𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 59

10.4K 1K 209
                                    

Jemari kasar mengetuk stereng kereta. Sesekali melalui lewat ekor mata, Altaf kerling si isteri di sebelah. Bermasam muka sambil bermain telefon bimbitnya itu. Altaf nak tegur pun gerun.

Sebelah tangan yang bebas, perlahan-lahan merayap sehingga hujung jemarinya menyentuh peha Eima. Tetapi...

Pap!

Belum apa-apa dah kena tepis. Halus jemari itu menampar lengannya. Pandang Eima, wanita itu telah menghadiahkan jelingan tajam. Sekali pakej dengan badan yang mengengsot rapat ke pintu.

Semenjak mengandung ini, isterinya memang garang sungguh. Selalunya wanita itu pasti berkelakuan seperti anak kucing apabila dengannya. Manja.

Tetapi anak kucing itu telah berubah menjadi ibu singa. Kerja nak jeling Altaf sahaja. Bahaya juga. Eima kalau marah memang bahaya. Seksi.

Sekali lagi tangan panjangnya merayap sehingga menyentuh perut Eima yang sedikit membukit itu. Semenjak tahu Eima mengandung, tapak tangannya serasa seperti melekap di situ.

"Garangnya ibu..."

Mata bundar Eima memanah sisi wajah tampan Altaf yang fokus memandu. Sedar bahawa komen itu ditujukan kepadanya, Eima mengecilkan mata.

Altaf senyum tipis. "Tak baik sayang seksa abang macam ini. Janganlah marah, ya?"

Eima biarkan sahaja tapak tangan besar Altaf terusan mengusap perutnya itu.

"Memanglah Eima marah! Apa masalah perempuan ini sesuka hati dia aje post gambar suami orang?!" Eima rasa seakan mahu meletup. Tidak cukup panas dengan berita pagi tadi, selamba sahaja Engku Marisa itu meletakkan gambar dia bersama Altaf di laman instagramnya itu.

Sakit pula hati Eima! Luka tak berdarah. Eima sebagai isteri yang sah ini pun simpan dalam galeri untuk tatapan sendiri sahaja.

"Dahlah yang duk tinggalkan komen ini pun sama naik!" Sejak tadi Eima tidak putus membaca komen yang ditinggalkan di laman itu. Duk tergilakan suami orang dah kenapa?

Tapi Eima masih boleh berkompromi. Dia pun angaukan Altaf waktu kali pertama berjumpa dahulu. Eima kena sedar diri jugak.

Yang buat Eima makin menggelegak ini apabila komen itu penuh dengan pujian yang menggambarkan betapa serasinya pasangan itu. Bagai pinang dibelah dua dan sama cantik sama padan katanya. Sekufu dan sekutu. Kaki dia!

Hmph! Tak sesuai langsung. Tak sepadan mahupun serasi. Altaf sesuai dengan Eima ajelah.

Eima nak marah lebih-lebih pun tidak boleh. Orang luar tidak tahu tentang perkara sebenar. Tapi Eima memang boleh marah Marisa itu. Kalau dia berdepan dengan wanita itu lagi... habislah wanita itu Eima kerjakan. Eima sumbat dalam loji indah water.

Altaf diam. Kecut perut. Apatah lagi dia turut mendengar dengusan Eima itu. Sesekali bibir comel itu juga terkumat-kamit membebel. Marah sungguh ini.

"Jangan marah, sayang. Tak elok untuk Eima dan baby..." pujuk Altaf lembut.

Tapi Altaf mengaku ada sedikit rasa suka apabila Eima lontarkan ketidakpuasan hatinya sebegini. Sekurang-kurangnya Eima tidak berpura-pura bahawa dia baik-baik sahaja.

Eima sekadar balas tatapan teduh sang suami. Apabila Altaf menghadiahkan senyuman hingga menampakkan kedua belah lekuk pipinya, mulalah Eima cair meleleh.

Makin lebar senyuman Altaf kala Eima mengambil tangannya dan digenggam.

"Abang takut anak kita menurun perangai pelik Eima ke?" Mula dah tuan-tuan dan puan-puan sekalian... Mulut Eima ini memang gemar mengeluarkan soalan yang memakan diri. Nanti Altaf silap jawab, dia juga yang merajuk.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now