UR 19

3.4K 224 15
                                    

Pagi yang tenang Khalea tempuhi sebagaimana dia lalui selama ini tanpa hadirnya Hakeem Rafei dalam hidup dia.

Setiap langkah dikira bagai ada yang tidak kena walaupun suasana nyaman menjadi peneman. Bukan tidak biasa dengan jalan yang sering dia guna untuk ke pejabat cuma hati bagai tiada penghuni.

Sesampai sahaja dipejabat kaki laju menapak kearah meja namun mata dikerling kecil kearah bilik lelaki yang hampir empat hari tidak menyapa pandangan matanya. Curious juga tetapi Khalea hanya diam dan menunggu.

Kadang kala dia pastilah ada menggangap Hakeem sudah bosan dengan dirinya dan tinggal dia begitu saja. Malas mahu melayankan fikiran sendiri biarlah betul ataupun tidak asalkan dia masih bekerja dan masih cekal habiskan intern.

Khalea mula berjalan kearah pantry untuk membuat coffee buat dirinya sebelum memulakan kerja pada hari itu akan tetapi belum sempat pintu pantry dibuka riuh suara pekerja kedengaran dari halls hadapan.

Kepala dicuek sedikit untuk mengintai.

"From today until my son is fully recovered saya akan  cover this company seperti sedia kala" setiap kata Tan Sri Hamdi menusuk ke gegendang telinga Khalea.

Terbuntang luas mata besar itu. Apa yang dia terlepas?

Tan Sri Hamdi yang lalu menerusi dirinya hanya dihadiahkan senyuman manis sebelum dia lari mencari Kak Ralita untuk keterangan.

Melihat Kak Ralita semacam busy dia tidak berkata apa hanya berdiri di hadapan bilik wanita itu dengan pintu tang tidak tertutup.

"Masuk, Khalea" tegur Kak Ralita mengawasi gerak geri Khalea bak cacing kepanasan dari dalam biliknya.

Laju sahaja kaki pendek itu bergerak ke arah Kak Ralita yang tidak senyum namun tidak marah cuma terlihat sedikit penat.

"What do you want?" Tanya Kak Ralita lagi.

"Kenapa Tan Sri Hamdi ganti Tuan Hakeem kak?" Langsung tidak bertapis Khalea bertanya. Mata terus menerus memandang Kak Ralita menginginkan jawapan.

"Ohhh ingat nak apalah tadi. Tuan Hakeem accident"

"HAHHH??!!" suara Khalea kuat keluar dari sudut bibirnya.

"Accident dekat mana kak? Tuan okay ke?" sekarang ini mata Kak Ralita yang seperti tidak mempercayai reaksi Khalea.

"Accident masa race festival and keadaan dia masih 50:50" mata sudah berubah merenung gadis dihadapanya bersama kerutan didahi. Pelik sungguh reaksi Khalea.

Tidak pernah dia nampak sebelum ini Khalea dan Tuan Hakeem bertegur sapa, lagi pula berborak. Kadang dia terfikir sekiranya Khalea tahu kewujudan Tuan Hakeem ataupun tidak.

"Amboi terkejut betul kamu. Ada apa-apa akak tak tahu ke?" Soal Kak Ralita.

"Takdelah akak Tuan Hakeem kan boss saya mestilah saya terkejut" pura-pura Khalea beri alasan. Dia juga tidak sangka kenyataan itu yang dia perlu hadapi. Fikirnya Hakeem hanya tidak sihat mungkin dari demam dan sebagainya.

"Saya sambung kerja dulu kak hehe" senyuman senget dia berikan pada Kak Ralita langsung kaki menapak setapak demi setapak kebelakang.

Setiba dimejanya phone diambil lantas number phone Hakeem didail. Tidak berangkat hanya masuk mailbox. Debaran melanda diri. Dia takut sekiranya apa-apa jadi pada lelaki itu. Dia ingin pergi berjumpanya.

Tidak senang duduk dia sepanjang hari itu kerja pun sudah tertanguh sedikit demi sedikit. Dia cuba untuk meneruskan tetapi perasaan risau terhadap Hakeem menolak diri dari berkerja

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now