𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 57

9.9K 1.1K 220
                                    

Saat kakinya melangkah masuk ke dalam hotel mewah milik bapa mertuanya, pemandangan pertama Eima adalah gelak tawa sebuah keluarga yang kelihatan amat gembira.

Beberapa meter dari kedudukannya yang sedang menyorok disebalik dinding, mata Eima melekat pada wajah Engku Tashmir yang ditemani oleh abang sulungnya— Edrees. Berdiri di sebelah kanan dan kiri si abang adalah Elyas dan Ebrahem. Masing-masing segak dengan suit.

Tidak semena, pandangan Eima berbalam-balam. Tubir matanya bergenang menyaksikan pandangan yang begitu indah itu.

Dari jauh, dia masih boleh dengar ketawa halus insan-insan itu. Wajah masing-masing tampak begitu bersinar dihiasi dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.

Suasana yang begitu asing pada Eima. Jika bersamanya, wajah ketiga-tiga saudaranya itu muram sahaja. Mulut pun pedas sungguh. Kerja mahu bertikam lidah aje.

Leka Eima memerhati sehingga mereka masuk ke dalam dewan yang besar itu. Membulat mendadak mata Eima melihat pintu masuk dewan hotel mewah sedang ditutup oleh dua orang pekerja hotel. Oh no!

Lantas dia berlari anak ke arah itu.

"Sekejap! Saya nak masuk." Bergema suaranya kedengaran di lobby hotel yang agak lengang itu. Cuba untuk memberhentikan niat mereka daripada menutup pintu tersebut.

Terpinga-pinga pekerja itu melihat ke arah Eima yang sedang membongkok di hadapan mereka. Tercungap-cungap dia mencuri nafas. Letih berlari.

Angkat sahaja kepala, Eima mencebik. Sedih apabila daun pintu yang gah itu sudah tertutup rapat.

"Encik. Saya nak masuk," katanya kepada salah seorang pekerja tersebut.

Dua orang pekerja itu saling berpandangan seketika sebelum salah seorang daripadanya menjatuhkan kepala. Signal apa itu? Eima tidak mengerti tapi Eima rasa itu petanda baik.

"Boleh Puan berikan nama?" Salah seorang daripada mereka bersuara.

"Nama?" soal Eima aneh. Tetapi apabila dia melihat lelaki itu memegang beberapa helai kertas, Eima kian mengerti.

Mungkin itu senarai nama untuk jemputan di majlis ini. Tetapi Eima rasa sia-sia sahaja kalau dia menyebut nama sendiri. Eima yakin yang mereka tidak akan menemui namanya dalam senarai itu.

"Boleh! Boleh!" Tapi ini Nur Eima kut... Akal cerdiknya memang sangat berguna di saat-saat genting sebegini!

"Syed Altaf Qhadi bin Syed Adi Uzam!" beritahunya riang. Hehe.

Terkulat-kulat lelaki itu memandang Eima yang sedang tersenyum. Wanita ini betul atau tidak? Fikir mudahkah nak dula-gulakan dia? Meskipun dia sekadar pekerja bawahan, mana mungkin dia tidak kenal dengan pemilik nama itu.

"Puan. Saya minta nama Puan sendiri."

Eima sengih serupa kerang busuk. "Tapi nanti awak tak akan jumpa nama saya." Eima ini jujur orangnya. Lagipula lelaki di hadapannya ini melayannya dengan begitu santun. Jadi Eima tak sampai hati pula nak buat perangai.

"Jadi Puan tak sepatutnya berada di sini," balas lelaki itu pula.

Mendengarkan itu, bahu Eima jatuh. Eima tahu... tapi Eima nak jumpa suami Eima. Eima terlalu rindu!

"She's coming with me."

Suara husky yang datang dari belakangnya amat mengejutkan Eima. Pantas dia berpusing dan melihat pemilik suara itu.

"Affan!" Wajahnya yang muram tadi hilang mendadak. Berganti dengan raut yang begitu teruja. Lebih-lebih lagi melihat figura segak Affan bersama three-piece-suit berwarna nude brown.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now