UR 47

3.6K 209 39
                                    

Lirikan mata tidak fokus pada jalan tetapi pada Khalea yang terbaring dan masih tidak sedarkan diri di bahagian tempat duduk belakang.

Jalan yang kosong membantu Hakeem untuk terus memecut kereta untuk mencari hotel berdekatan. Pedal minyak ditekan kuat bersama akal fikir hanya pada Khalea. Dia langsung tidak hiraukan keadaan sekeliling.

Suasana senyap diwaktu malam tiba diganggu radio yang menyala. Suara lunak yang tersembur dari speaker kereta menimbulkan kerutan didahi licin Hakeem.

Kedua belah tangan yang setia pada stereng kereta mendadak kaku. Dada mula naik turun bersama debaran dan yang mulai memuncak. Kini dia pasti kereta dia sedang dikawal.

Tangan yang mengeletar dia cuba lepaskan stereng perlahan-lahan untuk memastikan apa yang sedang berlegar diminda. Jemari dilepaskan sepenuhnya, dan kereta itu bergerak dengan sendirinya.

Mata kian membesar melihat stereng itu bergerak tanpa disentuh. Dia pasti system dalam smart car dia sudah digodam. Dia tahu pangkal akhir dari situasi kini. Dia melilau melihat keadaan dihadapan ada gaung. Merasakan kereta bergerak semakin laju diatas jalan, Hakeem harus bertindak pantas.

Namun dia juga tersekat dalam situasi. Hakeem buntu.

Pantas kaki keluar dari bahagian pemandu dia beralih ke tempat duduk belakang dimana Khalea berada. Dia pandang Khalea sesaat sebelum dia cabut jaket sendiri dan dia balut pada badan gadis itu. Kereta semakin laju. Gaung juga mendekati.

Hakeem angkat badan Khalea secara duduk dan dia buka pintu kereta bersebalah gadis itu. Bunyi angin kuat menerpa hati sendiri. Adakah ini pengakhiran dia dan Khalea. Hancurnya hati dia kerana tidak sempat membahagiakan gadis kesayangan dia.

"I love you with all my heart sayang. If this is the end of our story...i just want to let you know you are the best dream to ever exist in my life. I hope our chapter have a different ending" air mata mula jatuh. Terketar-ketar jemari Hakeem cuba menyentuh wajah Khalea yang kelihatan tenang.

"I will keep our memories in my heart forever sayang saya. Even when the death do us part" tangan laju menolak badan Khalea keluar kereta sebelum seluruh badan gadis itu terlentar diatas jalan.

Segala memory mereka bersama mula muncul di awangan. Makin laju air mata jatuh. Bibir tidak berhenti mengucap dua kalimah syahadah dan selawat.

Dari mula perkenalan mereka dimana dia membawa gadis itu pulang kerumah ibubapanya. Tersenyum dalam tangisan dia memikirkan waktu itu kembali. Apalah yang Hakeem fikir waktu itu. Mungkin ketika Khalea berani membalas kata dengan wajah cantik Khalea saat itu membuatkan hati beku dia kembali mencair.

Tambah lagi umi dia sendiri approve Khalea pada kali pertama dia bawa pulang semakin meyakinkan kata hati dia tentang bakal penghuni tetap disitu.

Berbunga-bunga hati dia setiap kali melihat perkembangan Khalea dalam menerima dia dalam hidup gadis itu. Dari permulaan yang dia kerap menyakiti gadis itu sehingga Khalea yakin dalam ketulusan cinta mereka.

Semua yang dilalui Khalea adalah punca dari dia setiba waktu ini juga salah dia. Jika dia tidak mementingkan diri untuk memiliki Khalea pasti gadis itu sudah bahagia sekarang.

Tangisan langsung tidak mampu berhenti. Wajah Khalea kerap muncul pada semua masa mereka bersama. Sewaktu Khalea finally mengatakan yes untuk menjadikan mereka milik satu samat lain. Betapa gembira dia. Senyuman tidak putus persis air mata.

Bangg bangg

Kereta Hakeem sudah sepenuh jatuh kedalam gaung. Kereta itu berpusing-pusing beberapa kali sebelum berhenti di penghujung. Hakeem terbaring longlai. Mata yang terpejam rapat membawa perasaan tenang didalam hati.

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now