UR 1

12.1K 338 6
                                    

Telefon bimbit bermain laju pada aplikasi tiktok yang tertera. Perhatian dia bukan pada aplikasi itu namun entah ke mana. Banyak perkara yang berlari di awangan minda Khalea sekarang.

Beralun mengikut hempasan telefon di atas katil manakala kepala berpusing menghadap rakan sebilik dia. Mungkin perasan akan dirinya ditonton, Faima hanya membalas pandangan bersama kerutan didahi.

"Peninglah nak intern dekat mana...dua bulan je lagi. Resume pun belum buat...kau dah ada target company ke?" tanya Khalea sambil mengoncangkan badan rakan baiknya seangkatan roomates! Malang hanya keluhan yang dia terima dari gadis yang kelihatan muram itu.

Jujur mereka berdua hampir berputus asa tapi mereka mahu graduate first class, maka pemilihan syarikat sangat penting buat dua rakan ini sudah target untuk mendapatkan GPA yang bagus semasa praktikal kelak. Semester sebelum ini sangat tidak ramah dan hanya menghancurkan CGPA mereka.

Selepas selesai sahaja solat isyak, Khalea dan Faima mula menyiapkan resume mereka. Penat dan melelahkan kerana mereka tiada apa- apa untuk ditulis didalam resume tersebut. Khalea dengan perwatakan introvert dan Faima yang seratus kali lagi introvert punca mereka tiada sumbangan sepanjang degree mahupun diploma.

"Kita nak tulis apa ni, Khalea. Kalau semua syarikat taknak kita macam mana? Aku taknak CGPA aku makin jatuh" hampir menitis air mata Faima yang merenung tepat kedalam anak mata Khalea.

Rakan-rakan mereka yang lain semuanya sangat aktif dan kerap mengambil tempat dalam program yang dijalankan di universiti dan kadang kala turut menjadi penganjur bersama. Hm, pasti banyak yang boleh mereka cerita semasa interview nanti.

Nak jealous pun sudah tiada guna...

"Alah! tak mungkin mereka tengok aktif  atau tak sepenuhnya. Aku yakin mesti mereka akan check latest CGPA kita juga. If not...buang masa je kita study bagai nak rak tapi CGPA langsung tak tengok" puas Khalea cuba untuk menenangkan Faima walaupun dengan menipu diri sendiri.

Ya, dia tau CGPA dan aktiviti di kolej bergerak seiringan tapi dengan sikapn dia yang sukar bergaul menyebabkan mereka memilih untuk tidak mengikuti program yang dianjurkan.  Ada juga satu dua program yang mereka join itupun terpaksa hanya untuk mengutip markah yang ditetapkan oleh kolej mereka. Kalau tidak, mereka lebih suka tingal dirumah dan tidur.

Nota yang penuh dengan aktiviti dan pengalaman yang sedikit sebanyak dia dapat sepanjang menjadi pelajar di ambil. Dua nota tersebut dipegang dan dipeluk sambil berselawat berdoa agar Allah memudahkan segala yang baik buat dirinya.

Laptop yang dari tadi tiada pesanan mula keluar notifikasi bahawa masa dia telah tiba untuk di temuduga. Khalea membaca bismillah sebelum menekan button join.

Alhamdulilah selesai semuanya, lebih dari dua puluh syarikat telah Khalea memohon dan pilih yang terbaik untuk praktikal lagi dua bulan.

Harapnya adalah salah satu yang menerima dia dan paling penting dekat dengan rumahnya kerana dia tidak mempunyai lesen dan takut untuk memandu!

Sebenarnya selepas Khalea fail test jpj dia terus malas nak sambung belajar, tiada masa katanya. Alasan je semua tu, dia yang malas...dan takut

Tepat jarum jam menunjukkan nombor dua belas, setiap dari mereka mula berselerak keluar dari kelas untuk mengisi perut yang kosong sejak pagi.

"Aileen, kau makan dulu tak? Aku lapar..."  lengan Aileen, Khalea tarik kedalam pelukan manja. sekali jemari di bermain diperut sendiri kononnya lapar sungguh lah itu.

"Jomlah! kau mesti takkan tolak bila aku ajak makan hehehe" masih Khalea menarik tangan Aileen terus melangkah ke kafe bersama beberapa lagi rakan mereka yang turut mengekori.

"Minggu depan, berapa lama eh kita cuti study week? Semua balik ke?" Farya bertanya sambil menyuap ayam kedalam mulut Talia.

"Dalam 10 hari macam tu, semua dah beli tiketkan?" sampuk talia dengan mulut yang penuh dengan nasi dan lauk kari ayam.

Tak faham Khalea dengan dua orang ini memang setiap kali makan tengahari macam ini. Tahu lah rapat tapi sampai makan sepinggan. Nak kata tak tegak dua dua tak single.

Setelah selesai makan, mereka berpisah dan ke kelas masing - masing yang seterusnya. Jadual kelas pada hari ini memang sangat padat. Dari pagi sampai petang, tak apalaj dah namanya student kan.

Mata terbuntang luas melihat notifikasi yang baru sahaja menyinar seluruh screen telefon miliknya. Sekali nafas, email yang diterima Khalea dihadam. "WEH! WEH! WEHHHH!" Khalea menjerit bersama telefon bimbit ditangan dan menunjuk setiap tulisan yang tertera di email yang baru saja dia terima.

"Kau ni kenapa?! Dah macam beruk terjerit-jerit...beruk pun lagi sopan" marah Aileen apabila Khalea menerjah kekatil dia. Aileen sedang layan Bella Khan kot! Sampai terjatuh telefon dia!

"Baik sikit mulut kau eh! Aku lagi sopan dari beruk. Hmph! pijak kau baru tahu" balas Khalea sambil mengangkat kakinya sebelum cuba untuk memijak badan Aileen.

"Argggghhhhhhhh sakit! sakittt! lepas kaki aku! kau lepas sekarang kalau tak aku rampas crush kau eh. Aku chat dia sekarang! berani kau cuba untuk menyakiti aku" terjerit Khalea apabila Aileen menarik kaki dia sehingga menyebabkan Khalea terjatuh menyembah katil...nasib baik atas katil kalau tak sudah benjol kepala dia.

"Oh?! kau ingat kau cantik semua orang nak kau ke ha?" Marah Aileen.

"Kalau dia taknak sudah! Welk. Aku pon tak nak" mulalah dia menjelir lidah.

"Aku nak tunjuk ni je! alamak kau ni" balas Khalea sambil menunjuk skrin phone kepada Aileen.

"Seriouslahh! Wahh...aku tak dapat pun email. Kejap aku check!" terus di ubah skrinnya yang tadi terlihat Bella Khan sedang unboxing barang ke bahagian email.

Beberapa kali juga Aileen scroll email. Kot kot lambat masuk sebab internet masalah. Kali ke enam dia reload email dia akhirnya ada satu email yang bertajuk 'Penerimaan intern di Firm'.

Terus berubah raut wajah Aileen. Tidak terucap betapa gembiranya dia.

"Faima dapat mana?" tanya Aileen setelah dia habis baca email yang diterimanya.

Yalah dia tak boleh nak gembira sorang- sorang kawan dia yang lain juga sedang berharap.

"Tak sama syarikat tapi antara yang dia nak juga so okay lah kot. Most of us tak dapat yang sama" balas khalea sedih dalam kegembiraan.

Walaupun dia sedih dia tak dapat intern bersama rakan- rakan serumahya tapi its okay! dia bersyukur untuk diterima berkerja di syarikat tersebut.

Jatuh air mata Khalea secara tiba-tiba kerana dia terfikir mampukah dia survive seorang diri, selama ni Aileen ada bersamanya. Buat semua perkara untuk dia tapi sekarang dia seorang diri. Takutnya..


─── ⋆⋅☆⋅ ──

CUKUPKAN UNTUK FIRST CHAPTER ??

Okaylah Jangan lupa like tau

Kalau jumpa typo bagitaulah 👉🏻👈🏻 Maklumlah jari beso.

KALAU TAK BEST BAGITAU SAYA
KALAU BEST BAGITAU ORANG

˶ᵔ ᵕ ᵔ˶
To be Continued

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now