𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 27

10.8K 776 65
                                    

Dua pasang anak mata yang mencuit hati Altaf itu saling bersabung pandang antara satu sama lain. Pandangannya tajam menikam, lagian pandangan Eima. Mengecil halus ibarat belati. Dengan lengan kecilnya yang memeluk tubuh, benar-benar boleh buat Altaf hemburkan tawa.

"Eima. Dekat sikit." Altaf gamit Eima yang beberapa meter jauh dari kedudukannya itu.

"Tak nak. She's scary!" Bukan merapat, malah kakinya menapak satu langkah kebelakang. Makin menjauh adalah.

Altaf beralih ke arah Becky yang masih merenung Eima. Kepala Becky diusap lembut.

"Tak pun, Eima. Becky baik." Altaf yakinkan wanita itu. Ternyata kenyataan yang Eima takut akan kuda memang benar. Fikir Altaf, itu hanya omongan kosong.

Eima geleng lambat. Dia takut. Satu hal lagi, kenapa pandangan Becky terhadap Eima dan Altaf berbeza? Tahu lah Altaf itu tuan kesayangannya, tapi tidak perlu melihatnya seperti itu.

Altaf pasrah. Kolar kuda itu dipegang seraya mengheret tubuh Becky menuju ke arah si isteri. Altaf sudah tekad. Dia akan hilangkan ketakutan Eima hari ini.

"A— Altaf, jangan dekat. Jangan dekat!" Suaranya berubah tinggi. Bukan berniat mahu menjerkah dan menjerit kepada si suami, tapi Eima benar-benar kecut perut.

Sampai sahaja mendekat, pergelangan tangan Eima dilelar lembut. Tangannya merayap turun mencari jemari Eima dan disisipkan bersama. Altaf sudah dapat baca Eima. Mahu lari lah itu.

"Tak naklah Altaf... Saya tunggu awak dekat sana er? Ha sana tu sana." Jari telunjuknya diajukan ke kawasan tempat duduk yang disediakan khas untuk penonton itu.

Altaf hela nafas lembut. Anak matanya sudah mengecil menikam teduh iris bundar itu. Degil si isteri, tidak boleh dibuat kira. Susah.

"Nur Eima..."

Eima geleng laju. "Tak nak Altaf..." Nada sama dia gunakan seperti Altaf.

"Sayang. Please?"

Eima kaku. Rontaan kecilnya terhenti. Anak mata hitam pekat yang meneduh itu ditatap semahunya. Lama bersabung pandang, Eima tenggelam dalam renungan yang sungguh asyik itu sehingga tidak sedar yang dirinya terpacak di antara Altaf dan Becky.

Altaf senyum tipis. Jemari mereka yang disulamkan bersama diangkat dan dibawa menyentuh Becky. Tapak tangan Altaf menindih kekura Eima.

"A— Altaf..." Tersentak Eima kala tapak tangannya menyentuh sesuatu permukaan yang keras dan berbulu. Kerdip mata sekali, mata besar amber milik Becky bertarung dengannya.

"Don't flinch. She might harm you." Altaf tekan lembut belakang tangan Eima. Sebelah tangannya yang kosong mengusap pelan sisi bahu si isteri.

Altaf senyum tipis merasakan Eima yang kian tenang. Sisi wajah wanita itu ditatap. Bibirnya yang dekat dengan telinga Eima, mula membisik perlahan.

"Are you okay now?" Tangan Eima dalam genggamannya bergerak ke atas dan kebawah. Mengusap leher Becky yang turut selesa dengan sentuhan Eima.

Eima angguk lambat. Tatapan mata Becky berubah tenang hinggakan Eima tenggelam dalam mata cantik itu.

"Cantiknya dia..." Suara Eima tenggelam timbul. Bibirnya menarik senyuman. Eima kagum dan takjub dengan ciptaan Tuhan.

Altaf melarikan tapak tangannya dan membiarkan Eima mengelus Becky. Pipinya menyentuh sisi kepala Eima yang beralas selendang. Kedua belah tapak tangan turut mencengkam lembut sisi pinggang ramping si isteri.

"Kan? Macam Eima." Suara Altaf perlahan.

Eima palingkan wajah. Kepalanya mendongak tinggi melihat wajah Altaf. Dahi berlapis keliru.

ALTAF'S SAVIOURTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon