𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 28

10.8K 821 123
                                    

Altaf bersandar ke kepala katil. Iris hitam pekatnya mengerling Eima yang setia menemaninya. Sejak tadi mulut wanita itu terkunci dan tubuhnya juga membatu keras. Sepanjang pertemuan dengan doktor, Eima hanya angguk dan geleng sebagai balasan.

Tangan panjang Altaf ingin mencari jemari wanita itu di riba, tapi bunyi pintu wad disergah dari luar memberhentikan niatnya.

"Altaf." Tegur Engku Khadija seiring dengan langkah laju. Affan dibelakang menolak pintu sebelum membantuti langkah bondanya.

Altaf lepaskan keluhan pendek. Macam mana boleh sampai ke pengetahuan Engku Khadija pula ini? Pasti kerja Affan.

Eima bangun tersentak. Kedua belah tangan berlabuh di birai katil yang dihuni oleh Altaf. Wajah risau ibu mertuanya dipandang takut-takut. Sejujurnya dia juga terkejut dengan kedatangan wanita ini.

Sudahlah baru sahaja tadi dia digemparkan dengan berita Altaf dan Affan ini adik beradik. Ramai sungguh kenalannya berkait rapat dengan Altaf.

"Altaf okey? Macam mana boleh jadi macam ni? Takut bonda dengar dari Affan tadi." Engku Khadija bimbang. Seluruh tubuh anak sulungnya itu ditilik.

"Dah jumpa doktor? Doktor cakap apa?" Bertalu-talu soalan dia hemburkan untuk Altaf.

Affan dibelakang hanya geleng pasrah. Sudah biasa dengan sikap terlebih ambil berat si bonda terhadap abangnya ini. Dengki? Lambat lagi.

Sejak kecil bonda terapkan rasa kasih mereka empat beradik buat Altaf dan arwah umi. Lagipun, melihat dari perlakuan dan layanan si abi kepada Altaf, Affan makin jatuh kasihan.

"Bonda, Ei—"

Mati disitu bicara Eima saat jemarinya ditindih oleh Altaf. Merasakan jemari mereka disisipkan bersama, lekas Eima mencari seraut kacak itu.

"Altaf okey. Puan Sri jangan risau. Puan Sri pulanglah. Altaf tak nak susahkan Puan Sri." Meskipun dengan nada rendah, tetap dapat dikesan kekerasan itu.

Berubah air mukanya Engku Khadija. Altaf selalu begini. Macam mana dia tidak risau kalau ini kali pertama Altaf dibawa ke hospital? Pasti teruk.

Engku Khadija beralih menatap menantunya.

"Eima. Doktor cakap apa, sayang?"

Eima angkat wajah mendengar namanya diseru. Liur ditelan lambat. Wajah Altaf yang kepasrahan itu dikerling. Tak pernah Altaf buat muka macam ni.

"Kami tengah tunggu keputusan X-ray. Nanti dah keluar baru doktor tentukan kena bermalam dekat sini ke tidak." Jawab Eima. Panjang lebar, tapi dia ringkaskan.

"Kena bermalam agaknya, bonda. Kuat bunyi Altaf menyembah bumi tadi." Affan mengusik berserta perlian.

Tiga pasang mata fokus ke arah Affan yang tiba-tiba bersuara itu. Affan pula hanya memandang Altaf. Mahu tergelak dia ingatkan kejadian tadi.

Apa? Fikir Altaf boleh gula-gulakan dia ke?

Beberapa saat anak mata mereka bersabung, Altaf larikan pandangan. Sebelah tangan dikatil menggepal kuat cadar tilam itu. Mendidih darahnya.

Mendengarkan itu, makin mencanak tinggi kebimbangan Eima. Tanpa sedar, genggaman jemari Altaf dibalas. Eima risau.

"Macam mana boleh jatuh? Becky macam mana? Okey tak?"

Altaf angguk. Menjawab soalan berkaitan Becky. Mujurlah Becky baik-baik sahaja. Masih terkawal. Tolonglah, sudah cukup bodoh Altaf terjun dan cederakan diri sendiri, masakan dia mahu heret Becky sama.

"Affan. Bawa Puan Sri pulang." Altaf mengeluarkan arahan.

"Eima dah makan?" Engku Khadija menyoal menantu sulungnya. Arahan Altaf tadi dibuat seperti angin lalu. Biarkan dia.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now