𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 36

12.5K 956 156
                                    

Eima tersenyum puas melihat pelbagai hidangan yang sudah terhidang di atas meja. Selesai menutup dengan tudung saji, kalut kaki melangkah ke arah bilik tetamu yang berada bersebelahan dengan dapur.

"Ayah!" Eima seru si ayah kala tidak menerima sahutan dari dalam bilik. Dahi berkerut seketika sebelum dia memulas tombol dan membuka pintu.

Kosong. Figura yang dicari itu tiada. Sekejap halwa telinga menyapa pancuran air bilik mandi.

Oh. Ayah mandi rupanya.

Semalam baru sahaja Encik Zain sampai di Kuala Lumpur. Katanya mahu menghantar menantu kesayangan buat kali terakhir. Bagus juga. Sekurang-kurangnya nanti Eima memandu pulang ke kampung ada peneman.

Langkah kembali diorak ke ruang tamu. Sampai di hadapan sofa panjang yang terletak di tengah-tengah ruang tamu, Eima senyum tipis. Altaf masih tidur.

Perlahan-lahan duduknya dilabuhkan bersebelahan pinggang lelaki itu. Iris bundarnya menekur separuh wajah Altaf yang terselindung disebalik lengan lelaki itu. Anak mata melorot jatuh ke arah baju Altaf yang agak tersingkap naik di bahagian perut itu.

Eima tekup bibir. Fuh, menggoda betul. Perlahan-lahan tshirt hitam lelaki itu dibawa turun, menutup abdomen yang terdedah.

Senyuman kelat terlakar di bibir. Tinggal beberapa jam sahaja lagi dia akan berpisah dengan Altaf. Sedih Eima tak terkata. Bilalah agaknya dia berkesempatan tatap wajah Altaf tika tidur macam sekarang lagi?

Jemari runcing Eima bermain di wajah lelaki itu. Pinggir bibir Altaf diusap berkali-kali sebelum dia bertindak merapatkan wajah mereka. Tanpa kata, bibir Altaf dikucup.

Eima kembali menatap wajah tampan itu.

"Eiii, sayangnya dekat dia ni..." Gumam Eima perlahan. Pucuk hidung mereka turut digeserkan bersama.

Sungguh leka Eima menatap seraut tampan itu hingga tidak sedar dengan lengan gagah Altaf yang sudah menjalar di belakang pinggangnya. Perlahan-lahan kelopak mata turut dicelik.

"Sayang." Suara serak basah lelaki itu kedengaran di hujung telinga.

Eima tersentak. Alisnya turut terangkat.

"Abang dah bangun?"

Dengan pandangan yang masih berbalam-balam, Altaf jatuhkan kepala. Tubuh si isteri turut ditekan sehingga tubuh mereka berlaga.

"Abang... Kotorlah baju abang nanti. Eima pakai apron ni." Tapak tangan halusnya melekap di dada Altaf. Menghalang dada mereka daripada bertemu secara tidak langsung.

Altaf menunduk mencari iris bundar itu.

"Eima dah masak?" Soal Altaf. Rambut Eima yang menjalar di pipi dia selitkan ke celah telinga.

"Hurm." Eima turut angguk. Sengih sumbing dia mendengar keluhan Altaf. Abang nak marahlah itu.

"Kenapa tak kejut abang? Kan abang dah pesan tadi." Berkerut-kerut dahi Altaf.

Dia tidak marah, cuma sedikit kesal. Selalunya dia akan berada di dapur jika wanita itu memasak. Altaf akan tolong mana yang patut sahaja.

Eima senyum tipis. Sebelah tapak tangannya naik menyentuh pipi kasar itu.

"Eima tak sampai hati nak kejutkan abang. Lagipun Eima masak sekejap je. Tak lama pun." Beritahunya pula.

Biarlah Eima nak buat semua untuk kali terakhir.

"Sorry sayang and thank you." Ucapnya lembut sembari pinggir bibir wanita itu dikucup sekilas.

"Sama-sama abang..." Senyuman Eima melebar. Suka. Altaf kan sayang Eima. Tak boleh marah lelama.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now