"Choo! Choo!"
Dengan kelopak mata yang masih terpejam, bibir merah milik Altaf bergerak mengukir senyuman. Lenanya agak terganggu apabila sistem pendengaran diterjah dengan bunyi yang terhasil melalui orang sebelahnya.
Celik mata lalu menunduk melihat wajah Eima yang masih lena. Bebola mata Altaf bergerak melihat sesuatu yang merayap pada tubuhnya. Jari Eima!
"Abang..."
"Ya..." sahutnya lembut. Setia memandang Eima yang baru sahaja memanggilnya itu. Kerling jam dinding, Altaf sebak rambutnya ke belakang.
Pukul 3 pagi. Bererti sudah masuk waktu Eima mengigau.
"Choo! Choo!" Memuncung-muncung bibir sejemput milik Eima. Jari telunjuk dan juga tengah, bergilir-gilir merayap di tubuh Altaf.
"Bunyi apa tu, baby?" Sebelah tangan menongkat kepala manakala sebelah lagi mengusap perut Eima.
"Train!" jawab Eima gembira.
Kereta api pulak dah. Semalam bunyi helikopter. Helikopter terbang ke Turki mencari shawarma katanya. Comel sungguh ibu mengandung ini. Macam-macam! Kalau Altaf tak layan nanti dia merengek.
"Nak gi mana naik train itu?" soalnya lagi sambil menyelitkan rambut Eima yang menutupi wajah cantik itu ke celah telinga.
"Japan." Eima versi mengigau ini suka bercakap sepatah-sepatah. Memang asing sungguh daripada mulut yang asalnya terlalu becok itu.
"Jauhnya... Sayang buat apa?"
Tiba-tiba kedua belah bibir itu jatuh melengkung. "Nak cari souffle pancake." Sedapnya...
Terangkat sebelah kening Altaf melihat Eima yang teguk liur itu. Bibirnya didekatkan ke dahi Eima dan meninggalkan kucupan hangat di situ. "Esok abang buatkan. Tidur dulu. Nanti subuh abang kejut Eima."
"Yeay! Thank you, abang!" Dek kerana terlalu teruja, ditamparnya dada Altaf. Pasrah sahaja lelaki itu. Meskipun dia berlapik baju, mendesis kesakitan juga.
"Eh abang. Mak cik itu..." Ya Tuhan. Malam ini ada watak tambahan ke?
"Kenapa dengan mak cik itu?" Risau Eima meninggalkannya dalam keadaan tergantung sebegini.
"Dia suruh Eima berhenti. Mak cik itu nak kencing!"
Zzap! Segar-bugar Altaf jadinya. Dia bangun dari baringan lalu menepuk lembut pipi Eima. Sekadar untuk mengejutkan wanita itu.
"Eima. Bangun sayang." Bahu sang isteri turut ditepuknya.
Merasakan lenanya yang begitu indah itu terganggu oleh sentuhan, terpisat-pisat dia cuba mencelikkan kelopak mata.
"Abang kenapa?" Kelopak mata digenyeh. Bila dia turut bangun, tubuhnya seperti terkena renjatan elektrik. Erk!
"Kejap abang. Eima nak ke tandas!" Tinggi suaranya menahan Altaf daripada berbicara. Eima nak kencing!
Altaf diam memandang Eima yang ganas menolak duvet itu. Wanita itu turut berlari anak lalu masuk ke dalam bilik air. Mujurlah Altaf sempat nyalakan lampu nightstand. Dan syukurlah keputusannya untuk mengejutkan Eima itu tepat.
Selang beberapa minit, Eima keluar dari bilik mandi. Lalu memanjat ke atas katil dan duduk bersimpuh di hadapan Altaf.
"Awak buat apa lencun habis ni, sayang?" Altaf ketawa kecil. Serupa kanak-kanak keluar dari bilik air. Basah wajah cantik itu.
Eima sengih sahaja. "Kenapa abang kejut Eima? Abang nak apa-apa ke?" Kembali ke tujuan asal.
"Tak adalah. Abang rindu Eima je. Tidurlah. Abang minta maaf sebab ganggu Eima." Rambut yang kelihatan agak beserabut itu, Altaf turut kemaskan.
YOU ARE READING
ALTAF'S SAVIOUR
RomanceNur Eima X Syed Altaf Qhadi Tolong jangan baca❗️ Sinopsis tak ada. Author dia tak reti nak karang sinopsis. Entah apalah dia ni reti pun tak tahu 🤷🏻♀️