𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 52

9K 999 162
                                    

Abang. Abang dah makan?

Abang makan tahu? Lepas itu, abang kena ambil ubat. Jangan degil-degil. Eima dah pasang spy tu...

Dengar cakap bonda. Abang pun kena rindu Eima. Sebab Eima rindu abang.

Abang jangan lama-lama, ya? Abang kena balik cepat. Eima dah nangis rindukan abang ni...

Oh abang. Tadi Zaril tinggi suara dekat Eima. Dia marah Eima. Eima nak penyek telur tu kalau abang izinkan. Boleh kan, abang?

Abang baliklah cepat. Sihat-sihat. Eima sayang abang. Saranghae abang!

Altaf raup wajah sendiri berulang kali. Matanya setia tertancap pada pesanan yang dihantar oleh sang isteri. Seharian. Tak berhenti wanita kesayangannya cuba untuk menghubungi dan menghantar pesanan kepadanya.

Setiap kali itulah Altaf terpaksa menahan jari sendiri daripada membalas setiap pesanan itu. Dia sedang keliru dan buntu. Altaf mati akal. Dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan sekarang.

Oleh kerana itu, dia telah mengurungkan diri seharian di dalam bilik stor di tingkat tiga ini. Salah satu daripada rancangannya telah gagal dek kerana kedegilan Eima.

Pada mulanya, dia agak marah apabila diberitahu oleh Zaril yang Eima tidak mahu pergi tanpa dia. Altaf ketakutan. Takut akan keselamatan Eima. Meskipun si abi sudah berjanji yang dia tidak akan mengganggu isterinya lagi, Altaf tidak bodoh untuk percaya bulat-bulat apa yang dituturkan oleh musang yang amat licik itu.

Tetapi yang lebih mengganggu dirinya sekarang adalah Eima. Membaca setiap pesanan Eima, buat hatinya dihentam pilu. Sakit.

Kenapa Eima masih risaukan dia sedangkan wanita itu sepatutnya lebih risaukan diri sendiri? Makin hari, Altaf makin sedar yang Eima seorang wanita yang amat istimewa. Kuat dan tabah tidak cukup untuk menafsirkan sifat wanita itu.

Altaf bawa skrin telefon ke dahi. Matanya terpejam sembari melepaskan segugus keluhan yang amat berat.

"I promise I will give her everything, yet why has nothing gone the way I planned?" lirihnya pilu.

Dia telah berjanji pada Eima yang dia akan memberikan segala-galanya pada wanita itu, tetapi dia sendiri yang telah mungkiri janji tersebut.

"I'm sorry, sayang... abang minta maaf. Abang gagal sebagai seorang suami. Abang... gagal lindungi Eima."






Bonda... Eima minta maaf. Bukan Eima tak percayakan bonda tapi abang tak sihat kebelakangan ini. Dia selalu pening. Hari ini pula, sejak pagi dia belum jamah makanan. Eima dah janji nak masakkan dia untuk makan tengah hari, tapi abang balik rumah bonda pula. Bonda tolong pastikan abang makan dan ambil ubat boleh? Sebelum tidur. Biasanya pening dia itu serang lewat malam. Terima kasih, bonda. Eima minta maaf. Sayang bonda. Hehe.

Berjurai mutiara jernih meluncur membasahi pipi membaca setiap bait pesanan yang telah dihantar oleh menantu kesayangannya.

Padahal dia baru sahaja selesai bercakap dengan wanita itu tadi. Yang membuatkan jiwa wanitanya makin luluh, tidak sikitpun Eima menyebut tentang perihal pertunangan itu. Hanya memberi pesanan dan bertanyakan khabar tentang dirinya dan juga sang suami.

Tak semena-mena dia teringatkan kata-kata Eima tadi.

"Mungkin Allah nak sembuhkan rindu bonda pada abang. Tapi jangan lama-lama. Tiba masanya Eima datang ambil abang balik, tahu? Eima pinjamkan kepada bonda sekejap."

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now