𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 46

9.6K 1.1K 305
                                    

Tidak berkedip Eima pandang Altaf yang seperti lipas kudung itu. Kalut semacam. Sekejap ke hulu, sekejap ke hilir.

"Abang nak ke mana ni?" soal Eima risau.

Altaf pandang mata bulat Eima yang pamer kekeliruan itu. Tubuh mereka dirapatkan sembari pucuk kepala Eima dibelai.

"Somewhere." Ringkas jawapan si suami.

Naik turun dia memandang tubuh tegap dan tinggi lampai jejaka tampan itu. Altaf memakai hoodie kelabu bersama bomber jaket hitam, kaki panjang si suami ditutupi dengan seluar cargo hitam dan dipadankan dengan boots yang senada dengannya.

Pertama kali Eima lihat Altaf dalam persalinan sebegini. Altaf tampak lebih kelelakian. Hot sungguh!

Melihat daripada air muka kegembiraan si suami, Eima rasa dia memang tidak perlu risau. Tapi Eima seorang isteri dan wanita. Fikir jauh. Bahagia semacam ini dah kenapa? 

Eima menjuih. "Abang bahagia semacam keluar tanpa Eima. Jangan buat Eima menyesal bagi abang keluar malam-malam ni..." Berpeluk tubuh, Eima mengecilkan anak mata.

Altaf sekadar lepaskan tawa. Tapak tangannya beralih ke belakang kepala Eima dan ditolak sehingga dahi wanita itu menyentuh bibirnya.

"Balik nanti abang cerita dekat Eima. Abang keluar jumpa lelaki. Tak ada perempuan." Altaf tinggalkan kucupan hangat di situ.

"Bukan Zaril kan?"

Topik Zaril memang tidak akan pernah habis dalam hidup mereka. Eima harus terima hakikat.

"Bukan..." nafinya bersama senyuman yang terukir di bibir. Eima cemburu.

Eima hembus nafas lega. Tangan kanan Altaf dia ambil dan mengucup belakang tapak tangan berurat itu.

"Bawa motor elok-elok. Jangan balik lambat sangat," pesan Eima.

"Alright, ma'am. Eima pun, kalau mengantuk tidur dulu. Jangan tunggu abang."

Eima jatuhkan kepala. Patuh.

Altaf macam tahu-tahu sahaja yang kelopak mata Eima berat semacam. Penat dan keletihan menyelesaikan urusan pemindahan mereka yang tiada kesudahan ini.

"Abang pun, jangan merempit!" Jari telunjuknya naik. Amaran. Jika sampai ke pengetahuan Eima, siap Altaf. Eima kurung dalam bilik!

Tawa halus Altaf pecah seketika. "Baik, sayang..."

Keluar sahaja dari kondominium, Altaf mengeluarkan iPhone miliknya. Buka sahaja pesanan yang baru masuk itu, mengundang senyuman serta cahaya di wajahnya.

"Abi..." Tanpa sedar, bibirnya turut menggumam panggilan hormat itu.

Altaf raup wajah berkali-kali. Masih tidak percaya yang dia dapat pesanan daripada si abi.

Ya Tuhan, permudahkan segalanya. Moga ada sinar.




Buk!

"Aduh! Mama... Icha sakit!" adunya seraya tapak tangan menggosok dahi yang sakit akibat daripada melanggar sesuatu itu.

Angkat kepala, mata bulatnya bersabung dengan sepasang iris hazel. Sesaat tubuh kecilnya kejung. Melihat panahan mata itu, tubuhnya mengecil. Teddy bear dalam pelukannya dibawa rapat ke dada.

"You yang langgar I, you pulak yang melebih." Perlahan suara wanita yang dilanggar Icha.

Mendengarkan itu, Icha berkerut.

"Salah aunty lah. Aunty yang keluar tiba-tiba."

Lain kali, bagi lah signal dulu atau lampu ke... Kan?

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now