UR 45

3.3K 202 17
                                    

Sebelas malam. Jemputan juga semakin berkurang. Hanya keluarga yang masih tersisa. Tiada apa yang perlu dikemaskan cuma gambaran terakhir sebelum semua bergerak pulang ke rumah.

"Khalea!" jerit Aileen. Khalea terus menoleh kearah Aileen yang berjalan sedikit pantas mendapatkan dia. Kening terjungkit bertanya.

"Teman aku pergi toilet...aku tak tahan ni" bibir mendekati telinga Khalea yang berlapit tudung. Peha dikepit menahan rasa. Khalea tergelak melihat kerenah Aileen.

"Jom" ayunan baju kurung dia bergerak turut sama. Khalea jalan melepasi Hakeem dan kenalan mereka.

"Sayanggg" Hakeem tegur. Terhenti gerak langkah Khalea tanpa melihat kiri dan kanan.

"My love, nak pergi mana?" soal Hakeem dengan senyuman manis. Lirikan shawl Khalea, Hakeem betulkan. Dia saja mahu bermain dengan tudung gadis kesayangan dia.

Walau sudah sedikit tidak betul tapi masih elok terletak. Serabai pun cantik cinta hati Hakeem Rafei ini.

"Teman Aileen pergi toilet ke-"

"Khalea! Cepat aku dah tak tahan ni!!" Aileen menjerit seperti berbisik tidak mahu orang dengar.

"Alright, hati-hati love" sentuhan akhir pada tudung gadis itu sebelum dia lepaskan lembut seraya Khalea beralih arah mencari jejak Aileen yang sudah hilang dibalik dinding.

"Apesal gelap sangat...mana suiz lampu" bebel Khalea seorang diri setiba di tandas diluar dewan. Kenapalah budak mental ni pergi toilet luar! Dalam dewan ada.

"AILEEENNN" suara dinaikkan memangil Aileen bagi mengurangkan rasa getar dihati. Mahu keluar untuk pangil Hakeem tapi tak mungkin dia tinggalkan Aileen seorang diri.

"YEEE SABARLAH!" marah Aileen disebalik pintu. Fuh! lega perempuan ni ada dekat dalam. Risau dia yang tersesat.

"Cepatlah Aileen!" lengan baju diusap laju berkali-kali. Debaran hati tanpa punca menakutkan diri sendiri. Bulu roma mula berdiri tegak. Kepala ikut arahan minda berputar kesana sini mencari punca hati yang tidak tenang.

"Kau berak ke hanat?! Apa yang lama sangat!"

"Kau sabar boleh tak? Aku cuba ambil mood untuk meneran ni. Yang kau tak sabar sangat dah kenapa?" phone ditangan dia slide pada applikasi tiktok. Selalu dengan cara ini lebih mudah hilang sakit perut.

"Kat luar ni gelaplah bo-"

"Ish! ye ye. Nak siap dah ni" berang Aileen. Hilang mood yak dia. Nantilah dia sambung dirumah atleast lebih selesa.

Pintu ditolak dan dia sendiri terkejut melihat keadaan diluar. Mungkin kerana terlalu tidak tahan untuk membuang air tadi, Aileen langsung tidak perasan akan kawasan sekeliling. Dek akal cuma untuk melepaskan hajat yang sudah lama betapa didalam diri.

"Khalea" nama gadis itu disebut perlahan. Aik? tadi bising sangat. Tiba-tiba hilang pula...

"Khaleaa kau tak payah nak terkejutkan akulah! Kita takde masa" suara dikuatkan sedikit namun masih sama. Khalea tidak menyaut.

"Dah masuk mungkin" bahu terangkat sedikit lalu dia beredar dari kawasan itu kembali masuk dalam dewan. Tak guna punya kawan tinggal aku sorang-sorang!

Dia cuba membuka pintu gerbang malangnya tersangkut seakan ada yang menolak dari bahagian dalam. Aileen lepaskan tombol membiarkan orang disebalik pintu untuk buka terlebih dahulu. Baru separuh pintu terbuka luas, badan tegap Hakeem memenuhi retina mata coklat Aileen.

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now