𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 58

9.9K 1K 176
                                    

Altaf keluar dari bilik mandi dengan bathrobe serta tuala kecil untuk mengeringkan rambut basahnya. Bebola mata melilau mencari keberadaan isteri.

Eima masih belum balik ke?

Sedang dia membersihkan diri tadi, sang isteri telah meminta izin untuk keluar sekejap. Katanya nak pergi 7E yang terletak di dalam hotel. Sudah puas Altaf menyuruh Eima supaya menunggunya dahulu tapi sudah namanya isteri Altaf... degil itu memang nama samaran dia.

Sekejap dia melirik ke arah meja solek. Tergeleng-geleng kepala apabila melihat sling bag serta telefon bimbit wanita itu yang elok terletak di atas meja. Mentang-mentang Altaf suruh bawa dompetnya, dia tinggalkan sahaja barang peribadinya itu.

Nak marah tapi sayang. Apa nak jadilah dengan ibu mengandung yang comel itu...

Sebut tentang itu dia teringat sesuatu, Altaf ambil telefon pintarnya. Nombor seseorang dicari lalu dia membuat panggilan kepada nombor tersebut.

Hanya beberapa kali deringan, Altaf akhirnya dapat dengan suara seseorang.

"Hurm. Hello. Siapa ini?"

Tergeleng sendiri kepala Altaf mendengar suara Zaril itu. Mamai dan mengantuk. Sah sahabatnya itu masih dibuai lena.

"Assalamualaikum. Dah nak dekat pukul 9 pun kau masih tidur lagi ke Ril?"

Zaril mendecit. Altaf rupanya.

Dengan mata masih terkatup dia menjawab pertanyaan Altaf yang seakan mahu berleter itu. "Hari ini cutilah. Bagi aku rehat!" Giliran dia pula marahkan Altaf.

"Ini dah subuh ke?" Bimbang sahabat karibnya itu terlanjur tidur sehingga alpa dengan panggilan Tuhan.

Mendadak Zaril celik mata. "Dahlah. Aku bangun subuh awal tau tadi. Pukul 5 aku dah bangun. Aku VC dengan ibu," ceritanya pula.

"Kau video call dengan ibu pagi-pagi?" Biar betul? Pukul 5 pagi. Wuish dahsyat.

Meskipun Altaf tidak nampak, dia tetap angguk juga. "Kau tak tahu keadaan aku sekarang ini macam mana tau, Taf. Kau sepatutnya kasihankan aku..." luahnya sedih. Disebabkan keadaan rumah tangga sahabat baiknya itu sekarang, Zaril tidak berpeluang untuk mengadu tentang dirinya.

"Kenapa, Ril? Kau ada masalah dengan Dila ke?" Altaf kedengaran begitu bimbang.

"Bukan. Aku sebenarnya dah beritahu ibu yang aku nak halalkan Dila."

Lesap raut kerunsingan Altaf. Bibir merahnya mula ukir senyuman. "Habistu ibu cakap apa? Ibu kan memang dah berkenan dengan Dila. Tak ada masalahlah kan?" Sejak dulu ibu angkatnya itu tahu tentang hubungan Zaril dan Dila. Keluarganya juga tidak mempunyai sebarang masalah dengan hubungan itu. Jadi kenapa?

"Memanglah. Tapi sebulan aku kena praktis bangun awal pagi tahu? Aku kena buat video call dengan ibu dan mengaji setiap pagi. Sejam sebelum subuh. Sejam sebelum subuh, Taf! Tiap-tiap pagi!" Huwaaa... Zaril rasa mahu menangislah. Kalau Altaf ada depan mata kan senang. Dia perlukan dada Altaf untuk bersandar.

Sudahlah ibu juga sudah arahkan bahawa bulan kedua nanti, lelaki itu perlu solat subuh berjemaah di masjid. Kena tanya Altaf lah nampak gayanya.

Altaf ketap bibir. Menahan tawa yang mungkin pecah.

"Kau jangan nak gelakkan aku!" Tahu-tahu sahaja Zaril ini.

"Betullah itu apa yang ibu buat. Nak jadi seorang suami ini, bukan mudah Ril. Kita ada banyak tanggungjawab yang perlu kita pikul dan amanah yang kita kena jaga sebaiknya. Kita bukan jadi seorang suami sahaja Ril, tapi kitalah ketua keluarga dan kita juga akan jadi bapa kepada anak-anak kita nanti. Kalau perkara mudah macam itu pun kita persoalkan... macam mana nak pelihara rumah tangga?" Lembut lelaki itu memberi nasihat kepada Zaril sehingga sahabatnya di sebelah talian sudah terdiam. Tarbiah di pagi hari.

ALTAF'S SAVIOURWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu