UR 30

4K 208 19
                                    

Pinggan mangkuk dikutip sebelum diletakkan didalam singki. Kehulu kehilir kaki bergerak langsung tidak memgendahkan orang lain tetapi bibir tidak putus dengan senyuman.

Khalea sedang jadi sukarelawan dirumah bangsawan ke apa ni?

Langkah terhenti apabila ada tangan menarik tangan kecilnya. Kaki hanya menurut dan membuntuti wanita bertudung labuh itu. Dirinya dibawa sehingga keluar rumah tanpa dia tahu hala tuju.

"Ni kita nak kenalkan bakal menantu kita" tangan Khalea ditepuk-tepuk beberapa kali. Khalea menghadiahkan senyuman manis pada richie richie aunty dihadapannya sekarang.

Tangan dihulur untuk bersalam, mujur setiap dari mereka menyambut salamanya jika tidak mana nak letak muka cantik dia.

"Ini Raja Salwa ibunya Megat Zimr....yang ni Tengku Nora umi Tengku Nadim dan yang paling comel ni Tengku Mawar mamanya Tengku Fai" terang Puan Sri Amina satu persatu. Mata bergerak-gerak seiring mengingati nama satu persatu.

"Saya Khalea" lontar Khalea sesaat melihat Puan Sri Amina merenungnya memberi tanda.

"Wahh untung kau Min. Cantik budaknya" Puji Raja Salwa, lengan Khalea dielus perlahan.

"Kamu takda kawan ke Khalea? Untuk anak aunty tu" bibir dijuih kearah Tengku Nadim dan Megat Zimr yang sedang bermain tepuk amai-amai bersama.

Suara kuat mereka menyanyi lagu permainan itu dengar sampai luar rumah. Beberapa orang kanak-kanak duduk didalam bentuk bulat melihat kegiatan mereka berdua. Mungkin minat untuk join sama.

Tengku Nadim berbaju melayu coklat pekat dan Megat Zimr berbaju melayu cream. Hanya mereka berdua yang berbaju melayu dan bersongkok siap dengan samping.

"Amboi segak sungguh budak berdua tu" tegur Puan Sri Amina tercenggang.

"Itulah aku pun terkejut tengok dia bersiap tadi katanya nak feeling nikah" kata Raja Salwa. Kepala digeleng berkali-kali pening dengan perangai tidak matang anak tunggalnya.

"Nikah apanya calon pun takde" sambung Tengku Mawar, tapak tangannya melekat didahi.

Tersenyum Khalea melihat empat rakan itu bergelak tawa. Tangan kanannya yang dari tadi masih digenggam elok Puan Sri Amina dipandang sekilas. Dia termenung lama memikirkan keikhlasan yang dia terima dari keluarga kecil Hakeem.

Tidak dia sangka dia akan disayangi setulus ini dalam masa yang sangat singkat. Adakah dia sedang mainkan perasaan wanita separuh abad ini? Kerana dia dan Hakeem langsung tiada apa hubungan saat ini. Hati mengeluh perlahan.

"Sudahlah pergi makan sana, aku nak kenalkan menantu aku dekat orang lain" excited Puan Sri Amina lantas membuka langkah ke arah tetamu lain. Khalea tanpa pertanyaan terus gerak bersama.

Lepas satu-satu tetamu dikenalkan pada Khalea. Hampir muntah Khalea dibuatnya disebabkan terlalu banyak nama dan wajah yang perlu dia ingati.

Kesana kesini tidak ada perhentian, Kepala Khalea mula berpusing. Dirinya juga belum sepenuhnya sihat dari demam semalam.

"Umi Fei nak pinjam girlfriend Fei kejap" tahan Hakeem ditengah jalan ke tetamu seterusnya. "Sekejap je nanti umi nak menantu umi balik" balas Puan Sri Amina. Ditinggalkan mereka berdua tercegat disitu.

Lengan baju Khalea ditarik lalu Hakeem berjalan kearah dapur. "Duduk" arah Hakeem tegas. Kaki laju menadah Air sejuk dan dihulur pada Khalea.

"Janganlah ikut sangat umi tu kalau penat"

"Muka dah pucat macam tu"

"Saya risaulah"

Khalea hanya menadah telinga mendengar bebelan Hakeem. Habis takkan Khalea nak tepis tangan Puan Sri Amina pula kan? Tak fikir ke apa Hakeem ni.

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now