𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 44

10.5K 1K 165
                                    

Altaf turun dari tangga dengan tuala kecil di atas kepala. Sebelah tangan bergerak-gerak mengeringkan rambut yang masih basah itu. Mata melilau mencari kelibat si isteri.

Deria bau mula diterpa dengan haruman yang cukup buat perutnya berkeroncong minta diisi. Pantas langkah maskulinnya diayun ke arah dapur.

Iris hitam pekatnya dihiasi dengan sekujur tubuh Eima yang lincah bekerja di dapur. Tuala disangkutkan pada kepala kerusi lalu tubuh genit si isteri dihampiri.

"Sayang," Serunya lembut.

Pinggang si isteri dirangkul dari tepi. Sisi tubuh mula berlaga rapat. Sempat sebuah ciuman dilabuhkan pada bahu kecil itu.

Eima menoleh dan melangutkan kepala. Tersenyum suka dia melihat wajah segar si suami. Bebola matanya turun ke tubuh tegap Altaf yang terdedah itu. Suka seksa Eima pagi-pagi hari macam ini. Huh!

"Ye abang. Mandi dah?" Biarpun kuat haruman showergel dan aftershave Altaf  mendominasi segenap ruang, tetap Eima menyoal. Sehingga tenggelam bau masakannya.

"Dah."

"Solat?"

"Dah, sayang." Jawabnya pula.

Altaf bangkit agak lewat hari ini. Semalam dia pulang tengah malam. Seharian si suami menguruskan hal pemindahan mereka ini. Sudah puas Eima mahu meneman, tapi Altaf tak izinkan. Katanya takut Eima penat.

"Eima masak apa ini?" Sekeliling meja kayu dapurnya itu diterokai oleh anak matanya. Meskipun masih pagi, meja sudah penuh.

"Semalam abang cakap Zaril nak makan nasi minyak." Beritahu Eima.

Altaf angguk sekali. Dagu disangkutkan pada bahu Eima. Anak mata mengikut gerakan tangan Eima yang menyentuh mangkuk yang sudah diisi lauk itu.

"Sebab abang suka nasi minyak dengan gulai ayam, ni Eima buatkan untuk suami Eima." Eima senyum apabila kedua-dua belah lengan Altaf sudah merangkul erat pinggangnya.

"Tu?" Bibir Altaf memuncung ke arah mangkuk lain.

"Itu untuk birthday boy. Zaril suka makan nasi minyak dengan daging masak merah. Jadi Eima buatkan jugak untuk dia."

Pagi ini, mereka ada tetamu yang hanya diundang sekali setahun tetapi hari-hari datang melepak di kondominium Altaf ini. Si Zaril.

Hari ini ulang tahun kelahiran si telur itu. Kata Altaf, semenjak mereka berteman baik, Altaf pasti akan sambut di mana-mana restoran. Asalnya tahun ini, memang itu juga perancangannya. Tetapi Zaril sibuk. Katanya hanya ada masa terluang di pagi hari.

Demand lagi nak makan nasi minyak Eima. Jadi Eima buatkan sahajalah. Atas sekadar ihsan!

"Abang dah dimadukan ke?" Ada nada cemburu di situ.

Eima menggeliat sekejap bila Altaf menggeselkan pucuk hidung lelaki itu di kulit lehernya. Sudahlah tajam terasa dagu Altaf berlanggar di situ.

"Eh, abang. Eima yang dimadukan sebenarnya tau? Abang selalu ingat si telur itu." Pantang keluar dengan Eima, nampak itu je ingat Zaril. Nampak ini je, ingat Zaril. Cemburu Eima!

"Zaril tu tak habis-habis berlagak dengan Eima." Masih Eima ingat tempoh hari Zaril melepak di rumah mereka ini. Macam-macam hadiah yang Altaf pernah berikan kepada Zaril itu. Dan semuanya bernilai tinggi.

Bunyi loceng ditekan beberapa kali menyentakkan pasangan itu. Mereka berpandangan sekejap sebelum Altaf melepaskan rangkulan pada tubuh Eima.

"Pergilah pakai tudung. Abang buka pintu."

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now