𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 7

9.1K 708 114
                                    

Kuku tangan dikutil. Sesekali ekor mata memandang Altaf yang segak memandu itu. Sungguh sempurna si Altaf ni. Side profile pun kacak. Eima tahan sahaja bibir dari terbit keluhan.

"Jauh jugak tempat tu. Ingatkan dekat je." Ujar Altaf memecahkan kesunyian di antara mereka. Sedari tadi, hanya radio yang menjadi peneman dia memandu. Eima sedikitpun tidak bersuara.

Eima terperanjat mendengar suara garau itu menyapa peluput telinga. Saat Altaf memandang sekilas ke arahnya, tidak semena pandangan mereka bersatu.

Lekas Eima larikan pandangan. Aduhai, jantung. Relax boleh? Tak usah berkompang.

"Aku ada sakitkan kau ke Eima?" Suara Altaf risau.

Eima berkerut. Laju dia menggelengkan kepala beberapa kali. "Tak. Mana ada. Kenapa awak cakap macam tu?" Altaf hela nafas lega. Bibir koyak senyuman mendengar Eima yang bersungguh menidakkan.

"Kau macam takut dengan aku." Jawab Altaf. Kerunsingan Altaf sejak dulu, dia pantang manusia takutkannya. Altaf tidak suka.

"Sa— saya tak takut pun." Cuma segan sahaja.

Altaf angguk. "Baguslah. Lega aku dengar." Suara Altaf perlahan. Tetapi masih dapat didengar oleh Eima. Kenapa Altaf lega?

"Altaf." Eima seru Altaf tiba-tiba sehingga terkejut Altaf jadinya. Buat pertama kali dia dengar suara itu menyebut namanya.

"Hurm. Kenapa?"

"Saya minta maaf pasal semalam. Saya ingatkan Zaril yang hantar ayah. Rupanya awak." Eima gosok belakang tengkuknya yang berlapik tudung. Kekok.

"Takpa. Aku okey."

Suasana dalam kereta kembali diam.

Ting!

Bunyi notifikasi daripada telefon Eima, memecahkan keheningan. Tekan sahaja skrin, nama Zaril terpampang. Zaril hantar gambar?

Buka sahaja pesanan itu, berkerut Eima melihat gambar yang dihantar oleh Zaril. Siap sahaja muatnaik gambar, terbeliak besar biji matanya.

+ Zaril 🥚
📷 Photo
Sedapnya pisang salai rumah kau ni, Eima. Aku habiskan eh?

"Tak guna punya Zaril. Aku agak dah!" Eima membebel. Jemari laju mengetik kekunci menghantar segala pesanan mulia untuk Zaril. Dasar bengap.

"Kenapa?" Altaf yang mencuri pandang Eima tidak dapat menahan diri dari menyoal.

"Si bengap ni lah. Kerja nak menipu je. Sakit perut apa, dah elok menumpang tengok tv rumah orang!" Jawab Eima laju. Tidak sedar dengan diri yang masih bersama Altaf itu.

Kala halwa telinga menyapa kekehan halus orang di sebelah, Eima mencari wajah itu. Berkedip Eima memandang Altaf yang ketawa perlahan itu.

"Kenapa awak gelak?"

"Orang selalu cakap, perempuan dengan lelaki tak boleh berkawan. Salah seorang pasti akan jatuh cinta. Kau dengan Zaril, macam tu ke?" Altaf panasaran. Dia tidak pernah berkawan rapat dengan wanita, jadi Altaf tidak tahu. Di tempat kerjanya pun sama. Jarang ada kaum wanita.

"Saya tak percaya dengan ayat tu. Tak pernah pun saya fikir macam tu sekali dalam berkawan. Bagi saya, kawan hanyalah kawan." Jawab Eima yakin. Dan Eima pasti Zaril pun punya jawapan yang sama.

Mungkin orang lain, boleh terjadi. Tapi tidak dalam hubungan dia dan Zaril.

"Maaf Eima. Aku rasa macam melampau pula." Sebelah tangan menyebak rambut ke belakang.

Eima menunduk. Bibir diketap sebelum dia berkata. "Tak lah. Saya okey." Malah Eima mula rasa selesa.

Altaf nak tanya lagi pun, Eima sanggup jawab. Eima gedik!






ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now