Engku Khadija menolak duan pintu bilik tidurnya. Balikkan tubuh, figura encik suami sedang duduk selunjur di atas katil sambil melihat ipad. Bibir diketap seraya segugus keluhan berat terbit dari bibirnya.
"Kenapa awak mengeluh?" Soal Syed Adi Uzzam seraya bebola matanya bergerak melihat ke arah wanita yang sedang berjalan ke arahnya.
Engku Khadija hanya senyum tipis sebelum dia turut memanjat naik ke atas katil.
"Tak ada apa..." Jawabnya pula. Meskipun ada perkara yang hendak dibincangkan dengan suami tersayang.
Engku Khadija turut menyandar ke kepala katil, melihat ke arah skrin ipad suaminya yang penuh dengan liputan berita buat wanita itu tidak teragak-agak untuk meneruskan topik perbualannya.
Fikir dia lelaki itu sedang bekerja. Suaminya kan, workaholic. Cuti-cuti pun bekerja.
"Abang. Kalau abang tak kisah, saya nak bincang sesuatu dengan abang." Ujarnya sedikit gerun.
Ibu jari yang menatal paparan skrin tadi automatik terhenti. Ekor mata mengerling ke arah isteri di sebelahnya.
"Nak bincang pasal apa?" Soalnya lembut.
Engku Khadija diam seketika. Kerongkongnya rasa berpasir. Teragak-agak suara mahu keluar. Dia tidak tahu apa reaksi suaminya nanti, tapi Engku Khadija pasti suasana akan tegang.
"Erm..." Engku Khadija menggumam sambil berfikir. Nafas diambil panjang sebelum segaris nama itu disebut.
"Saya nak bincang pasal Altaf dengan abang."
Mendengarkan itu, tubuh Syed Adi Uzam menegang. Darah pantas menyerbu ke segenap inci tubuhnya. Panas hati. Tidak semena kejadian beberapa tahun lalu berputar di kotak fikiran.
"Abang?" Engku Khadija menyentuh peha suaminya. Sedari lelaki itu diam tidak berkutik. Kaku seluruh badannya. Tetapi Engku Khadija masih boleh nampak urat yang timbul disebalik leher tua itu.
"Kenapa dengan dia?" Soalnya keras.
"Ani, katanya dah jumpa calon isteri untuk Altaf. Abang nak kenal-kenal dulu tak?" Tanpa berdalih lagi Engku Khadija membangkitkan hal ini.
"Tak. Suruh Ani nikahkan mereka terus. Secepat mungkin." Ibu jari kembali mengetik skrin ipadnya. Tidak berminat tentang topik ini.
"Abang, kenal-kenal lah dulu. Wanita itu nanti bakal jadi isteri Altaf, menantu kita..." Tangannya di peha si suami mula mengusap. Sungguh lembut dan halus.
Syed Adi Uzam hanya membiarkan Engku Khadija yang memujuknya ini. Meskipun dia selalu kalah dengan pujuk rayu isteri tercinta, tapi bila melibatkan Altaf dia tidak akan menyerah.
"Abang..." Engku Khadija menyeru panggilan si suami dengan meleret-leret. Tidak betah dengan sikap acuh tak acuh suaminya setiap kali nama Altaf dibangkitkan.
Syed Adi Uzam mendecak sinis. Mula hilang sabar dengan sikap isteri yang menggesanya ini.
"Awak nak apa, Dhija? Saya dah cakap tadi saya setuju sahaja. Lagipun buat apa saya nak ragu-ragu sedangkan yang memilih untuk budak itu adalah Ani, kawan baik awak sendiri." Katanya dengan nada yang sedikit tinggi. Tubuhnya turut dibalikkan menghadap wajah cantik milik Engku Khadija itu.
Meskipun sudah berusia, kecantikan wanita itu sedikitpun tidak kabur. Sama seperti waktu mereka mula-mula bercinta dulu.
Engku Khadija berkerut dahi. "Abang, Altaf bukan budak. Dia ada nama.'' Suaranya yang tadi ditutur lembut sudah bertukar sedikit keras. Tidak berkenan dengan sikap suaminya yang melabelkan si anak sebegitu.
YOU ARE READING
ALTAF'S SAVIOUR
RomanceNur Eima X Syed Altaf Qhadi Tolong jangan baca❗️ Sinopsis tak ada. Author dia tak reti nak karang sinopsis. Entah apalah dia ni reti pun tak tahu 🤷🏻♀️