UR 52

3.7K 259 43
                                    

Berbulan berputar, kini Khalea sudah selesai tempoh pembelajarannya. Tidak mahu terus bekerja dan menenangkan diri dahulu. Khalea mengambil keputusan untuk sambung setelah graduations.

Dan kini dia sudahpun mencapai segulung ijazah tanpa cinta hati disisi. Terkadang dia tergelak mengenang memori mereka bersama. Memori tentang dia akan berkahwin dengan Hakeem setelah tamat sahaja belajar. Namun sekarang dia seorang diri dibandar besar ini cuba meneruskan hidup.

Hari hari yang dilalui Khalea tidaklah ceria seperti dahulu waktu dia mula bekerja sebagai seorang intern di RAOLIE.

Dua minggu lalu, dia mula bekerja di audit firm berdekatan rumah yang disewa bersama Aileen dan Faima. Mereka juga meneruskan hidup di bandar setelah selesai graduate.

Mereka mulai tinggal dirumah yang lebih selesa untuk dibandingkan dengan rumah sewa sebelum ini. Setiap orang mendapat bilik sendiri, more privacy.

Khalea juga telah mempunyai lesen dan boleh memandu walaupun masih takut. Tetapi hanya dia yang boleh diharap untuk memandu di Kuala Lumpur.

Petang hari ini, Khalea dan Faima keluar untuk membeli barang dapur. Sedang mereka membelek setiap rak dan melihat teliti list barang yang sudah ditulis sejak awal. Mereka cuma membeli apa yang patut dan tidak berlebihan.

"Khalea" kepala gadis itu langsung menoleh apabila terdengar namanya disahut.

"Eh hi dengan siapa?" soal Khalea mesra. Faima terkaku disisi Khalea. Dia tidak kenal gerangan yang sedang berbual dengan Khalea sekarang tapi yang dia pasti lelaki itu hensem.

"Ibu...tu" jari menunjuk kearah wanita dibelakang Khalea. Khalea pantas bergegas mendapatkan Raja Salwa untuk bersalaman. Nasiblah wanita itu masih mengenali dirinya.

"Hi Khalea" kepala gadis itu sesaat Khalea mencium belakang tapak tangannya. Faima hanya mengikutilangkah Khalea dan turut segala tingkah gadis itu.

"Hi Puan Sri, sihat?" tanya Khalea lembut. Faima suda membesarkan mata mendengar perkataan Puan Sri. Sah dia tertinggal banyak benda. Megat Zimr dari tadi cuma membongkok tersidai pada troli memandang kearah mereka.

"Sihat Alhamdulilah...Khalea macam mana? Dah sembuh?" soalan berbalas soalan.

"Khalea dah sihat dan dah start kerja dah" Khalea gelak manis.

"In shaa Allah tak lama balik lah mereka" bahu Khalea diusap perlahan. Khalea mampu tersenyum kelat sahaja. Sehingga kini, update tentang ingatan Hakeem masih sama tiada perubahan.

"Kami gerak dulu, Puan Sri. Nak sambung beli barang" mereka berbalas senyum. Faima yang tercegat dan tersenyum dari tadi menoleh kearah Megat Zimr apabila wanita itu memanggil anaknya untuk turut bergerak. Alangkah terkejutnya dia, lelaki itu sedang merenung dia dengan mimik muka yang sedikit mengerunkan.

"Sejak bila kawan aku bergaul dengan Puan Sri?" Khalea tersenyum kelat teringat akan bakal ibu mertua dia yang juga turut mempunyai gelaran yang sama.

"Nanti aku cerita.." malas mahu fikir panjang. Balik nanti biar Aileen saja yang buka kata. Dia sudah malas bercerita perkara yang ada kemungkinan hancur dipenghujung jalan.

"You better be" Faima memberi amaran.

"Tapi lelaki tu hensem, boyfriend kau ke? Dia helok tapi macam scary sikit"

"Kenapa?" soal Khalea pantas. Tidak pernah sepanjang dia kenal lelaki bernama Megat Zimr dan fikir lelaki itu terlihat menakutkan.

"Entah dia tenung aku macam nak bunuh aku je...dengan muka cemberutnya" bebel Faima. Khalea sudah tersengih seorang diri dan dia abaikan gadis itu.

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now