𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 30

11K 769 94
                                    

"Ha. Dah sampai!"

Mendengar bunyi loceng rumah, langkah kecil Eima lekas berlari anak ke arah ruang tamu kondominium Altaf. Tudung sarung yang tersangkut di sofa digapai dan dipakaikan menutupi kepala.

Altaf yang baru sahaja turun tangga berkerut aneh melihat tingkah kalut si isteri. Sekejap anak mata beralih ke arah pintu rumahnya.

"Siapa datang sayang? Zaril ke?" Soal Altaf sambil menuju ke arah si isteri.

Eima tersengih sebelum kepala digeleng. Kaki diayun laju ke arah pintu rumah.

"Zaril cakap dia datang balik kerja. Ini bonda!" Ayat terakhirnya dilaung sedikit kuat.

Mendengar segaris nama si ibu, Altaf lepaskan keluhan berat. Langkah Eima turut dibantutinya.

Buka sahaja daun pintu, wajah anggun ibu mentua menghiasi retina mata. Bibir melorek senyuman panjang.

"Assalamualaikum menantu comel bonda!" Huluran tangan Eima tidak disambutnya, malah tubuh genit itu dibawa ke pelukan.

Terkebil-kebil Eima lalu pelukan wanita itu dibalas jua.

"Waalaikumussalam bonda comel Eima!" Belakang tubuh itu ditepuk kecil. Bonda comel macam Eima!

Altaf yang menyendeng di dinding dengan berpeluk tubuh tersenyum tipis dengan tingkah comel si isteri dan bonda. Hanya sekejap sebelum pandangannya berlaga dengan Engku Khadija.

Lekas Altaf berdehem. Tubuh kembali ditegakkan. Senyumannya mati disitu.

"Jomlah masuk bonda. Kita sambung bermanja dekat dalam." Eima pegang lembut pergelangan tangan wanita itu.

Sudah berhari-hari ibu mentuanya melepak di kondominium Altaf. Datang pagi pulang dini hari.

Meskipun perbuatan selamba Engku Khadija agak menguji kesabaran si suami pada permulaannya, tetapi Altaf tidak simpan lama. Eima kan ada! Eima guna jampi dia lah. Sejak itu, Altaf hanya diam tanda mengizinkan.

Lagipun Eima buat ini semua bersebab. Kalau boleh, Eima mahu rapatkan hubungan Engku Khadija dan Altaf. Eima kasihankan wanita anggun itu.

"Kejap. Hari ini bonda bawa geng baru." Beritahunya bersama senyuman tidak lekang dari bibir. Berhari-hari meluangkan masa bersama dengan Eima, perasaan sayang dia pada Eima makin dalam.

Mata Eima membulat teruja. Lain dengan Altaf yang sudah berkerut hairan dibelakang.

"Siapa bonda?" Soal Eima panasaran.

Belum sempat Engku Khadija buka mulut, suara seorang wanita berteriak dan membebel dari jarak jauh menyentakkan Altaf dan Eima.

"Mummy! You bawa apa sampai berat macam ini? Oh gosh! Letih I." Rungutnya tidak puas hati.

"I dahlah baru buat manicure semalam. Kuku I mummy! Huwaaa..." Sambungnya lagi. Letih betul angkut beg bimbit yang berisi pelbagai jenis lauk ini. Sudahlah kena drive sendiri.

Sampai dihadapan muka pintu, lekas si dia meletakkan bekas makanan ke lantai.

"Tepi mummy. I penat. I nak duduk. Kerusi! Kerusi!" Bahu Engku Khadija ditepis lembut sebelum selamba dia masuk dan melabuhkan punggung di atas kerusi yang berada di dalam rumah si abang.

Terkebil-kebil Eima melihat sekujur tubuh yang berada di hadapannya ini. Naik turun anak mata melihat dan menganalisa figura itu.

Rambut ikal mayang separas tulang belikat dan tubuh tinggi yang dibaluti dengan sundress berwarna lilac itu, tidak ubah seperti seorang model. Tapi kenapa macam pernah nampak?

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now