𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 65

9.8K 1.1K 241
                                    

"Dammit!"

Kuat bunyi tapak tangan Altaf bertemu dengan meja kayu jati yang terletak di dalam pejabatnya. Affan dan Athmar yang turut berada di dalam bilik itu hanya mampu melihat kelakuan si abang yang sedang mengamuk.

Sekali lagi Altaf memandang laman berita yang terpancar di atas skrin desktop miliknya. Tajuk utama berita itu dibaca sekali lagi.

Ujian Bertunang: Engku Marisa, Model Terkenal, Dikejutkan dengan seorang Wanita Hamil yang Didakwa Sebagai Skandal kepada Tunangnya

Isi kandungan berita itu turut disertakan dengan sebuah video yang berdurasi hampir satu minit. Video itu jelas mempamerkan Eima telah menampar Engku Marisa sebanyak dua kali. Video yang tidak disertakan dengan suara itu telah mengundang fitnah yang amat dahsyat kepada Eima.

Dan Altaf sendiri telah membaca komen-komen yang jelas membawa maksud penghinaan, cacian dan juga makian kepada sang isteri. Itupun Altaf hanya membaca kurang daripada sepuluh komen. Dan dia sendiri tidak sanggup. Berkaca-kaca matanya. Sebu perut menahan amarah. Tergamaknya orang melemparkan kata-kata sebegitu hanya kerana sebuah video.

Altaf buang keluhan berat. Dia mengerling ke arah jam dinding. Kurang daripada satu jam dia akan mengadakan persidangan bersama pihak media. Dan-dan pada waktu beginilah kejadian ini boleh berlaku.

Altaf pandang Athmar dan juga Affan sedari tadi berada di dalam biliknya. Berita ini juga disampaikan oleh Athmar sebentar tadi.

Faham akan pandangan si abang yang seakan mahukan penjelasan, Athmar berdeham.

"Athmar dah contact dengan pihak media. Dan pihak mereka sendiri dapat video itu melalui emel tak bernama. Athmar dah minta dorang padam tapi..." Jeda. Athmar diam. Sejujurnya dia sendiri gerun untuk memberitahu si abang tentang hal ini.

"Habiskan ayat kau, Athmar." Keras lelaki itu menyuruh. Tajam bak belati dia menghunus wajah tampan si adik yang sedang teragak-agak itu.

"Video itu dah tersebar luas di laman sosial sekarang. Pihak media lain pun dah keluarkan berita yang sama. Keadaan tak terkawal. Tak tahu macam mana tapi banyak gambar kak long yang leaked. It's all over the internet now."

Mendengarkan itu, wajah Altaf makin tegang. Timbul segala urat leher dan dahi. Resah dia menyebak rambut yang disikat rapi itu sehingga berantakan.

"Affan rasa along perlu selesaikan semua ini waktu persidangan nanti. Affan percaya ramai yang mahu dengar daripada side along sendiri. Don't worry, along."

Altaf pandang Affan. Mengecil bukaan matanya.

"Jangan risau? Mereka tuduh isteri aku, Affan. Mereka hina Eima. Tak cukup dengan itu, mereka hina anak kami juga. They accused Eima of having an illegitimate child!" Bagaikan petir suara dingin Altaf menyambar. Terpejam kelopak mata Affan dan juga Athmar dek kerana amukan Altaf.

"Affan minta maaf." Perlahan sahaja dia ucapkan kalimat itu.

Altaf raup wajah sendiri. Sedar yang dia juga keterlaluan. Walhal, dia tahu niat Affan sekadar mahu menenangkannya. Lagipula, Altaf tidak berhak salahkan sesiapa. Punca kepada apa yang sedang berlaku ini adalah kerana dia sendiri.

"Athmar. Tolong contact Encik Ravi dari SYAQ security dan Tuan Emir dari SYAQ associates." Setelah lama suasana dalam bilik itu hening, Altaf melontarkan arahan. Jelas Athmar dan juga Affan turut terkejut dengan arahannya itu.

"Along..."

"Jangan halang aku. Aku tahu ni semua angkara perempuan itu. I don't give a damn about blood relations anymore. Aku dah banyak bersabar. Disebabkan kesabaran aku, isteri aku yang jadi mangsa. Yang aku tahu, perempuan itu patut diajar!"





ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now