UR 8

5K 262 17
                                    

Selepas hanya lima hari mula intern. Cuti. Selalunya kelas harian hanya menempatkan tiga hari ke kampus. Empat hari sebaliknya cuti.

Sejak intern cuti hanya dua hari. Hari minggu.

Meja makan menjadi tujuan setelah makanan yang dipesan secara atas talian tiba sebentar tadi. Excited! terus bungkusan dibuka.

Disebabkan dia seorang diri dirumah sekarang. Upin dan ipin menjadi meneman makan. Episode random dipilih. Tiada lah sunyi sangat keadaan.

Suasana damai damai sekarang memberi ketenangan buat Khalea. Ada juga kadang kedengaran bunyi kereta lalu lalang.

Selesai dia habiskan makanan. Sofa menjadi pilihan. Lama dia termenung.

Perbualan dengan Aileen malam tadi bermain di fikiran.

"Tapi aku memang taknak kahwin dengan dia..." ansur sahaja setiap kata yang keluar dari mulut Khalea.

"Boleh aku tahu kenapa?" Balas Aileen lembut.

"Semua ni terlalu cepatlah! Dia tu redflag"

"Sebab apa yang dia buat?"

"Haah"

"Aku takut"

"Look Khalea. Its okay if you don't want him. Just have a good talk and explain everything. It's a skill you have." ditepuk-tepuk bahu Khalea menyalurkan semangat.

Tersedar dari lamunan, Khalea mengeluh panjang. Jalan terbaik adalah dengan berbincang. Applikasi Notes dibuka.

Mula menulis apa yang dipendam dan perlu diluahkan pada Hakeem kelak.

Tiga puluh minit juga dia menyuarakan isi hati. Sudah sempurnya semuanya. File disimpan sebaiknya. Semoga apa yang ditulis dapat diterima oleh Hakeem.

Walau dia tahu tidak mungkin setiap perenggan akan dibicarakan. Tapi atleast beban dipikul telah terbuang.

Hari masih awal. Khalea pilih untuk menonton drama Korea. Lama dia tak layan drama korea. Pilih satu. Dibelek applikasi Netflix. Drama bertajuk 'King the land' menjadi perhatian.

Sudah beberapa kali drama itu lalu di timeline fyp tiktoknya. Mungkin jodoh dengan hero cerita tu? Eh.

Satu persatu episode habis. Dia kepenatan. Masih ada satu jam sebelum azan zohor berkumandang. Kepala dibaring sekejap, tanpa sedar terus lena dibuai mimpi.

Kringggg kringgg

Kuat bunyi phone Khalea berdering. Tidak melihat caller. "Hello siapa ni?" Khalea dengan suara mamai bertanya.

"Baru bangun ke?" soalan dibalas soalan.

Huh. Dilihat siapa yang call dia tetapi hanya phone number yang tertera.

"Siapa ni" masih soalan yang sama.

"Your Future Husband"

"HUH??"

"It's me sweetheart"

Dengar sahaja perkataan sweetheart yakin ini Hakeem Rafei. Dia seorang sahaja yang memangil Khalea begitu.

"Oh tuan, kenapa ya?" makin membesar mata kecil tadi. Terus segar dari mengantuk.

"I'm outside, get ready kita lunch" berdiri menyandar pada kereta tepat diluar rumah Khalea. Sudah hampir 10 minit sebenarnya disitu.

Keluhan terdengar. Dia seorang diri dirumah sekarang. Apa yang perlu dia buat...

Mungkin ini masa yang tepat untuk dia menyuarakan isi hatinya kepada Hakeem.

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now