Chapter 18

2.5K 169 62
                                    

Esoknya ... Ramai pelajar dah mula pulang ke Asrama . Dan Kahar ? Kahar asyik mengekorinya ke mana sahaja . Macam anak anjing .

" Kau tak penat ke asyik ikut aku kesana ke sini ? " Aireen akhirnya bersuara .

" Tak . Aku akan ikut kau sampai kau maafkan aku dan nak bercakap dengan aku . " Kahar berkata . Ni bukan Kahar ni . Suara dia agak lembut . Tak macam suara garau miliknya .

" Eyshhh . Suka hati lah ! " Aireen malas nak layan .

Aireen masuk ke dalam perpustakaan . Dia ingin mengulang kaji . Minggu depan dah peperiksaan pertengahan tahun untuk form 4 sahaja . Kalau dia gagal , conferm kena tibai .

Kahar yang tak pernah masuk perpustakaan pun hanya mengekori . Dia mencapai sebuah buku dan duduk di hadapan Aireen .

Dia tak melihat buku . Dia hanya melihat Aireen .

Cantik betul kau ni , Aireen ....

Dia meletakkan kepalanya di atas meja sambil menjadikan lengannya sebagai bantal .

Dia terlelap .

++++

Senangnya lahai kau tidur , Kahar .

Aireen melihat wajah Kahar . Cahaya matahari dari luar menyinari muka Kahar . Wajah Kahar berkerut .

Aireen mengambil sebuah buku dan menutup muka Kahar yang sedang sedap tidur tu .

Dua jam juga lah dia ulang kaji di perpustakaan sambil ditemani oleh seorang putera beradu .

Aireen tersenyum . Sejujurnya , dia rindu Kahar . Dia rindu untuk dibuli oleh Kahar . Tapi itu lah ... Apa yang Kahar buat padanya dah melampau .

Dia bangun dan keluar dari perpustakaan , meninggalkan Kahar .

Dah asar . Dia nak pergi solat .

++++

Bunyi kompang boleh didengari . Kahar berada di dalam biliknya , di depan cermin . Dia berbaju melayu putih , lengkap bersamping dan songkok . Seperti orang yang akan berkahwin .

" Apa hal aku pakai baju putih ni ? " Kahar bertanya pada dirinya sendiri .

" Aku nak kahwin ke tho ? " Kahar penasaran sendiri .

Kahar turun ke bawah dari tingkat dua rumahnya . Di ruang tamu , terlihat dulang-dulang seperti hantaran kahwin .

Tapi siapa yang nak kahwin ?

" Bang . Siapa nak kahwin ni ? " Kahar bertanya kepada salah seorang abangnya yang turut memakai baju melayu berwarna putih .

" Ayah . " Abangnya menjawab .

" Huh ?! Dengan siapa ? " Kahar terkejut . Gila kau tak terkejut ? Siapa je yang nak kahwin dengan bapak dia sekarang ni ? Buta ke apa ?

" Dengan aku . " Suara seorang perempuan kedengaran dari belakangnya .

Aireen . Dia memegang tangan ayahnya , Dato' Abu Yamin , sambil tersengih jahat pada Kahar .

" WHAT THE HELL , LAH SIAL ? " Kahar menjerit .

Zzzapp !!

THE KAPLA'S CINTA HATI Where stories live. Discover now