UR 13

4.7K 221 2
                                    

Nafas ditarik sedalam mungkin sebelum dihembus kembali bagi menenangkan diri sendiri. Tahu Khalea takut akan dirinya sekarang kalau tidak mengapa dari tadi gadis itu menunduk saja.

"Love" panggil Hakeem dengan suara dilembutkan sebaik mungkin.

Terus Khalea mengangkat kepala menoleh pada Hakeem di tentangannya. Melihat Hakeem sudah lebih tenang dan hanya melontarkan senyuman padanya terus dia juga berubah lebih tenang.

Jujur tadi dia takut dengan dua keadaan. Bagi seorang yang sangat introvert sepertinya jika ada orang random menegur ataupun melihatnya sudah boleh buat dia gugup.

Apa lagi situasi berlaku tepat di muka Hakeem Rafei. Tertoleh melihat raut wajah beku Hakeem dengan mata tajam merenungnya bersama tangan dikepalkan membuatkan Khalea lebih meremang. Dia hanya mampu menunduk.

"I'm not mad with you, Sweetheart. I geram dengan waiter tu je" terang Hakeem menidakkan keadaan. Senyuman masih utuh diberikan.

Jujurnya dia marah kerna Khalea membalas senyuman pekerja itu. Senyuman Khalea hanya milik dia.

"Makanlah" Khalea mengangguk.

Tersengih lalu nasi lemak ayam itu menjadi perhatian. Entah kenapa Khalea lapar sedap sungguh lihat makanan di atas meja.

"Semalam umi tanya bila nak datang rumah" tiba-tiba Hakeem menutur kata.

Khalea yang sedang melahap makanan terus terhenti, kening kedua belah terjungkit sedikit.

"Oh" terdiam Khalea. Masih segar dalam ingatan janji dia pada Puan Sri Amina dua hari lepas. Tetapi dia tidak agak wanita itu untuk kembali bertanya hanya lepas beberapa hari.

Sudah macam mana ini? Itulah Khalea pandai sangat buat janji kan dia yang tersangkut sendiri. Ikutkan Hakeem mestilah dia lagi suka untuk membawa Khalea pulang kerumah ibubapanya.

"Its okay i dah bagitahu umi you busy" sampuk Hakeem meredakan rasa tidak tenang dalam diri Khalea.

Fuh nasib baik...Khalea memandang Hakeem dan kepala di gerakkan keatas kebawah beberapa kali.

"Tapi i tak tahu lah how long i boleh tahan umi tu. Macam dah tak sabar betul nak jadikan you menantu dia" sambung Hakeem.

Ya tuhan tadi batu jatuh atas kepala Khalea sekarang apa pula..sudah mahu menangis Khalea disitu.

Kepala diangkat sedikit bergetar-getar bibir Khalea melafaskan reaksi. Dia buntu dia tidak ada balasan untuk dua penyataan dari Hakeem.

"Boleh tak kita tak cakap pasal ni. Tuan dah janji enam bulan kan untuk kenal each other" idea dari mana entah datang terus Khalea luahkan.

"Yes tapi i tak pernah janji untuk tak propose you Khalea in that damn six month" sekali lagi Hakeem merenung wajah cantik dihadapan dia sekarang.

Tercenggang Khalea dibuatnya. Tidak, dia tidak mahu, Khalea belum bersedia untuk jadi milik orang. Sesiapa pun.

Khalea membalas renungan Hakeem tadi. Apa fikir Khalea takut ke?

Yang berkuasa sekarang adalah dirinya bukan lelaki tentangan dia sekarang. Hakeem yang nak Khalea kan..

Seperti orang rabun jauh tidak pakai kaca mata tetapi mahu baca menu di fast food.. tajam sungguh pandangan Khalea sekarang.

Selepas lima minit dalam keadaan seperti itu Hakeem berdehem menoleh kekiri. Tidak mampu Hakeem menatap Khalea lama begitu. Risau dipaksa gadis itu pulang kerumahnya pula. Dia sendiri tidak mempercayai dirinya.

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now