UR 54

3.2K 208 36
                                    

Mata tajam merenung gerangan lelaki yang sedang duduk elok diatas kerusi. Tangan bercekak pada pingang sendiri. Dada turun naik mencari nafas, hati kian membara dengan api kemarahan.

"Saya suruh awak duduk berehat, susah sangat ke nak dengar cakap saya? Awak tu belum pulih sepenuhnya. Nak biar kaki tu makin bengkak ke? Biar tak boleh jalan terus? Macam tu? Biar saya yang selesaikan barang kahwin. Tolonglah semua ini untuk kebaikkan awak juga. Awak nak jalan seperti biasa semulakan? Susahlah saya macam ini" masih tidak henti bebelan Khalea pada Hakeem. Tipulah jika kata Hakeem tidak terasa hati dengan bicara Khalea tapi dia tahu gadis itu hanya risau akan keadaan dia.

"Khalea" panggil Datin Dalea. Dari tadi dia dengar anak gadis dia membebel pada bakal menantu dia. Khalea mengorak langkah mendekati ibunya.

"Ibu taknak dengar kaka marah Hakeem macam itu. Hakeem tu bakal suami kaka, tegur dengan hormat, bukan membebel tanpa berfikir. Setiap kata yang keluar dari bibir kaka tadi ibu dengar dan kalau ibu dekat tempat Hakeem, ibu akan terasa. Mestilah dia mahu menolong, ini majlis dia juga. Cuba fikir dengan waras, tak akan Hakeem tak mahu sihat, think before you speak" giliran Khalea pula dibebel. Khalea hanya menunduk sepanjang omelan Datin Dalea. Di sudut hati Khalea timbul perasaan bersalah.

"Mulut tu ibu cili nanti" sempat Datin Dalea selit amaran.

Selepas hilang gerakan Datin Dalea dari retina mata, Khalea kembali untuk mencari Hakeem. Hakeem masih setia duduk dikerusi termenung. Apa yang bermain di awangan fikiran Hakeem sekarang? Pasti bicara Khalea sebentar tadi.

Memandang kearah tongkat yang berdiri elok di dinding membuatkan hati dia memberat dengan rasa bersalah. Bibir mula mencebek menahan air mata dari keluar.

"Awak" panggil Khalea. Dia duduk dikerusi bersebelahan Hakeem. Hakeem menoleh terus menikan anak mata bundar Khalea.

"Saya minta maaf" ucap Khalea. Dia mula menunduk, tidak mampu menatap wajah lelaki yang dia sayang. Hakeem tersenyum mendengar kata maaf Khalea. Hati dia kian terusik.

"Sweetheart" tidak kasar atau tidak lembut suara Hakeem memangil.

"Sayang saya, pandang saya" kali ini sangat lembut suara Hakeem keluarkan.

"Saya minta maaf ya? Sayang cuma risaukan saya. Saya faham" bilas Hakeem sesaat mata mereka bertembung.

"Saya tahu sayang penat uruskan hal nikah kita, maafkan saya tak dapat bantu sayang" habis meleleh air mata Khalea dek kata yang hambur Hakeem.

"Tak awak, awak banyak tolong saya. Saya minta maaf. Saya salah, saya janji saya tak buat dah" bersama air mata yang kian menuruni sisiran mata, Khalea angkat tangan tanda berjanji.

Tersengih Hakeem melihat kelakuan Khalea. Hakeem geram!

"Saya tak ambil hati sayang, saya faham sayang risaukan saya" Hakeem cuba memujuk dalam senyuman.

"Kosong kosong eh" Khalea suakan jari kelingking dia.

"Esok saya sambung ikatan ini" Hakeem turut hulurkan jari dia tanpa menyentuh satu sama lain. Mereka berbalas senyuman.

---

Pagi yang indah dan menyinar disetiap pelusuk mata raja sehari.

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now