eima.

Eima senyum hambar memandang dua insan itu.

"Pak Husein dengan Cik Ani pergilah. Eima rasa macam tak sihat badan pula." Dusta dalam paksa. Air mata yang bila-bila masa bakal jatuh ke bumi lagi, ditahan sedaya upaya.

Lagian bila dia dapat melihat seraut wajah Cik Ani yang makin hiba. Sempat wanita tua itu mengangkat hujung tudungnya dan mengelap birai mata yang agak basah.

Sedih dengan nasib wanita baik seperti Eima. Allah benar-benar sayangkan Eima. Sering diuji tetapi sedikitpun Eima tidak merungut bahkan mempersoalkan ketetapan takdirnya ini. Sungguh Dia telah turunkan ujian hanya pada insan yang tepat seperti Eima.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now