𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 2

11.1K 726 34
                                    

Segelas air kosong Cik Ani hulurkan kepada Eima. Punggung turut dihenyakkan di atas kerusi kayu di sebelah gadis muda itu.

"Terima kasih..." Eima sambut huluran wanita itu.

Diam. Suasana di antara mereka sunyi dan sepi. Hanya dapat bunyi angin-angin sepoi dan orang ramai yang bingit ke hulu dan ke hilir. Eima pakukan pandangan pada pekerja yang sibuk memasang kanopi di halaman rumah Cik Ani.

"Eima wanita yang baik."

Eima palingkan wajah ke arah Cik Ani yang tiba-tiba mengujar itu. Sepasang mata itu mula bersabung pandang kala Cik Ani juga melihat ke arah Eima.

"Biasalah Eima. Hidup kita memang sampai bila tak dapat puaskan hati manusia. Sebab tu, kita hidup bukan untuk orang. Kita hidup hanya untuk Allah..." Cik Ani usap bahu Eima yang tersarung baju tshirt itu.

Cik Ani sangat kasihankan Eima. Tidak tahu kenapa Leha suka sungguh mencari gaduh dengan Eima. Sedangkan Eima tidak pernah menganggunya.

"Eima tahu, Cik Ani. Cuma Eima tertanya-tanya, apa dosa Eima pada Mak Leha hingga dia canang cerita buruk pasal Eima pada orang kampung? Di mana salah Eima?" Eima menunduk. Tangan mula meramas cawan yang masih terisi air kosong itu.

"Sebab Eima tak ada emak ke orang benci Eima?" Soal Eima dengan suara yang mula mengendur.

"Astaghfirullah. Jangan cakap macam tu, Eima..." Sentap dia mendengar soalan Eima itu.

"Orang selalu ungkit pasal Eima tak dapat didikan seorang ibu secukupnya. Bagi mereka, tulah punca Eima jadi macam ni." Eima senyum hambar. Tidak pernah dia mengadu tentang ini pada sesiapa mahupun ayah. Tapi dengan Cik Ani yang terlampau baik dengannya ini, Eima selalu luahkan perasaanya.

"Eima. Zain dah didik Eima elok sangat ni bagi Cik Ani. Anak-anak Cik Ani ada ibu bapa sampai ke sekarang pun tak sebaik Eima." Jujur Cik Ani tanpa dalih lagi.

Niatnya bukan sekadar untuk menyedapkan hati Eima, tapi dia bercakap benar. Setiap kali dia melihat Eima, akan timbul perasaan dengki pada Zain dan arwah Ana, emak Eima itu. Sungguh bertuah dua insan itu memiliki anak perempuan seperti Eima.

Berdikari, prihatin, baik hati dan paling penting sanggup meninggalkan kerjaya semata-mata untuk menjaga ayahnya.

Rahsia yang hanya Cik Ani tahu.

Eima pernah mendapat tawaran kerja daripada syarikat airline yang bertapak di Dubai sebagai aircraft engineer. Tapi wanita itu tanpa segan dan berfikir dia tolak. Atas alasan mahu menjaga Zain. Beruntung sungguh.

"Leha tu, satu kampung memang dah tahu apa yang keluar dari mulut dia banyak dusta dari benar. Eima tak payah ambil serius sangat, kroni dia pun dua tiga orang je." Cik Ani tepuk peha Eima berkali-kali bak memujuk. Eima sudah dia anggap ibarat anak kandungnya sendiri.

Banyak mana pun orang cakap buruk tentang Eima, sedikitpun dia tidak kisah. Dia berjiran dengan keluarga Eima sudah lama. Dia sangat mengenali gadis ini.

Eima senyum. Wajah Cik Ani yang tersenyum padanya turut ditatap lama.

Aduhai, Eima. Suka benar mengadu pada Cik Ani. Mujur Cik Ani melayan.

"Eima okey je. Cuma Eima tak tahu macam mana lagi nak tutup mulut Mak Leha tu. Cik Ani ada cara tak?" Eima sekadar bergurau.

"Kalau ada, tak tunggu Eima. Cik Ani tolong tutupkan dulu."

Serentak itu, tawa Eima dan Cik Ani bergabung. Iya tak ya jugak. Kata Cik Ani sejak mereka kecil lagi Mak Leha sebegitu.

"Terima kasih, Cik Ani. Cik Ani selalu bagi nasihat dekat Eima. Dah macam mak Eima pulak."

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now