𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 64

9.4K 1.1K 167
                                    

Eima usap perutnya yang membulat besar itu. Kandungannya sudah berusia 7 bulan. Bukan setakat anak di dalam perut ini yang membesar, tetapi ibu hamil itu juga sama. Habis semua tempat naik isi.

Ini semua salah bayi dalam perut. Tiap-tiap hari kerja mahu makan sahaja. Tidak lupa dengan sang suami yang terlebih menurut itu. Cuma kadang-kadang, Altaf terpaksa bertegas juga dek kerana sang doktor yang terlebih risau menasihati Eima supaya menjaga pemakanan.

Dan sekarang, hasil daripada seminggu menahan diri, akhirnya Eima tewas juga. Dengan sekotak pizza yang telah dipesan sebentar tadi. Ini kalau Altaf tahu, pasti si kacak itu membebel. Mujurlah Altaf di pejabat sekarang. Hehe.

Eima turun ke garaj menggunakan lif yang bersambung dengan rumahnya. Apabila dia tiba di garaj dek kerana mahu mengambil pesanannya sebentar tadi, iris bundarnya disajikan dengan pemandangan yang cukup buat anginnya berubah gelora.

"You tahu ke I nak datang sampai macam ini sekali sambut I?"

Huh! Eima gulingkan biji mata. Sakit betul hati melihat senyuman sinis itu. Cepat-cepat Eima gelengkan kepala sendiri. Menyedarkan diri sendiri yang dia perlu kekal elegant meskipun dia hanyalah dalam persalinan kaftan kelawar berlengan panjang bersama tudung sarung. Memang seperti langit dan bumi jika mahu dibandingkan dengan penampilan wanita di hadapannya ini. Classy!

"Ya, Cik Marisa? Nak apa? Kalau Cik Marisa datang nak sakitkan hati saya, baik Cik Marisa pulanglah. Saya tak larat. Lagi 5 bulan baru Cik Marisa datang balik, ya?" Dengan mengusung perut ke mana sahaja ini, sungguh buat nafas Eima semakin pendek. Tidak lupa juga dengan kesabarannya yang makin cetek dari hari ke hari.

Engku Marisa sekadar menayangkan senyuman tipis. Tidak menghiraukan suruhan Eima, jemari runcingnya menggagau beg tangan sendiri. Setelah beberapa saat, dia mengeluarkan satu sampul surat berwarna coklat lalu dilemparkan ke hadapan muka Eima.

Dek kerana tersentak dengan tindakan wanita itu, terpejam mata Eima. Malah, dia dapat rasakan hujung sampul itu terkena birai matanya. Pedih. Tidak mempedulikan rasa sakit itu, kerana tidak setanding dengan sakit di hati apabila diperlakukan sebegini. Kurang ajar!

Eima hela keluhan berat melihat sampul yang terjatuh di lantai itu. Angkat kepala lalu menembus iris coklat milik Engku Marisa.

"Kutip sekarang!" Sesuka hati dia aje membuang sampah di kawasan rumah Eima. Eima tendang kang baru tahu betapa tingginya langit ciptaan Tuhan itu.

"You tak nak tahu ke apa isi dalam sampul tu?" soalnya sambil menyeringai. Suka apabila dia dapat pancing kemarahan Eima. Kerana itulah dia bersungguh datang ke rumah wanita ini. Mujurlah salah seorang kenalannya turut tinggal di kawasan penthouse yang sama dengan Altaf.

"Malas," balasnya bersahaja.

Berkerut dahi Marisa mendengar balasan selamba daripada Eima. Lagi menggunung amarah apabila melihat wanita itu sudah berpeluk tubuh. Angkuh semacam.

Sejujurnya dia sendiri tidak mengerti dengan sifat wanita di hadapannya ini. Sepanjang pertemuannya dengan Eima, bermacam-macam jenis perangai dia terpaksa hadap. Yang pasti, semuanya menyakitkan hati. Menguji kesabarannya.

Marisa ketap bibir. Sementelah kedegilan Eima, terpaksa dia turunkan ego dan mengutip sampul surat yang dibalingnya itu lalu dihulurkan kepada Eima. Mendidih amarah apabila dia dapat menangkap sebelah pinggir bibir wanita itu yang menjungkit ke atas. Sinis.

Dengan malas Eima membuka sampul surat itu. Berlapis ruas dahi melihat beberapa keping gambar yang berada di tangannya. Nyaris terkeluar biji mata tatkala melihat gambar-gambar itu.

Reaksi yang dia dapat daripada Eima, amatlah memuaskan. Giliran dia pula tersenyum sinis.

"I dah agak. Altaf tahu tak perangai sebenar you ni? Depan Altaf baik sangat, tapi belakang? Menjalang!" tuduhnya tidak bertapis lagi.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now