𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 25

10.3K 732 61
                                    

Runsing. Sejak pagi tadi Altaf bimbang dengan perubahan sikap Eima. Mulutnya tidak banyak bunyi seperti sedia kala dan terang-terangan wanita itu mengelak daripada bercakap dengannya. Bertembung mata pun tidak bertahan sampai 3 saat.

Sampai ke KLIA pun Eima masih bersikap sama. Cuma dalam kapal terbang tadi sahaja Eima tidur berbantalkan bahunya. Itu pun dalam keadaan tidak sedar.

Melihat langkah kecil yang mendahuluinya, kaki panjang Altaf diayun makin laju. Sampai dibelakang si isteri, pergelangan tangan Eima disambar lembut.

"Nak ke mana?"

"Ha?" Eima buntu. Kepala dilangut tinggi memandang wajah tampan Altaf.

"Eima nak ke mana? Pintu keluar belah sana." Kepalanya diaju kecil ke arah laluan yang sepatutnya.

Membaca papan tanda yang tergantung, Eima termalu sendiri. Sisi kepala yang beralas selendang digaru kecil.

"Oh, haah lah. Sorry." Tawa halusnya pecah. Penuh kepura-puraan.

Sebelah juring bibir Altaf ternaik sendiri melihat kelakuan comel Eima. Cengkamannya di pergelangan tangan Eima merayap turun lalu disulamkan jemari mereka bersama.

Altaf dan Eima terus berpimpin tangan dengan Altaf yang mendahului. Eima hanya diam. Sesekali anak matanya mendapat tangkap pandangan orang lain terhadap mereka. Atau lebih tepat, Altaf.

Eima sudah biasa. Baru beberapa hari menjadi isteri Altaf, sudah berkali-kali dia hadap situasi begini. Cuma, tidaklah semua. Hanya segelintir. Dan majoritinya memang wanita. Eima pasrah sahaja sebab Altaf tak tengok pun. Altaf kan hanya pandang Eima.

Keluar sahaja daripada pintu, retina matanya dihiasi dengan figura Zaril yang bersandar pada sebuah kereta mewah. Eima senyum sekejap. Sudah beritahu oleh Altaf tadi yang Zaril menjemput mereka.

"Ril." Seru Altaf dari jauh.

Mendengar suara sahabat baiknya, laju sahaja Zaril angkat kepala. Posisi badannya turut dibetulkan.

"Yow, pengantin baru..." Sapanya pula. Intonasi suaranya jauh lebih kuat berbanding Altaf. Teruja.

Zaril senyum miring melihat kedua sahabatnya yang sungguh romantis itu. Anak matanya jatuh pada sulaman jemari Altaf dan Eima. Amboi, sejak bila?!

Zaril berkerut hairan melihat wajah Eima. Meskipun wanita itu hanya beriak biasa, Zaril lebih pada mengerti. Pasti ada sesuatu yang tidak kena.

"Ril. Kau rehatlah. Aku drive." Altaf terlebih dahulu mengeluarkan suara maskulinnya.

Sudah dapat baca mulut Zaril yang seakan terbuka itu. Pasti mahu menembaknya dengan soalan yang berasaskan tuduhan. Altaf tidak memfitnah mahupun menuduh, cuma memang selalu perkara sebegitu berlaku.

"Wah, Taf. Baiknya kau..." Kedua belah tangannya didepa luas seakan mahu memeluk tubuh tegap yang tidak kurang bandingnya itu.

"Stop!" Eima menghalang niat Zaril dengan mengangkat tapak tangannya tepat di hadapan wajah itu. Tubuh Altaf juga ditarik sedikit merapat ke arahnya.

Altaf dan Zaril serentak menoleh ke arah Eima. Masing-masing berkerut hairan melihat tatapan tajam wanita itu. Menusuk ke kalbu sungguh.

"Kau kenapa?" Zaril menjatuhkan tangan. Renungan tajam Eima dibalasnya.

"Tak ada apa." Jawab Eima bersahaja. Anak matanya dilarikan daripada melihat Zaril. Entahlah, yang pasti Eima tidak mahu Zaril memeluk dan mencium Altaf seperti tempoh hari.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now