𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 32

11.3K 895 125
                                    

30 tahun lalu...

Engku Khadija labuhkan punggung di atas kerusi yang disediakan di tempat menunggu. Sekeliling ruang yang dipenuhi dengan kaum wanita itu dipandang lesu.

Sekejap anak matanya dipakukan ke pasangan suami isteri dihadapannya. Retina mata dihiasi dengan pemandangan yang cukup indah pada zahirnya, tapi bukan untuk dia.

Si suami yang sedang mengusap-usap perut si isteri, sambil bergelak ketawa. Bahagia mungkin.

Sejenak dia tertawa sendiri. Mana mungkin tidak bahagia? Memang impian sepasang suami isteri yang normal ingin punya anak. Bukankah anak itu pengikat kasih sayang?

Tidak semena, tapak tangan turut berlabuh di atas perut kempisnya. Menunduk kecil, blouse yang dipakainya diramas kasar. Ingin sahaja dia mencakar-cakar kuku tajamnya disitu.

Dikurniakan nikmat yang sama, cuma penerimaannya berbeza. Beza besar.

"Engku Khadija binti Engku Tarmizi!" Mendengar laungan segaris namanya, Engku Khadija angkat kepala. Lemah kaki dibawa ke arah sebuah bilik yang berada di hujung ruangan besar itu.

Nama yang ditulis pada papan tanda disebelah pintu dibaca. Dr Ameera. Sejenak, nafas diambil panjang.

Tolak daun pintu, balikkan tubuh, pandangannya dihiasi dengan seorang wanita bertudung bersama kot putih yang berdiri di hadapan sebuah meja. Jelas wanita itu terkejut dengan kehadirannya.

"Dhija. Dhija buat apa dekat sini?" Soal Ameera sambil langkah diatur mendekat ke arah wanita cantik itu. Atau lebih tepat, madunya sendiri.

"Meera. Tolong Dhija..." Tubir matanya mula bergenang. Tubuh laju berpaut pada lengan Ameera. Sungguh dia tidak kuat.

Ameera ambil nafas panjang. Signal diberi pada pembantunya yang masih setia di hadapan pintu supaya memberi ruang kepadanya.

"Jom duduk dulu." Ameera bawa tubuh itu duduk di sofa. Dia turut labuhkan punggung di sebelah Engku Khadija.

"Kenapa ni, Dhija? Dhija buat Meera risau. Dhija tak sihat ke?" Tapak tangan menyentuh dahi wanita itu. Suhu normal.

Sentak dia melihat kolam mata wanita itu yang mula pecah. Makin runsing dia.

"Adi ada apa-apakan Dhija ke?" Soalnya teragak-agak.

Meskipun dia tahu suaminya itu tidak akan pernah berkasar dengan wanita kesayangannya. Tapi hampir setahun dia menyandang status isteri kepada lelaki itu, sudah tahu tahap baran Syed Adi Uzam.

"Dhija mengandung."

"Alhamdulillah... Dhija datang nak check up ke?" Gembira sungguh dia mendengar dua patah perkataan itu. Ikhlas dia tumpang bahagia untuk Engku Khadija. Meskipun firasat dia kuat merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Engku Khadija tergeleng sendiri. "Dhija dah check up semalam. Dhija datang sebab Dhija ada permintaan." Tubuh dipusingkan menghadap Ameera.

Ameera senyum. Kepala dijatuhkan. "Boleh. Dhija cakaplah. Meera akan tunaikan." Yakin dia membalas.

Dia tidak pernah berdendam bahkan membencikan Engku Khadija. Ameera tahu kedudukannya sebagai seorang isteri yang tidak diiktiraf oleh Syed Adi Uzam. Dan Ameera juga tahu betapa sayang dan cintanya lelaki itu terhadap wanita dihadapannya ini.

Ameera sebagai seorang wanita juga boleh jatuh sayang terhadap kelembutan dan keayuan Engku Khadija, lagikan Syed Adi Uzam.

"Dhija nak gugurkan anak ni."

Hilang segaris senyuman di wajah cantik Ameera, berganti dengan reaksi gamam.

"D— Dhija. Dhija cakap apa ni?" Suaranya makin rendah.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now