𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 15

11K 792 75
                                    

Eima tekup kedua belah pipinya. Altaf yang jauh lebih tinggi daripadanya itu dipandang. Naik turun anak matanya menganalisa figura tegap Altaf.

Dari rambut yang hanya disisir rapi, wajah yang tampan, t-shirt polo berwarna hitam, seluar khaki dan kasut berjenama itu.

''Kenapa? Tak okey ke?'' Altaf turut memandang tubuhnya sekilas.

Sejak dari rumah tadi Eima pandangnya semacam. Aneh pula Altaf.

''Handsome sangatlah awak.'' Jawab Eima selamba.

Hampir jatuh rahang Altaf. Keningnya yang tidak gatal digaru halus dengan hujung jari telunjuk. Altaf sudah biasa dipuji, tetapi Eima ini lain. Altaf tidak tahu nak tafsir macam mana, tapi feel dia lain bila dengar dari mulut wanita ini.

''Kita baliklah.''

Altaf berkerut. Sudah. Nak balik pula? Mereka baru sahaja dapat parking setelah berpuluh minit menunggu. Ini pun baru keluar dari kereta. Tidak sempat masuk mall lagi.

''Kenapa nak balik? Tadi kata nak beli barang?'' Altaf mendekat ke arah Eima. Tudung Eima yang agak senget di matanya dibetulkan.

Eima pun cantik. Altaf tidak pernah melihat Eima dalam persalinan ini. Sepanjang di kampung wanita itu hanya berpakaian santai. Hari mereka nikah pun Eima berbaju kurung dengan solekan yang tipis.

Tapi sekarang Eima memakai floral dress berwarna hitam. Mahkotanya tertutup dengan tudung bawal berwarna beige. Memang senada dengan Altaf. Comel.

Benarlah kata orang, wanita ini memang cantik. Jika mereka dah rajin bersiap sahaja, memang boleh berubah 180 darjah. Macam Eima inilah. Sebelum ini pun dah cantik, sekarang makin cantik.

''Awak kacak sangat. Saya takut orang berkenan.'' Jujur Eima tanpa dalih lagi.

Altaf senyum pasrah. Jari telunjuknya menolak rambut Eima yang terkeluar beberapa helai itu ke dalam anak tudung. Iris bundar milik Eima dipandang. Eima ini kecil sungguh. Selepas sarung heels pun hanya setara bahu Altaf.

Tangan Eima dicari lalu disulamkan bersama jemarinya. Tenggelam tangan kecil itu dalam tapak tangan besarnya.

"Orang lain tak rasa macam tu pun, Eima..."

Eima geleng kepala berkali-kali. "Tak. Tadi awak keluar kereta pun saya dah nampak orang usyar awak. Jomlah balik." Bersungguh benar Eima ini.

Memang Eima geram. Altaf hanya untuk Eima. Eima nak kurung Altaf dalam bilik lah kalau macam ni gayanya. Eima memang mudah cemburu. Dengan Zaril pun Eima boleh cemburu.

Pernah sekali Zaril mencium pipi Altaf di hadapannya. Sengaja nak Eima dengki dan cemburu. Cemburu buta.

Altaf genggam kemas jemari Eima. Tubuh wanita itu ditarik supaya lebih merapat. Sisi bahu Eima turut diusapnya.

"Biarlah orang. Tapi aku tak tengok. Aku cuma tengok Eima." Pujuk Altaf. Dia pun tak perasan yang dia telah dipandang. Altaf hanya akan lihat Eima. Lagipun, manusia lain tidak menarik, kan?

"Betul, awak akan tengok saya je?"

Altaf angguk sekali. Tapak tangannya di bahu Eima sudah beralih di belakang kepala wanita itu. Ditinggalkan usapan beberapa kali disitu sebelum dahi Eima dikucup lembut.

"Ya, Eima..."

Eima gigit bibir. Hari ini sahaja sudah dua kali Altaf cium dahinya. Eima suka. Altaf selalu memanjakan Eima dengan sentuhan. Kadang-kadang lelaki itu suka mengusap kepala, tangan dan bahunya. Argh, Eima memang sukalah.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now