Chapter 12

2.5K 156 18
                                    

" Kau apahal , sial , Kahar ?!! "---
______________________________________

Fakhri yang sedang berang meluru ke arah Kahar . Fakhri menarik baju Kahar .

" Kau ni memang sial , Kahar . Apa masalah kau ? Apa yang kau tak puas hati lagi dengan aku ? Huh ? Telefon aku , kau rampas , aku diam . Sekarang ni kau sepahkan loker aku dengan loker Ayam . Aku memang nak manifesto dengan kau , sekarang ni , Kahar . " Fakhri menengking Kahar .

Aireen keliru . Dia tak faham situasi sekarang ni .

" Itu jawapan yang aku tunggu . Malam ni . Gelanggang manifesto . Tak payah menang pun . Aku akan bagi phone kau balik dengan lesen free . Apa macam ? " Kahar menyatakan tawarannya semula .

" Aku setuju . Malam ni . " Fakhri berkata lalu berjalan pergi dari situ dengan amarah .

" Fakhri ! Fakhri ! Fakh-- Kahar ! Apa ni ? Kenapa kau sepahkan loker dia ? " Aireen memerlukan penjelasan .

" Aku nak manifesto dengan dia . Dia tolak tawaran aku , jadi , aku buat dia nak terima tawaran aku semula . " Kahar berkata . Tak puas hati sebab Aireen seakan berpihak kepada Fakhri .

" What ? Kau-- Haish ! Kau ni memang dah gila lah ! " Aireen berkata sebelum berlari mengejar Fakhri .

Kahar kaku ....

Sakitnya hati aku sekarang ni .

++++

" Fakhri ! " Aireen memberhentikan Fakhri .

" Apa kau nak , sial ? " Fakhri menengkingnya .

" Kau boleh je buat tak kisah pasal si Kahar tu kan ? Kalau kau layan , lagi dia suka . Lagi dia target kau , cibai . " Aireen geram . Dia tak mahu sejarah berulang semula .

" Apa kau faham , Khai ? Kau budak baru ! Kau tak tahu apa-apa pasal sekolah ni walaupun kau tu bekas kapla ! Sekolah ni lain ! Kau tak rasa apa yang aku rasa ! " Fakhri menengkingnya sekali lagi .

" Oh . Aku tak faham ? Aku tak faham ? Hey . Aku dah khatam lah kitab High Council tu . Aku dah faham semuanya . Aku sendiri rasa apa yang kau rasa sekarang ni . Kau fikir aku masuk sekolah tu terus jadi kapla ? " Aireen makin geram .

" Kepala hotak kau . Kitaorang kena dera lagi teruk daripada apa yang kau kena sekarang ni . Kau-- Haish . Sial lah . Suka hati kau lah . Kau pun dah besar , dah matang , dah ada akal ." Aireen berjalan pergi dari situ .

++++

Aireen berjalan ke dorm-nya . Dia terduduk di tangga . Dia cuba menenangkan dirinya .

Kenapa dia tak nak Fakhri manifesto dengan Kahar ? Kenapa dia takut sejarah berulang ? Apa sejarah yang dimaksudkannya ?

Semuanya cuba dilupakannya . Tetapi situasi di Kudrat tak membantu langsung .

Dia bangun dan masuk ke dalam bilik . Dia nekad . Dia ingin ikut melihat perlawanan mereka .

++++

Pukul 2 pagi . Dia dapat dengar bunyi tapak kaki pelajar-pelajar berjalan di hadapan pintu biliknya menandakan yang sesi manifesto bakal bermula .

Aireen mencapai windbreaker hitam ber-penutup kepala miliknya dan senyap-senyap keluar dari bilik agar tiada siapa tahu yang dia pelajar baru itu .

THE KAPLA'S CINTA HATI Where stories live. Discover now