𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 53

8.1K 973 148
                                    

Eima pandang tajam dua kujur tubuh sasa yang berada di hadapan pagar sebuah rumah agam yang amat luas serta mewah itu. Bergilir-gilir anak matanya memaku raut wajah tegang tersebut.

Mangkuk tingkat yang berisi lauk-pauk kekal dalam tangannya dibawa merapat ke dada. Dia nampak dua pasang mata itu begitu ralit menekur mangkuk tingkatnya.

Huh. Nak jugalah itu. Tapi maaf. Eima bawa cukup-cukup untuk insan tersayang sahaja.

"Saya nak masuk." Sejujurnya dah penat Eima ulang ayat sama sejak tadi. Minta elok-elok pun dilayan acuh tak acuh. Sombong betul.

Dua orang lelaki bertubuh sasa itu saling berpandangan lalu meletuskan tawa.

Eima mendengus. Geram dan panas hati bila arahannya itu dibuat seperti angin lalu sahaja. Kurang asam. Berani mereka tidak menghiraukan Eima. Dia tidak kenalkah Eima ini siapa?!

"Saya nak masuk!!!" Eima menjerit kuat sehingga mati tawa mereka berdua beralih dengan kejutan. Tanjat boboi.

Eima senyum senget. Tahu pun. Ini baru gear satu. Belum Eima tukar gear sport lagi itu.

"Ini kawasan larangan. Bukannya sembarangan orang boleh minta masuk macam ni," jawab seorang lelaki yang berjambang itu dengan tegas. Sempat anak matanya naik turun memandang Eima. Angkuh.

Eima mencerunkan anak mata. "Woi! Tengok apa?! Cocok mata tu kang. Tundukkan pandangan. Islam ke tak?" Dia bukan main pakai baju longgar dan tudung labuh ini boleh pula nak main scan-scan!

Pervert betul. Muka tak helok ini sekurang-kurangnya kenalah beradab. Sedar diri macam Eima. Atau nak tunggu Eima buka kelas agama dulu ke? Sudahlah matahari sungguh terik di atas kepala ini.

"Pergi dari sini atau kami guna cara kasar," ugut lelaki yang berambut tocang itu pula.

Eima bercekak pinggang. Bebola mata digulingkan ke atas. "Huh. Lemah. Main ugut-ugut perempuan pula..." perlinya berserta dengan raut muka yang menyampah. Takutlah itu.

Jep dan juga Nuar saling berpandangan lagi. Masing-masing berkerut melayan kerenah perempuan yang tidak berapa betul ini. Gila ke?

"Macam inilah encik-encik sekalian. Saya datang dengan cara baik, tapi encik-encik tak layan saya. Saya dah beri salam, minta izin nak masuk elok-elok tapi boleh pula encik-encik palau saya. Islam amat menitikberatkan adab melayan tetamu wahai encik-encik sekalian... jadi tolonglah izinkan saya masuk selagi saya masih mampu bersabar ya?" pintanya panjang lebar.

Pakej dengan senyuman lagi. Tak manis sangat kerana yang manis itu hanya untuk encik suami tersayang.

Mendengarkan nasihat itu, Jep dan Nuar berpandangan lagi, bersilih ganti dengan wanita yang bertudung di hadapannya ini.

"Kami tak menerima tetamu," beritahunya. Mengusir secara halus.

Tarik nafas... hembus pelan-pelan...

Eima ulang perbuatan tersebut berulang kali. Eima tak mahu marah-marah ini. Eima nak jadi penyabar. Mood dia sudahlah serupa roller coaster kebelakangan ini.

"Kenapa awak tak menerima tetamu pula? Saya bukannya nak jumpa awak. Saya nak jumpa orang dalam rumah itu. Mak mertua saya dengan suami saya ada dekat dalam tahu? Saya nak ambil suami saya ini. Cepatlah!" Leternya sambil bercekak pinggang. Dahi sudah berlapis seribu. Geram betul dengan mangkuk jamban yang tidak faham bahasa melayu ini. Perlu ke Eima cakap tamil?

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now