𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 4

9.9K 799 78
                                    

"Ayah dah pesan. Si Hafiz tu boleh tolong buat, Eima nak buat jugak." Encik Zain yang duduk di sebelah Eima mula membebel.

"Ayah. Selain perempuan, mesin rumput pun tak pernah salah. Yang salah tu, Zaril!" Serentak itu, jari telunjuknya laju diangkat dan ditunding ke arah Zaril di belakang Cik Ani.

Zaril menyorok di belakang Cik Ani yang mengurut buku lali Eima itu.

"Tak, pakde. Zaril tak sentuh pun Eima ni. Dia menipu!" Serentak itu sempat dia tayang wajah jelik pada Eima. Nak sangat mengadu kan!

"Banyaklah menipu nya. Kalau kau tak usik aku, aku tak terseliuhlah." Eima menjeling tajam Zaril.

"Aku usik, bukan aku sentuh. Banyak beza tu. Kau pun bukannya halal sangat untuk aku. Kau tu haram. Mana boleh sen—"

Eima ketap bibir sambil mendengar Zaril yang mulut murai ini. Tangan berura-ura menggapai botol minyak panas yang berada di sebelahnya.

"Nur Eima..." Encik Zain menyeru nama si anak dengan tegas. Kalau tak dihalang, memang ada yang pecah nanti. Botol minyak panas dan dahi si Zaril itu.

Perkara biasa, sejak kecil memang sebegini. Jika hari Eima pulang tanpa luka, pasti si Zaril yang terima padahnya. Rapat tapi masuk sahaja musim bertempur, memang penat lah dia melayan. Ganas.

Eima pakukan pandangan pada tangannya. Mulut pantas sahaja dikunci. Dengar ayah panggil macam tu, Eima tidak berani dah. Meskipun kesabaran ayahnya cukup tinggi.

Saat mengelamun pada pergelangan tangannya, Eima mula perasan sesuatu. Laju kepala dipusingkan menghadap ayahnya.

"Eh, gelang Eima. Gelang Eima hilang ayah." Eima kalut. Gelang itu peninggalan arwah emaknya. Eima selalu pakai tidak kira masa dan waktu. Tapi boleh hilang pula.

"Gelang ni ke?"

Serentak itu, empat pasang mata memandang sosok tegap yang berdiri di hadapan pintu. Di tangannya turut ada gelang tangan yang diyakini milik Eima.

"Oh, haah. Gelang kamu tu kan Eima?"

Eima diam. Tidak berkedip matanya melihat lelaki kacak yang membantunya tadi.

"Are you falling in loveee~" Suara sumbang Zaril mula menyanyi saat terpandangkan Eima yang tidak lepas dari menatap Altaf itu. Sejak tadi lagi.

Eima tersentak. Bagaikan tersedar, lekas dia memalingkan wajah ke arah bertentangan. Tidak semena darah panas menyerbu pantas ke segenap inci wajahnya. Kenapa dengan kau ni, Nur Eima?

Altaf menuju ke arah Encik Zain bersebelahan Eima itu. Senyuman dia berikan buat lelaki pertengahan umur itu seraya gelang itu turut dihulurkan.

"Kamu siapa? Kenapa pakde tak pernah nampak pun?" Anak siapa ini? Kacak sungguh seperti berdarah kacukan pun ada. Sudahlah tinggi, bertubuh tegap pula itu.

"Tu kawan Zaril sebenarnya pakde. Dia ikut balik kahwin kaklang ni lah. Alang-alang dia cuti, Zaril ajak sekali." Zaril mula bercerita. Sambil itu dia melirik Eima melalui ekor mata.

Wah, memang Eima jatuh cinta sungguh ini. Zaril yakin dan pasti. Pertama kali dia melihat Eima malu dengan kaum lelaki. Yang penting, senyap sahaja gadis itu.

Huhu. Kau suka kawan aku ya Eima? Siap kau!

"Haah. Saya kawan Zaril. Nama saya Altaf, pakcik." Altaf kenalkan diri sebagai tanda menyantun pada orang yang lebih tua. Meskipun dia agak kekok.

"Oh, kawannya Zaril. Eh tak payah berpakcik-pakcik. Orang kampung panggil pakde saja." Encik Zain sambut huluran Altaf yang ingin bersalam dengannya.

Cik Ani yang sedari tadi hanya menjadi penonton sambil mengurut buku lali Eima turut sembunyi senyum.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now