𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 3

9.6K 787 43
                                    

"Ya Allah anak bertuah ni! Kenapa tak beritahu ibu awal-awal?" Cik Ani mencerun tajam ke arah anak bongsunya yang sudah tersengih seperti kerang busuk itu.

"Ni namanya surprise, ibu. Orang nak buat kejutan mana beritahu awal-awal." Tidak pedulikan amukan si ibu, Zaril meletakkan beg galasnya ke lantai sebelum tubuh yang sedikit rendah itu dipeluknya.

"Eiii, rindunya si comel ni. Geram. Muah! Muah! Muah!" Tepi kepala si ibu dikucup bertalu-talu sehingga berbunyi.

Cik Ani lepaskan keluhan. Tangannya di sisi turut naik membalas dakapan si anak.

"Lain kali beritahu ibu awal-awal. Ibu tak siapkan apa-apa pun. Kalau ibu tahu Altaf balik sama ibu masak lauk sedap-sedap." Suara Cik Ani kesal. Seraut tampan Altaf yang menjadi pemerhati dia dan Zaril berpelukan dipandang.

"Tak apa, ibu. Altaf duduk sini lama. Sempat ibu nak masak." Altaf senyum lebar sehingga kedua lekuk di pipi lelaki itu kelihatan.

Zaril mendengus sekejap. Bahu si ibu ditolak seraya wajahnya turut mencuka.

"Yalah... Ibu sayangkan Altaf je. Dah lupa si bongsu yang kacak ni gamaknya." Zaril berpura-pura seperti berjauh hati. Wajahnya turut dipalingkan ke arah dinding.

"Dah tua bangka jangan nak merajuk. Tak senonoh. Buruk ibu nengoknya." Lengan Zaril dicubit kuat.

"Awh, sakit ibu. Kenapa makin garang ni? Abah dah cari baru ke?" Tidak serik si Zaril ini. Kerja nak mengusik sahaja.

"Berani abah cari baru? Ibu sunat anak bongsu dia nanti."

Zaril telan liur kelat. Wuish, ini bahaya. Tak nak. Dah serik. Sudahlah abah sendiri yang khatankan dia dahulu. Takut!

"Dah, ibu nak turun. Banyak lagi nak selesaikan. Korang rehatlah dulu. Esok dah tak boleh duduk diam, ya?" Cik Ani buang pandangan pada Zaril dan Altaf.

Zaril menggulingkan biji mata ke atas. Ini tak berapa nk berkenan. Banyak kerja, lagi lah mereka kaum lelaki. Habis semua nak kena diangkutnya.

Selepas si ibu berlalu pergi, Zaril melepaskan dengusan kuat. Fikir sahaja sudah memenatkan. Tapi...

"Untung bawak back up." Zaril pusing tubuh ke belakang. Kening diangkat beberapa kali ke arah lelaki berdarah kacuk itu. Bibirnya turut senyum senget.

Altaf yang memeluk tubuh hanya tayang wajah tidak beriak. Sedar yang si Zaril ini tuju kepadanya. Altaf tidak kisah. Dah memang itu sebab dia ikut sahabatnya ini pulang ke kampung.

"Kau memang selalu beruntung. Sampai tak sedar diri." Altaf buang jaket yang tersarung pada tubuh tegapnya seraya disangkutkan ke penyangkut yang terdapat di hujung bilik Zaril.

"Wah, kau! Jealous nampak?" Suara Zaril meleret-leret.

"Aku cemburu aku cakap. Kau memang bertuah. Kau ada benda yang aku tak ada." Stoking di kaki turut ditanggalkannya seraya dicampakkan ke dalam bakul kosong.

Zaril diam. Mula mengerti dengan ujaran sahabatnya. Aduhmak kau Zaril. Mulut ni laju dari akal.

Bibirnya ditampar halus beberapa kali. Memanglah Altaf cemburu.

"Kau nak ke mana?" Lengan Altaf dipegang memberhentikan tubuh tegap itu keluar daripada biliknya.

"Kau masuk dengan lenggang lenggok tadi, kau tanya aku nak ke mana lagi? Ambil barang kaulah." Sudah masuk dengan senang hati meninggalkan Altaf mengangkut barang mereka, boleh pula dia ajukan soalan sebegitu?

Altaf berlalu pergi meninggalkan sahabatnya di belakang.

Badan Zaril mula menunduk dengan sebelah kaki terangkat, cuba menanggalkan stoking yang tersarung sejak tadi.

ALTAF'S SAVIOUROù les histoires vivent. Découvrez maintenant