𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 24

10.5K 758 119
                                    

Anak mata hitam gelap Altaf dipakukan ke arah skrin telefon miliknya. Keluhan berat terbit dari celah bibir. Rambutnya yang dibiarkan tidak bersikat, disebakkan ke belakang. Sekali lagi, Altaf mengeluh.

Kepalanya yang berehat di pemegang sofa diangkat sekaligus memandang siling bilik hotel miliknya dan Eima. Mata dipejam sekejap sembari telefon yang dibiar terbuka dilempar kasar ke lantai.

Celik mata, pesanan yang baru sahaja masuk tadi kembali berlayar dalam legar fikiran.

Buat pertama kali muncul perasaan sebegini dalam diri apabila dia mendapat panggilan daripada syarikat supaya kembali bertugas dan bekerja dalam waktu secepatnya.

Tidak pernah dia mengeluh bahkan mempersoalkan perkara sebegini. Jika boleh, Altaf tidak mahu cuti langsung. Tetapi kali ini, sungguh rasa yang hadir itu sangat asing.

Berat hati. Lagian bila wajah Eima bermain dalam fikiran. Makin berat dan susah untuk Altaf menerima keputusan ini.

"Altaf..."

Altaf pusing sedikit kepalanya dan mencari suara si isteri yang menyeru namanya dengan intonasi yang agak sedih. Segaris senyuman dikoyakkan.

"Ya, Eima." Nada suaranya makin perlahan. Senyumannya yang kian melebar tadi, lesap sekelip mata.

Anak mata hitamnya naik turun melihat tubuh genit Eima yang hanya tertutup di bahagian dada hingga ke peha. Tanpa sedar, halkumnya bergerak perlahan. Bibir turut terbuka kecil.

Dugaan. Lagi.

Melihat betis bunting padi itu bergerak makin merapat ke arahnya yang berbaring di atas sofa, Altaf mula sedar.

Tersentak kecil Altaf merasakan bahagian sisi pinggangnya berlaga dengan tubuh Eima. Eima yang sudah melabuhkan punggung di atas sofa ini, dipandang lama. Wajah Eima yang agak suram turut menjadi pusat perhatiannya.

"Eima okey?" Soal Altaf ambil berat.

Baru sahaja mahu menjawab soalan Altaf, wanita itu terpandang telefon pintar milik Altaf berdekatan dengan kakinya. Skrin telefon itu juga masih bercahaya. Jatuh ke?

''Altaf, telef—'' Eima hilang diksi. Lagian selepas membaca mesej yang tertera di atas skrin telefon Altaf. Lekas wajah tampan milik si suami dicari.

Altaf hanya membiarkan Eima membaca pesanan itu. Tiada niat untuk menyembunyikan hal ini daripada pengetahuan Eima.

Berkali-kali Eima membaca dan memastikan pesanan yang dilihatnya itu adalah benar. Seraut wajah tampan Altaf kembali dicari.

''Awak, betul ke ni?'' Suara Eima lirih. Dalam masa sama berharap supaya apa yang dibacanya itu adalah silap ataupun pesanan lama.

Mendapat senyuman hambar daripada lelaki itu, tubir matanya memanas. Kolam mata turut bergenang.

Altaf sedikit terhibur melihat wajah Eima yang sudah mencebik itu. Alahai, sedih sangat ini.

Altaf mengengsot rapat ke arah penyandar kerusi sembari lengannya dibuka mengarahkan Eima supaya berbaring di sebelahnya. Tapak tangan turut menepuk sekali dada bidangnya.

Tidak tunggu lama, Eima berbaring di atas sofa sementelah kepalanya dilentokkan di atas dada Altaf seperti yang diarahkan. Tubuh tegap itu lekas sahaja didakapnya.

''Awak cakap 3 bulan lagi, kenapa cepat sangat awak kena pergi?'' Ujar Eima. Nadanya sungguh hiba membuktikan yang wanita itu benar-benar terkesan.

Kedip mata sekali, kolam mata Eima pecah. Wajahnya yang disembamkan di tubuh Altaf sudah beralih. Dagunya menyentuh dada Altaf.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now