𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 21

9K 767 93
                                    

Eima melirik ke arah Icha dalam pangkuan Altaf yang duduk disebelahnya ini. Anak matanya mengecil kala suara kekehan si kecil sejak tadi menerjah halwa telinga.

Geram sahaja Eima tengok jari tembam itu duk menyentuh dan bermain di wajah suaminya. Kaki gemuk itu pun elok memeluk pinggang Altaf. Eima gigit baru tahu.

Tangan Altaf yang memeluk belakang tubuh si kecil itu juga dipandang lama. Eima cemburu. Inilah sebab orang kata tak boleh nak salahkan orang ketiga sahaja, kalau si suami tak melayan, tak jadi. Ni Altaf pun sama naik.

"Hidung uncle tinggi." Icha menyentuh pucuk hidung Altaf.

"Iya?" Tangan Altaf dibelakang tubuh Icha menepuk kecil di situ.

Icha menjatuhkan kepala berkali-kali. "Hurm. Macam uncle. Tinggi! Tall and henshem." Sisi kepalanya melentok pada bahu Altaf. Iris bundarnya bersabung pandang dengan Altaf.

Kala Altaf mengusik dengan merapatkan wajahnya dengan Icha, si kecil menyembamkan wajah pada bahu tegap Altaf. Tidak berhenti disitu, digesel pula seluruh wajahnya pada baju Altaf.

Gelak halus Altaf pecah dengan kelakuan comel Icha. Rambut ikal mayang separas leher itu dielus. Macam Eima. Usik sikit malu. Mula lah nak menyorok.

Amboi, amboi, amboi... Ini dah melebih!

Eima di sebelah sudah berada di ambang bahaya. Percikan api menyambar dalam anak mata hitam melihat Icha dan Altaf seperti orang bercinta ini.

Tall and henshem? Huh, Eima pijak kang baru tahu?! Sekejap hesmes, sekejap henshem. Macam-macamlah...

Tidak mahu melayan perasaan cemburu, Eima alih pandangan pada kedua adiknya yang turut berada di meja makan bulat ini.

Mengeluh panjang Eima melihat Elyas dan Ebrahem yang turut sama memandang Altaf dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Ini dah kenapa? Jatuh cinta jugak ke?

"Korang check out bila?"

Serentak Elyas dan Ehrahem memakukan pandangan ke arah Eima.

"Esok." Jawab Ebrahem sepatah. Kepala dipusingkan lalu anak mata dililaukan ke segenap pelusuk kedai makan yang sungguh mewah ini.

"Aku call minta jagakan ayah untuk aku, kau cakap kau busy kerja."

Ebrahem kaku. Nafas dihela berat sembari wajah Eima ditatap. Mendecak sinis dia melihat iris hitam itu menikam tajam wajahnya.

"Dah memang aku busy." Jawabnya kasar. Sudah lupa dengan gerangan asing di sebelah Eima.

"Tak salah pun kau jujur." Eima memerli halus. Nak beralasan bagai buat apa? Busy bercuti?

Ebrahem mendecak sinis. "Kau j—"

Elyas menyentuh lengan abang kembarnya. Memberi amaran supaya tidak meletuskan pertengkaran di khalayak ramai ini.

Ebrahem menepis tangan adiknya. "Aku tahulah." Mengerti dengan signal yang diberi. Masalahnya minah depan dia ni yang cari gaduh! Eima selalu macam tu. Hal kecil pun nak perbesarkan. Menyampah!

"Bubungah. Icha nak air."

Jelingan manja Eima lemparkan untuk Icha. Cawan yang berisi air kosong dihadapannya diambil.

"Kenapa tak minta dekat uncle?" Soal Eima.

Icha senyum. Bebola matanya diangkat dan melihat wajah tampan bapa saudaranya yang turut tersenyum ke arahnya.

"Icha shy lah bubungah..." Kepalanya makin melentok ke dada Altaf. Tangan Altaf dipehanya disentuh.

Eima mencerun tajam. Tangan si kecil diangkat dan dibawa ke mulut. Tidak tertahan, Eima gigit juga lengan tembam itu.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now