𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 49

10.1K 1.1K 188
                                    

Meskipun masih subuh dan pagi hari, tidak menghalang Eima untuk bergelak ketawa dan menghiburkan diri.

"Comelnya..." Jari telunjuk menguis sekeping gambar yang sudah tersimpan elok di dalam album yang dipegangnya itu.

"Gomol kang!" Akibat kegeraman, tangannya yang membentuk kepalan juga terbuka dan tertutup berulang kali.

Sedang leka menilik setiap helaian album itu, tiba-tiba gegendang telinga dipukul oleh suara dalam yang amat dikenali.

"Sayang."

"Opocot mak kau!" Spontan dia melatah kuat. Tubuhnya turut terenjat kecil.

Badan menegak serta-merta. Kalut dia menutup album lalu menyimpannya ke dalam laci yang berada dekat dengan meja solek itu.

Rambut yang agak kusut dibetulkan lalu dengan pantas dia membalikkan tubuh menghadap si suami.

"Oh, a— abang. A— awal abang balik harini." Tergagap-gagap Eima menegur si suami yang sedang berpeluk tubuh dan menyendeng pada jenang pintu bilik.

Altaf keluar menunaikan solat subuh berjemaah di masjid pagi tadi. Eima memang dah biasa. Tapi tak sangka Altaf pulang agak awal hari ini.

"Eima buat apa?" soalnya penuh syak wasangka.

Alamak. Kantoi ke?

Tenang Eima. Tenang...

"Ha? Eima... tak buat apa pun." Dia senyum senget. Belakang badannya disandar rapat ke laci itu.

Altaf menanggalkan kopiah di atas kepala sebelum lambat-lambat dia melangkah merapat ke arah si isteri.

"Really?" Anak matanya yang memanah ke wajah Eima, mengecil.

Gementar. Lagian bila Altaf sudah selamat berdiri rapat di hadapannya. Makin mengecil tubuh Eima kala Altaf bertindak mengepung badannya. Pergerakannya terbatas. Hanya kepala yang melangut dan anak mata berkedip pantas melihat wajah tampan si suami.

"Do you hide something from me, my mischievous angel?" Tubuhnya dicondongkan sedikit sehingga dahi mereka dicantumkan bersama.

Tidak betah dengan anak mata gelap menawan yang menikam tepat irisnya, Eima menghalakan wajah ke arah kanan.

"M— mana ada!" bohong.

Mendadak rahangnya dicekup oleh tapak tangan kasar milik Altaf menjadikan wajah mereka saling bertentangan. Kali ini lebih rapat sehingga terasa tajam nafas hangat Altaf menampar kulit wajahnya.

"Abang kenal Eima. You stuttered." Dalam bahasa yang lebih mudah difahami, Eima sedang menipunya.

Sesaat dahi Eima berkerut kecil. Ish, bencilah!

"Eima tengok apa tadi sampai abang ketuk pintu 3 kali pun sayang tak sedar?"

Sebegitu ralitkah dia tadi?

Asyik memikirkan ayat mencipta alasan, pinggangnya disauk oleh lengan gagah Altaf. Terjerit kecil Eima bilamana Altaf merengkuh pinggangnya merapat sehingga tubuh mereka berlaga.

"Jawab abang, sayang..." Ibu jarinya nakal merayap ke bibir bawah Eima dan diusap halus.

Eima kunci mulut. Tidak mahu menjawab soalan si suami. Eima nak kelentong pun sia-sia nanti. Jadi diam adalah solusi yang terbaik!

Diam seorang Eima amat menguji kesabaran Altaf. Tidak tertahan, mudah dia tarik laci sekaligus mengeluarkan sesuatu itu.

Dia nampak Eima tergopah-gapah memasukkan sesuatu ke dalam laci tadi.

"Abang!" Kuat jeritan Eima memenuhi segenap inci ruang bilik tidur mereka.

Saat dia ingin merampas album yang sudah berada dalam genggaman Altaf, lelaki itu lebih licik. Mengangkat tangannya tinggi ke atas.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now