𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 56

10.7K 1.1K 232
                                    

Ketukan pintu bilik yang kedengaran seiring dengan suara sang bonda menyeru namanya sejak tadi dibuat seperti angin lalu. Pandangannya dibuang ke arah perkarangan rumah yang dipenuhi dengan beberapa buah kereta yang begitu asing melainkan kereta range rover hitam itu.

Melalui nombor pendaftaran kereta tersebut, dia amat kenal pemiliknya. Siapa lagi kalau bukan Edrees. Tidak hairanlah kerana dia sudah diberitahu oleh sang bonda yang keluarga Engku Tashmir bakal datang malam ini.

"Uncle..."

Tersentak. Lamunannya tadi sudah terbang tinggi apabila mendengar suara kecil disebalik pintu kayu itu.

"Uncle... Ini Icha!" Agak nyaring suara si kecil itu berbunyi. Ketukan pada pintu itu juga kedengaran makin kuat.

Lantas Altaf bangkit dari sila dan berjalan menuju ke arah pintu. Selang beberapa saat, wajah sang bonda dan si kecil Icha menghiasi retina mata tatkala daun pintu tersebut dikuak olehnya.

"Uncle!" Si kecil itu tanpa segan menerpa ke arah Altaf dan memeluk kemas kaki lelaki itu.

Altaf menolak lembut bahu kecil Icha lalu dia melutut. Benarlah. Ini Icha. Aduhai... Rindunya Altaf akan si kecil ini. Kali terakhir mereka bertemu di kampung ketika arwah ayah meninggalkannya dan Eima.

"Icha." Spontan wajah tampan itu mengukir sebuah senyuman sehingga Engku Khadija yang memandang turut terpana. Senyuman Altaf...

"Uncle... Icha datang nak jumpa uncle dengan bubungah. Mana bubungah?" Bibir kecil itu sudah tercebik-cebik. Kepala dipanjangkan ke dalam bilik mencari kelibat ibu saudara yang amat dirinduinya itu.

Kata mama, hari ini Icha dapat jumpa dengan bapa saudaranya. Icha suka tapi Icha lagi suka kalau ada bubungah. Icha rindu nak main dengan bubungah! Bila dia minta dengan mama dan papa membawanya untuk menemui wanita itu, malah papanya tidak mengizinkan. Katanya, sibuk. Penipu!

Altaf pula bagai dipukul apabila mendengar Icha yang turut mencari wanita kesayangannya. Melihat mata bulat persis Eima itu yang sudah berkaca, tidak semena Altaf teringatkan kejadian tempoh hari.

Tangisan Eima... Rayuan Eima... Senyuman Eima... dan kata-kata Eima.

"Uncle... Mana bubungah?" Tangan kecil Icha menggoyang lembut bahu sasa itu. Uncle pun sama macam orang lain ke? Bila sebut nama bubungah sahaja, pasti semua orang akan diam. Kenapa?

"Altaf. Abi minta bonda panggil Altaf. Tapi Altaf tak perlu turun. Bonda saja bawa Icha jumpa Altaf." Lembut suara Engku Khadija mencelah perbualan Altaf dan Icha.

Melihat wajah Altaf sahaja, dia tahu tindakannya itu benar. Altaf juga tidak mempunyai jawapan untuk menjawab pertanyaan si kecil itu.

"Bonda ada masak nasi beriani. Resipi Eima. Nanti mereka dah pulang bonda bawakkan untuk Altaf, ya?" Sengaja mahu pancing Altaf dengan nama Eima. Jika budak-budak pasti dipancing dengan aiskrim tetapi anak sulungnya ini semua benda nak kena guna nama Eima. Gedik, kan?

Altaf berdiri. Dia membalas tatapan lembut Engku Khadija. "No. I'm coming with you."

Berubah air muka Engku Khadija. "Tapi Altaf—"

"Puan Sri. Altaf tahu. Altaf tahu apa yang Altaf buat," katanya bersama dengan senyuman tipis. Lantas jemari kecil Icha dipegang lalu mereka berpimpin turun ke ruangan dapur.

Terpinga-pinga Engku Khadija melihat belakang tubuh kekar itu. Kelopak matanya juga berkedip pantas. Benarkah apa yang dia lihat tadi? Altaf baru sahaja menghadiahkannya sebuah senyuman!

Eima, Altaf senyum depan bonda!

Tak sabar mahu sampaikan khabar ini kepada menantu kesayangannya.





ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now