UR 36

3.7K 204 12
                                    

Sesama merenung satu sama lain ada mata menggoda ada juga puppy eyes yang meminta perhatian. Separuh hati mahu merajuk separuh lagi mahu luangan masa bahagia bersama cinta hati.

"Sweetheart" tegur Hakeem melihat gadis itu masih tidak menoleh memandang dirinya.

Khalea tidak bergerak.

"Pumpkin! Saya yang sepatutnya merajuk tau sekarang ini!" Rungut Hakeem dia menyilang tangan didada.

"Nak merajuk pun tak payahlah tengking saya!!!" Khalea berbalah tidak mahu kalah.

Amboi! Hakeem bangun dari kerusi terus kearah Khalea yang berdiri tegak didepan meja kerja dia. Nak kena budak pendek ni! Lengan Khalea ditarik lantas dua belah kawasan bawah lengan gadis itu dikaut perlahan sebelum diangkat dan semudah abc gadis itu sudah terduduk elok dia atas meja.

Membuntang besar mata Khalea sama sekali dengan tapak tangan kecil itu menampar nampar badan sasa Hakeem.

"Biasaaa dia tu!" Marah Khalea. Entah serious atau tidak. Hakeem tergelak gembira tetapi hanya beberapa saat sebelum bibir mencebek turut ikut berlakon.

"Siapa kasi tuan sentuh saya? Huh?!" Dahi dikerutkan muka tajam memandang Hakeem yang menunduk.

"Amboiiii" sambung Khalea lagi suara sikit ditekan.

Sedang Khalea seronok bergurau dia tidak tahu banyak perancangan nakal berjalan diminda lelaki itu. Bermula dengan badan membongkok lalu tangan menahan dikiri dan kanan Khalea.

Dia menilik seluruh wajah cantik gadis miliknya tanpa satu kelipan dimata. Lama-lama bibir terukir senyuman sinis. Khalea sudah entah kali keberapa meneguk saliva. Ketar ketir dia. Risau tiba-tiba ada yang masuk bilik lelaki ini habis dia kene tangkap basah.

Dia tidak mahu kahwin dengan Hakeem.

Sekarang.

Kalau nanti masih difikirkan.

"Saya dah lock pintu" ternaik sedikit mata gadis itu. Lelaki ini ada telekinesis ke apa boleh baca fikiran orang.

"Habistu dah kunci pintu nak buat apa?" Jawap Khalea polos.

"Sekarang pandai menjawab eh sayang saya ni" Khalea hanya menyengih. Taklah Khalea memang suka menjawap cuma belum berani saja.

"Siapa?" Tanya Khalea

"Sayanglah" Pintas Hakeem sebal.

"Siapa tanyaaaaa" Hakeem mengeluh terkena lagi dia.

"Ishh aku gigit mulut tu geram je aku" jerit hati Hakeem menahan sabar dan geram dengan perangai comel Khalea.

"Tuan tak penat ke?" Hakeem tersenyum mesti Khalea mahu memberi punchline untuk dia.

"Tak, setakat lari dalam hati sayang. I can do this forever" jawap Hakeem yakin.

"Eh bukan bukan" tergelak besar Khalea sekarang. Zaman bila orang main punchline ni takde dah. Dia gosok-gosok perut menahan gelak. Ini terlalu kelakar buat dirinya. Yakin sangat tuan dia ni.

Wajah beku Hakeem tonjolkan tapi masih Khalea tidak mahu henti gelak. Dia dekatkan wajah mereka satu cm sebelum hidung bersentuhan Hakeem berhenti.

"Gelak lah lagi gelak" berang Hakeem.

"Ish! Tepi-tepi" tangan kecil itu menolak dada bidang Hakeem. Terus berubah wajah bersih Khalea. Murung.

Dia bingkas bangun dari berjalan ke hadapan pintu. Khalea berdebar jadi dia mahu keluar untuk selamatkan jantung dari terus bekerja dan mungkin meletup. Pipi sudah memerah bak tomato. Kalau Hakeem nampak malulah dia.

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now