𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 31

10.1K 874 165
                                    

''Abi..."

"Kau!" Syed Adi Uzam menerpa ke arah anak sulungnya. Leher Altaf dicengkam kasar dan tubuh sasa itu ditolak sehingga belakang tubuh Altaf menghentak kuat dinding rumah.

Wajahnya berbinar garang. Kening hampir bertaut serta wajah merah padam. Seluruh urat tengkuknya timbul, lagian melihat senyuman Altaf. Mendidih darahnya.

"Abang!" Engku Khadija yang muncul lekas sahaja ingin menghalang tindak-tanduk si suami yang sedang mencederakan si anak.

"Jangan dekat Engku Khadija!" Terhinjut batang tubuh genitnya mendengar tempikan kasar si suami. Tubuh kaku keras tidak bergerak.

Wajah Altaf yang semakin pucat dek kerana cengkaman kuat si suami di leher panjang itu merunsingkannya. Kelopak mata mula bergenang.

''Apa yang kau dah buat Syed Altaf? Kau buat apa dengan anak bini aku?!" Jerkahan Syed Adi Uzam mengundang perhatian Eima.

Kuku tangan dikutilkan sesama sendiri. Eima resah dan bimbang.

"Vina. Akak nak tengok abang."

"Eh, akak. No. Stay." Pergelangan tangan Eima digenggam kemas. Kepala turut digeleng laju.

"Tolong akak, Vina. Akak tak sedap hati..." Air muka Eima cukup menceritakan segala-galanya. Dia tidak tahu lebih, tapi Eima tidak bodoh untuk baca situasi sekarang.

"Tapi along..." Hilang diksi. Sejujurnya, sejak kecil bonda menghalang adik-beradiknya dari menyaksikan situasi tegang sebegitu.

Alvina tahu. Bonda tidak mahu adik-beradiknya terpengaruh dan percayakan tuduhan dan kata-kata hina yang abi lemparkan untuk si abang.

"Vina duduk sini." Jemari wanita itu direntap lembut sehingga terungkai pegangannya. Tidak mahu melengahkan waktu, lekas langkah kecilnya diayun.

"Abang. Jangan apa-apakan anak saya." Tangan Syed Adi Uzam digenggam. Pedih hatinya melihat wajah Altaf yang semakin kepucatan itu. Seluruh urat di wajah tampan itu timbul keras.

"Abi. Altaf..." Tersekat-sekat kata yang keluar. Kukunya mencakar dinding, menahan diri dari menghalang perbuatan abi.

"Tak puas kau malukan keluarga aku, sekarang kau berniat jahat pada keluarga aku pulak?!" Jatuhkan tangan dari cengkaman, satu tumbukan yang kuat singgah di tulang pipi kiri Altaf.

"Altaf!" Eima menerpa ke arah si suami yang sudah jatuh terjelopok.

Penuh tenaga tolakan Syed Adi Uzam hingga dahi Altaf berlanggar kuat dengan sudut rak kasut kecil yang agak tajam itu.

"Ya Allah. Altaf." Engku Khadija ingin menunduk dan melihat keadaan si anak tetapi tubuhnya direngkuh kasar oleh si suami.

"Masuk Eima." Altaf terbatuk sendiri. Tercungap-cungap lelaki itu mencari oksigen. Wajah cantik kebimbangan si isteri yang dekat dengannya juga ditatap runsing.

"Altaf. You're bleeding." Teragak-agak Eima sentuh cecair hangat yang mula mengalir dari celah ubun-ubun si suami. Banyak.

"Abang lepas!" Engku Khadija mula meronta. Anak matanya sedikitpun tidak lari dari melihat darah yang mengalir itu. Kenapa banyak sangat?

"Jep!" Keras Syed Adi Uzam menyeru nama seseorang.

Tidak sampai sesaat, muncul tiga kelibat tinggi dan gagah disebalik pintu rumah.

"Bawa anak bini aku keluar." Keras dia mengeluarkan arahan.

"Ish. Jangan sentuh I lah!" Bergema bunyi suara Alvina menjerit dari arah ruang tamu.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now