𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 14

10.1K 775 49
                                    

Eima yang sedang menyimpan baju Altaf ke dalam almari miliknya tersentak kecil saat mendengar laungan orang memberi salam dari luar rumah.

Eima berkerut seketika. Macam suara Cik Ani.

Lekas Eima bangun dari sila lalu tudung sarung yang tersangkut elok di kerusi disambar dan dipakaikan ke atas kepala.

Sampai di hadapan pintu rumahnya, Eima tarik daun pintu. Retina mata dihiasi oleh figura Cik Ani yang tidak keseorangan.

"Waalaikumussalam. Kenapa Cik Ani?" Eima turun dari tangga dan berdiri di hadapan wanita separuh abad itu. Matanya turut mengerling wanita yang berdiri di belakang Cik Ani.

Siapa wanita anggun ini? Sudah berumur tetapi sungguh bergaya. Eima tengok sekali imbas seperti ini Eima sudah dapat agak yang wanita itu orang kenamaan.

"Ha, Eima! Altaf mana? Zain?" Soal Cik Ani bersama senyuman yang tidak lekang dari bibir. Tidak menjawab soalan Eima, bahkan dia mencari kelibat anak angkat dan jirannya itu.

"Altaf hantar Pak Leman dengan ayah ke balai raya kampung sebelah. Malam baru pulang tapi Altaf selepas hantar ayah dia balik terus. Kenapa Cik Ani?" Eima panasaran. Pelik. Datang-datang cari ayah dan Altaf. Ada sesuatu ke?

"Lah. Ye ke?"

Eima angguk. Mengiyakan.

Cik Ani pusing dan menghadap Engku Khadija sedari tadi hanya berdiri di belakangnya.

"Macam mana Dhija? Duduk rumah Ani dulu ke sementara tunggu Altaf?"

Engku Khadija yang tadi ralit memandang Eima sudah beralih pada sahabatnya. Manis sungguh Eima. Cantik dan sopan. Tidak sabar mahu kenal menantu sulungnya ini dengan lebih dalam.

"Mana-mana je, Ani. Tapi kalau boleh, Dhija nak kenal dengan menantu Dhija."

Mendengarkan itu, Eima tersentak. Menantu? Siapa menantu wanita bergaya ini? Biras Cik Ani ke? Tetapi kenapa sampai datang ke rumahnya.

Macam-macam persoalan bermain di benak fikiran seorang Eima. Ataupun...

Senyuman Cik Ani makin lebar. "Boleh. Elok juga macam tu." Setuju dengan saranan sahabatnya itu. Eloklah. Eima pun belum kenal dengan ibu mentuanya. Pasti Eima pelik.

"Eima. Ni bonda Altaf. Ibu mentua Eima. Engku Khadija." Cik Ani kenalkan Engku Khadija pada Eima.

Serentak itu, Eima terkejut. Anak matanya membulat besar. Bonda Altaf?

Cepat-cepat Eima mengesat tapak tangannya pada sisi seluarnya. Kaki diorak merapat ke arah wanita itu.

"Errr Puan. Saya Eima." Meskipun tergagap-gagap, Eima main bantai sahaja. Kedua belah tangan dihulurkan ke hadapan wanita itu.

Engku Khadija tersenyum manis melihat kedua belah tangan yang dihulur itu. Tidak tunggu lama, batang tubuh Eima dibawa ke dalam pelukannya.

"Bonda, sayang. Panggil bonda. Eima isteri Altaf. Anak bonda juga." Suaranya sebak. Kejap tubuh Eima yang hanya berbeza sedikit tinggi berbandingnya itu didakap. Tapak tangan turun naik mengelus belakang tubuh Eima.

Meskipun terkejut dan tidak sangka dengan perbuatan Engku Khadija yang menerpa ke arahnya, Eima turut membalas pelukan wanita itu. Bibirnya dikulum senyuman hambar. Tidak semena, rasa sedih kian menyinggah.

''Bonda..." Sebut Eima hingga mengundang tangisan kegembiraan Engku Khadija.

''Terima kasih. Terima kasih sebab terima anak bonda, sayang..." Teresak-esak kedengaran wanita itu mengutur kata.

Cik Ani tekup bibir. Dalam masa sama, dia turut tahan rasa hiba. Kolam mata kian bertakung. Syukurlah, Engku Khadija sudi menerima Eima sebagai menantu.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now