𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 12

10K 802 117
                                    

Eima menutup daun pintu biliknya. Pusing tubuh, terbuka kecil bibir melihat Altaf yang sedang menyarung baju di hadapan mata. Dalam masa yang sama, Altaf juga turut kaku memandang ke arah Eima.

Melihat Eima yang lekas membalikkan tubuh menghadap muka pintu, buat Altaf kembali sedar dengan keadaan. Cepat-cepat Altaf menarik hujung bajunya supaya menutup kawasan perut yang terdedah.

Eima nampak ke?

"Sa— saya keluar dulu lah." Tangan kembali memulas tombol pintu. Ingin memberi ruang kepada Altaf. Dia pun nampak yang lelaki itu masih bertuala.

"Sekejap Eima." Suara lelaki itu memberhentikan Eima. Dengan anak mata yang masih dipakukan ke arah Eima, lekas-lekas Altaf menggapai seluarnya pula sebelum disarung.

Beberapa saat selepas itu, Altaf sudah lengkap berpakaian tidur. Tekak dibasahkan dengan deheman beberapa kali.

"Dah." Katanya sepatah. Rambut lebatnya yang agak lembap disebak kebelakang.

Mendengarkan itu, dengan teragak-agak Eima berpusing. Bebola matanya naik turun melihat Altaf. Tubuh lelaki itu tersarung tshirt hitam dan seluar track cotton yang berwarna kelabu. Nak tidur pun kacak. Untungnya Eima.

"Ma— maaf. Saya lupa awak ada dalam bilik." Sisi kepala yang berlapik tudung sarung Eima garu. Sungguh dia lupa dengan kewujudan Altaf di dalam biliknya. Sedangkan dia sendiri yang memberi ruang kepada lelaki itu untuk membersihkan diri.

"Tak apa. Ini bilik kau." Altaf menapak ke arah Eima yang sudah berdiri di birai katil.

Sampai di hadapan wanita itu, iris hitam milik Altaf jatuh memandang Eima yang hanya separas dadanya. Kecil sungguh Eima. Atau dia yang terlajak tinggi? Altaf pun tak tahu.

"Kita memang nak berdiri sampai esok ke?" Eima memecahkan kesunyian di antara mereka. Tidak selesa apabila ditatap Altaf sebegitu rupa. Sudahlah semerbak bau tubuh Altaf menusuk rongga hidungnya ini. Bau yang fresh dan seductive.

Ish, nakalnya kau Eima.

Altaf senyum tipis. Duduknya dilabuhkan ke tilam katil milik Eima yang bersaiz queen itu.

"Duduklah." Tempat duduk sebelahnya yang kosong ditepuk berkali-kali. Mengarahkan Eima supaya duduk.

Eima memandang seraut wajah yang agak manis di matanya itu. Selepas sekali lagi mendapat signal daripada Altaf supaya duduk disebelah lelaki itu, akhirnya Eima patuh juga. Masih ada ruang di antara mereka.

"Mengantuk tak? Atau letih?" Soal Altaf.

Kalau boleh, dia nak selesaikan hal yang patut dengan Eima malam ini juga. Itupun jika Eima tidak keberatan.

Eima yang hanya mengutilkan kuku itu menggeleng perlahan. Dia tidak letih cuma berdebar. Takut juga.

"Memang dalam bilik pun bertudung ke?" Altaf mengintai Eima yang sedari hanya kekal menunduk tanpa melihatnya. Malunya wahai isteri.

Anak matanya bergerak melihat tubuh genit Eima yang tertutup dengan kaftan kelawar itu. Comel.

Eima gigit isi bibir bawahnya. Sebelum ini memang dia tidak bertudung, tetapi sekarang ada Altaf. Tetapi Altaf kan sudah halal untuknya. Mereka sudah tiada batas aurat.

"Aw— awak tak kisah kalau saya buka tudung?" Eima tahu soalan dia ajukan kepada Altaf itu boleh dikategorikan sebagai soalan yang bodoh, tetapi dia nak bertanya juga.

Terbit tawa halus Altaf saat gegendang telinga memukul soalan Eima.

"Tak. Bukalah. Kita kan dah halal." Jawab Altaf lembut. Lagipun, kasihankan Eima. Pasti rimas. Seharian tertutup kepala itu. Tak akan dalam bilik pun mahu bertutup.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now