𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 37

9.6K 933 110
                                    

Beberapa bulan selepas itu...

Rambut yang masih basah, Altaf sebak kebelakang beberapa kali. Laju kaki panjangnya diayun ke arah bilik tidur.

Buka sahaja daun pintu, figura si teman biliknya menghiasi pandangan. Sempat Altaf melemparkan senyuman tipis sebelum lelaki itu menuju ke arah almari miliknya.

Haidil Taqris menjeling jam tangannya. Dengan dahi yang berkerut-kerut dia memandang Altaf.

"Berapa jam kau harini Altaf? Aku salah kira ke?" Suaranya tidak berpuas hati. Sebelah tangan berpaut pada almari sambil melirik belakang tubuh Altaf yang masih tersarung baju kerja itu.

"Betul lah. Satu jam." Jawab Altaf bersahaja sebelum lipatan tuala dikeluarkan. Seluar di tubuh dilucutkan sebelum diganti dengan tuala. Iphone 14 miliknya dicapai.

Hampir jatuh rahang Haidil mendengarkan itu. Hanya sekejap sebelum wajahnya berubah riak.

Tersenyum sinis dia memandang Altaf yang langsung tidak melarikan anak mata daripada skrin telefon itu.

"Ehem." Haidil berdehem. Jaket kerja disangkutkan di bahu sebelum dia menyendeng di tepi almari.

"Sekarang Malaysia pukul berapa?" Soalnya sambil tidak melepaskan pandangan daripada Altaf yang duduk di birai katil.

"4.10 petang." Laju Altaf menjawab pertanyaan si sahabat. Tidak beragak langsung.

Haidil ketawa. Duduknya dilabuhkan di sebelah Altaf. Sempat dia mengerling skrin telefon lelaki itu sebelum beralih ke sisi wajah Altaf yang tersenyum-senyum itu.

"Eima ke?"

"Haah." Jawabnya tanpa sedar.

Mendengar tawa si sahabat yang pecah, pandangan Altaf akhirnya berpusat pada wajah tampan Haidil. Berkedip lambat kelopak matanya saat sedar akan renungan sahabat yang sungguh sesuatu itu.

Dang it. Haidil kenakan dia!

"Taf. Dah 3 bulan aku pujuk kau, bagilah aku tengok muka Eima sekali." Separa terdesak Haidil meminta.

Masih dia teringat 3 bulan lalu, waktu si sahabat bercerita tentang statusnya sebagai suami orang itu. Terkejut? Usah ditanya. Ambil masa seminggu Haidil dan beberapa orang sahabat kerjanya yang lain untuk percaya akan kenyataan itu.

Altaf yang mereka kenal, hanya bercakap dengan wanita bila melibatkan hal kerja. Lelaki berdarah kacuk itu, sangatlah menjaga batas. Jadi bagi mereka, Altaf mungkin akan membujang hingga ke tua. Ternyata, meleset jauh sangkaannya. Altaf mendahului yang lain.

"Tak ada." Jawab Altaf selamba.

Haidil menjuih. Altaf nak menipu pun, beragak lah sedikit. Bukannya dia tidak pernah mencuri pandang Altaf yang selalu membelek gambar isterinya itu tiap-tiap malam. Angau sungguh si Altaf ini.

Sungguh Haidil teringin mahu berjumpa dengan wanita yang telah menundukkan sahabatnya ini.

Apalah ilmu yang dipakai itu agaknya?

"Teringinlah Altaf. Tunjuk 3 saat pun jadi." Haidil tolak bahu tegap si sahabat dengan sisi bahunya.

Altaf mendecit perlahan.

"Tak boleh. Kau pantang tengok wanita cantik." Rendah dan beku sahaja suara lelaki itu kedengaran.

Masuk akalkah teringin melihat isteri orang? Tidak patut!

Sudahlah Eima itu cantik maut. Tak boleh. Altaf tidak akan izinkan. Jika benar pun, nanti pulang Malaysia Altaf akan kenalkan Eima pada Haidil.

"Kedekutnya kau Taf."

ALTAF'S SAVIOURDonde viven las historias. Descúbrelo ahora