𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 41

12.2K 1.1K 263
                                    

Altaf menolak daun pintu bilik tidur Eima. Senyum hambar tercalit di bibir melihat tubuh genit si isteri yang termenung di hadapan cermin.

Usai menutup daun pintu, kaki panjangnya melangkah ke arah Eima. Altaf berdiri di belakang tubuh Eima yang sedang terduduk di atas kerusi berhadapan meja solek.

Altaf pandang wajah isteri melalui pantulan cermin. Wajah itu agak sugul, sembap dan juga suram. Tetapi Eima tetap cantik.

"Eima..." Gemersik suara maskulin itu menerjah halwa pendengaran Eima. Dadanya juga terasa dilingkar oleh jemari kasar itu. Hingga Eima sedikit tersentak.

Eima menunduk melihat lengan Altaf yang sudah menyilang di dada. Angkat kepala, pandangannya berlaga dengan iris hitam pekat milik Altaf.

"Abang." Eima pusing tubuh dan menghadap si suami. Lengan menjalar di pinggang itu sebelum wajah disembamkan ke perut Altaf.

"Perut abang keras..." Eima tekan kuat wajahnya ke abdomen lelaki itu. Berketak-ketak.

Altaf senyum tipis. Rambut Eima yang jatuh mengurai dia elus berulang kali.

"Lawyer ayah dah sampai." Beritahu Altaf separa bisikan.

Mendengarkan itu, tubuh Eima kaku. Darah panas menyerbu pantas ke segenap inci tubuh. Eima takut.

"Eima tak nak keluar." Adunya sembari menekan wajah disebalik tubuh si suami.

Eima pernah lalui kejadian seperti ini. Selepas arwah emak meninggal. Hari itu, merupakan titik permulaan hubungan Eima dan adik-beradiknya sekeruh ini. Abang Edrees bencikannya. Dan mandat Eima sebagai seorang kakak kepada Elyas dan Ebrahem telah gugur.

Dan Eima benci. Eima tidak suka.

Altaf buang nafas lemah. Tubuh Eima ditolak lembut sebelum Altaf jatuh melutut di hadapan si isteri. Kedua belah tangan Eima dipehaa, Altaf tindih.

"I know my wife alone is strong enough to face what will come. But still, I'm here. Abang akan ada dengan Eima." Pujuk Altaf bersama tatapan redup. Jemarinya diangkat dan dibawa menyentuh pipi Eima. Ibu jarinya mula bergerak mengusap.

"I'm your good sidekick, ain't I?"

Eima tertawa. Pipi Altaf turut disentuh. Punca kekuatannya.

"Sidekick? Tapi Zaril cakap abang wonder pet Eima." Dandan nama Zaril terpalit sama.

"Sidekick, wonder pet—name it. I can be anything you want. Abang milik Eima." Jemari halus Eima yang kesejukan, Altaf raih dan dibawa ke bibir. Kucupan kasih Altaf hadiahkan di atas kekura itu.

"Thank you, abang... Sebab selalu ada." Bisik Eima.

Altaf hanya senyum tipis sebagai balasan. Tubuh diangkat sebelum lipbalm yang terdapat di atas meja solek digapainya. Bibir Eima yang agak kering, Altaf elus dengan lipbalm itu.

"Pandainya abang..." Tawa Eima pecah.

"Abang selalu nampak Eima buat macam ni." Jawab Altaf sembari bawah bibir Eima diusap dengan ibu jarinya. Menghilangkan sisa comot.

Altaf gapai tudung sarung milik Eima yang disangkutkan di sebelah wanita itu.

"Eima buat." Dapat membaca perlakuan si suami yang seakan mahu membantu memakaikan tudung buatnya, Eima menghalang.

Altaf sekadar menurut. Selang beberapa saat, Eima sudah berdiri di hadapan Altaf sambil melangutkan kepala dan memandang ke arahnya dengan senyuman yang teramat cantik.

"Cantiknya awak sayang..."

Tidak sangka mendapat pujian yang agak mengejut daripada Altaf, Eima sekadar tersenyum malu. Lagian bila mata helang itu menikam lembut iris hitam bundar miliknya.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now