𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 16

10.4K 782 68
                                    

"Ya, ayah. Eima dengar..."

Altaf senyum tipis. Seat belt pada tubuh Eima dipakaikan olehnya. Sejak tadi dia dengar ayah mentuanya duk pesan macam-macam pada Eima. Sedangkan mereka hanya mahu bercuti ke Sabah.

Eima angkat sedikit lengannya. Memudahkan kerja Altaf. Sambil itu, masih pasang telinga mendengar bebelan ayah. Sibuk request cucu. Eima tahulah. Eima dah prepared mental dan fizikalnya.

"Belum berlepas lagi. Eima baru je masuk." Eima menjawab persoalan Encik Zain.

"Altaf?" Eima berpaling ke arah pemilik nama yang disebut tadi. Si suami hanya memandangnya dengan sebelah alis terangkat.

"Ada sebelah Eima. Menantu ayah tak boleh berpisah dengan Eima. Nanti dia rindu. Altaf cakap." Memandai. Angkat bakul sendiri je kerja si Eima ini.

Mendengarkan itu, pipi tembam Eima dicubit manja. Geram Altaf tengok Eima senyum. Pasti pipi itu naik. Altaf kunyah juga nanti.

Eima senyum senget. Kepala ditundukkan sembari bahu Altaf yang berlapik jaket dikucup. "Muah!"

Altaf geleng pasrah. Eima sudah berubah. Sejak mendapat keizinan daripada Altaf untuk bermanja. Beginilah jadinya. Tidur nak berpeluk, jalan nak berpegangan tangan dan selalu bercerita. Tetapi segan itu masih ada. Cuma kurang.

Altaf tidak kisah. Altaf suka. Sebelum ini dia sering kesunyian dan dengki dengan manusia yang punya insan tersayang. Sekarang, ada Eima yang selalu mendahulukannya dalam setiap perkara, masakan melayan wanita itu pun sesuatu yang berat bagi Altaf, kan?

"Mana ada Eima gatal!" Sangkal Eima. Ada ke patut ayah tuduh dia menggatal? Eima tak pernah berperangai tak senonoh seperti itu. Lagi satu, Eima mana reti nak menggatal, kan?

"Tapi kalau Eima nak menggatal pun, Eima gatal dengan suami sendiri je. Tak salahkan, ayah?" Bercakap dengan ayah, tangan sibuk duk melukis-lukis di lengan Altaf yang berlapik jaket itu. Eima ini memang pandai menggatal. Lebih pada pandai.

Lekas tangan Altaf menangkap jemari Eima yang merayap pada lengannya lalu disulamkan dengan jemari kekarnya. Kalau tak dihalang, jauh melencong jemari runcing itu merayap nanti. Eima ni nakal, kan?

"Ha? Kena minta izin jugak ke?" Mahu garu kepala Eima mendengar si ayah. Ayah kata kena minta izin sebelum nak menggatal. Ha sudah! Eima main langgar je. Kan Altaf suami Eima? Nak minta izin dengan siapa? Dengan Altaf?

"Yalah. Nanti sampai Sabah Eima beritahu ayah. Ayah jangan rindu Eima pulak. Jangan nangis tau?"

Altaf senyum. Sejak dari rumah semalam Eima duk mengusik ayah. Katanya ayah akan menangis jika tiada Eima. Sekali nak seludup ayah dalam bagasi.

Sedangkan Eima yang runsing benar dengan ayah mentuanya itu. Sekejap duk whatsapp. Tanya makan ke tidak, ubat dah ambil ke belum dan macam-macam lagi lah. Tiap waktu dan saat sebut tentang ayah. Eima anak mithali. Jauh beza dengan Altaf.

"Okey ayah. Assalamualaikum. Saranghae!" Serentak itu, Eima ketawa. Ayah tak faham perkataan korea. Itu pun Eima main bantai sahaja. Belajar daripada k-drama.

''Apa yang seronok sangat?'' Soal Altaf melihat bibir Eima yang tidak lekang dengan senyuman. Kepala itu juga bergerak kecil dengan alunan perlahan yang hanya dapat didengari oleh mereka.

Eima menyeluk masuk telefon pintarnya ke dalam beg. Wajah tampan Altaf dicari. Senyuman di tarik makin lebar. Sejak jadi isteri Altaf pemandangan Eima selalu indah.

Eima's eyes have been blessed!

''Seronoklah... Saya nak pergi honeymoon dengan suami saya.'' Jawab Eima. Mood menggedik dah bertandang.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now