𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 22

9.6K 789 113
                                    

"Terima kasih Altaf belanja kami." Ucap Engku Maleeka ikhlas.

"Thank you bubungah and uncle..." Icha dalam dukungan Engku Maleeka ukir senyuman manis buat ibu dan bapa saudaranya.

Eima gomol dan mencium serata wajah tembam Icha. Geram. Duk ucap terima kasih padanya tapi bermain mata dengan Altaf. Parah sungguh.

Edrees yang datang dari arah kedua adik lelakinya berdiri, mencelah perbualan mereka. Bahu Engku Maleeka dirangkul.

"Mal masuk dulu. Abang ada hal dengan Eima." Ucapnya lembut.

Eima tatap sisi wajah abang sulungnya. Eima tarik senyuman tipis. Edrees benar-benar merajakan si isteri. Selalu berlembut dan mendahului kakak iparnya.

Engku Maleeka melirik Eima dengan ekor mata. Mendapat anggukan kecil daripada wanita itu, nafas berat dihela.

"Baik abang." Engku Maleeka menurut.

Jika dulu, pasti beribu alasan dia cipta setiap kali si suami meminta supaya memberi ruang untuk dia dan Eima berbincang. Tetapi sekarang kerisauannya kian memudar.

Eima sudah punya Altaf. Melihat daripada cara dan sikap Altaf terhadap Edrees tadi, rasa syukurnya makin membuak-buak. Altaf boleh lindungi Eima.

Selepas menghantar figura si isteri dan anak, pandangannya beralih pada pasangan di hadapannya atau lebih tepat pada Altaf.

"Aku nak bercakap dengan Eima." Nadanya keras.

"I'll stay." Tutur Altaf selamba. Faham dengan isyarat mata Edrees yang meminta ruang buatnya dan Eima. Tapi Altaf tidak bodoh. Dia tidak akan tinggalkan Eima berduaan dengan Edrees.

Edrees merengus geram. Anak matanya bergerak ke iris bundar milik Eima. Sebelah alisnya diangkat bagaikan memberi signal dan amaran pada si adik.

"Altaf." Eima sebut nama si suami. Kepalanya dilangutkan bagi melihat wajah kacak milik Altaf.

"You can stay." Ujarnya senafas.

Pinggir bibir Altaf naik. Jemari si isteri dicari dan ditautkan bersama. Senang dengan Eima yang sungguh mempercayakannya.

"He's not an outsider. Altaf, suami Eima. Lagipun, Eima yakin yang abang Edrees nak bincangkan tentang kami. Tak salah kalau Altaf ada." Tenang Eima menutur.

Tidak gabra dan ghairah meskipun reaksi yang si abang pancarkan buatnya menunjukkan betapa sakit hatinya lelaki itu.

Edrees menyeringai sinis. Senyumannya penuh makna. Kagum dengan sikap Eima yang makin lama makin menguji kesabarannya.

"At least a meter away." Suara Edrees menyampah.

Eima hela nafas berat. Sulaman jemarinya dan Altaf dileraikan. Kala kaki Altaf mengundur beberapa tapak kebelakang, Edrees menyelar pergelangan tangan Eima lalu kaki melangkah masuk ke dalam bilik Elyas.

"Edrees!" Altaf turut menghalang perbuatan abang iparnya dengan memegang kemas lengan Eima.

"Alt—"

"Kau nak bawa Eima ke mana?" Sisi wajah Edrees yang menahan pintu bilik itu dipandang dengan panahan membunuh.

"Aku nak bercakap dengan adik aku. Kau jangan menyemak boleh tak?" Suara celah gigi. Sisi pintu kayu itu digenggam makin kuat.

"She's my wife." Suara Altaf tegas.

"Altaf. Saya okey. Awak balik bilik dulu nanti saya datang." Eima mencelah perbualan tegang abang dan suaminya. Risau jika tak menegah dan beralah, mungkin akan berlaku pertumpahan darah. Abang Edrees panas baran. Eima tidak mahu Altaf sakit.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now