𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 34

11.8K 878 133
                                    

Jam rolex yang terpakai kemas di pergelangan tangannya dikerling. Sekejap anak mata dilirikkan ke arah Becky yang setia menunggu Eima bersamanya sejak tadi. Kepala Becky turut diusapnya.

Mendengar bunyi derap tapak kaki yang melangkah, anak matanya menekur ke arah itu. Senyuman tipis terlakar di bibir Altaf terpandangkan figura si isteri bersama Zaril.

Saat tubuh genit itu mendekat, lesap senyumannya terpandangkan tubir mata Eima yang bertakung. Tanpa kata, wanita itu mendakap tubuh tegap miliknya. Erat.

"Abang..." Eima sembamkan wajah ke dada bidang milik si suami. Kolam matanya sekali lagi pecah.

"Kenapa ni sayang?" Soalnya bimbang. Bahu si isteri ditolak lembut sembari dagu wanita itu dikepit dan diangkat sehingga anak mata mereka bertembung.

Bibir Eima jatuh melengkung. Pusing tubuh sedikit, jari telunjuknya menunding ke arah Zaril yang sedang berjalan ke arah mereka.

"Zaril jahat, abang. Dia buat Eima." Serupa anak kecil Eima mengadu. Sebelah pipinya kembali melekap di dada si suami.

"Ya. Ya. Memang aku jahat. Salah kau, aku jugak yang kena." Zaril yang sedang mengangkut sebuah kotak bersama sekeping kadbod itu dipandang.

"Memang salah kau. Banga—"

"Nur Eima..." Altaf seru perlahan nama si isteri. Saat iris bundar itu menatapnya, Altaf geleng sekali.

Eima menunduk. Bibir bawah diketap. Sedar akan ketelanjurannya, serba salah menghurung tangkai hati.

"Sorry." Gumam Eima senafas.

Seiring itu, esakan Eima kembali pecah. Kuat sehingga mengundang kebimbangan si suami. Altaf kembali didakapnya erat.

Altaf hela nafas berat. Pelukan Eima dibalas juga. Bahu itu diusap sementelah wajah sahabat baiknya ditatap. Kening diangkat sekali.

Melihat tatapan tegas sahabat baiknya, Zaril menggulingkan biji mata.

"Jangan over kau minah. Kau ingat aku bodoh? Kau buat drama murahan kau dekat sini, kau fikir siapa nak layan? Dah. Malu kat orang tengok!" Marah Zaril. Tidak pedulikan Altaf yang turut menjadi punca Eima mencarutkan dia sebentar tadi.

"Ril." Seru Altaf tegas. Tidak membenarkan Zaril makin mengapi-apikan si isteri.

Zaril diam. Barang yang dibawanya tadi diletakkan ke bawah. Belakang tubuh Eima yang menempel dengan Altaf itu dipandang dengan bibir yang menjuih.

Gedik si minah tiga suku ini. Pandai berlakon. Play victim. Sedangkan Zaril yang patut berada di tempatnya. Zaril seharusnya menangis dan mengadu di dada Altaf. Bukan Eima!

Baru sahaja tadi Zaril dibelasah oleh Eima. Boleh pula Eima bantainya dengan payung? Berbirat seluruh tubuhnya. Sakit.

Tup-tup, sampai di hadapan si suami, dia pula beria mengeluarkan air mata. Mengadu.

Tolonglah Nur Eima. Taktik ini sudah lapuk. Hampir berpuluh tahun Zaril hadap situasi seperti ini. Selalu Eima mengadu pada ibunya, Cik Ani. Sekarang Altaf pula? Dasar perempuan.

"Apa yang jadi?" Altaf inginkan penjelasan.

Zaril menjuih ke arah Eima. "Kau tanya lah dia. Aku nak dengar dia pusing cerita belah mana." Perli Zaril.

Altaf lepas segugus keluhan berat. Menunduk dan mengintai wajah si isteri yang sudah merona merah akibat kepanasan.

"Zaril buat apa?"

Eima angkat kepala. Belakang tapak tangan menyeka air mata sebelum dia menunduk dan mengambil kadbod di atas kotak yang dibawa oleh Zaril. Sempat dia menjeling si telur rebus yang setia di belakangnya itu.

ALTAF'S SAVIOURNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ