UR 26

3.8K 220 9
                                    

Tidak keruan apabila sang pemilik hati bersama wajah empunya badan tepat merenung dirinya. Namun si dia mengelak dari berjumpa. Hancur.

Berkecai hatinya.

Dia mahu Khalea. Pemegang terulung jiwanya.

Pintu yang dari tadi ditahan ditolak sedikit kuat bagi mendapatkan gadis itu. Khalea juga masih melawan tidak mahu berjumpa ataupun memandang lelaki itu.

"Sayang...Please sweetheart, I'm begging. Please let me see you" rayu Hakeem. Suara kian perlahan.

Sudah tidak mampu bersabar. Pintu ditolak lagi lantas dia menerus masuk kedalam rumah kosong itu. Pintu di tutup rapat. Khalea sudah tercegat kaku.

"Keluar" arah Khalea dingin.

"Sayang..pleasee lets talk hm?" tangan naik untuk mengusap kepala Khalea yang masih berlapikkan tuala.

Belum sempat tangan berurat itu mendarat di kepalanya tangan itu ditepis kuat. Dada naik turun menahan api-api yang mula menyala.

"Aku cakap keluar" panggilan sudah berubah. Jujur dia sangat benci dengan dirinya sekarang. Dia tidak mahu melihat gerangan Hakeem Rafei. Tidak sekarang dan tidak juga dimasa akan datang.

"Sayang saya..pandang saya" suara masih dikekal lembut tetapi masih terselit ketegasannya. Khalea menoleh dan terus menikam anak mata Hakeem.

"We talk okay..hm? Jangan tolak saya sayang" Hakeem cuba berunding. Dia kurangkan jarak antara dirinya dan Khalea.

"SIAPA SAYANG KAU?! KAU KELUAR SEKARANG! NANTI ORANG CAKAP AKU TIDUR DENGAN KAU LAGI! KELUAR!! KELUARR!!!" jerit Khalea bersama esakan yang semakin teruk. Benar dia usai penat mengalirkan air mata sepanjang hari.

Hakeem terkaku melihat Khalea bagai dirasuk. Kaki kian longlai. Terduduk dia disitu. Lantas dia mengubah posisi seakan melutut.

Dipandang Khalea yang masih berdiri bersandarkan pintu. Lama dia tenung wajah gadis itu. Dia punca Khalea perlu hadap semua hinaan orang.

"Sa-saya..minta..maaf..sayang" pahit tetapi langsung Hakeem menunduk sesaat air matanya turut mengalir. Dia tidak mampu tahan lagi. Hancur hati Khalea sekian hancur dirinya.

"I..i...will..fix..this..okay..hm?..hm?" kepala menunduk merayu meminta simpati Khalea. Malangnya gadis itu langsung tidak terkesan. Terkadang dipandang wajah Khalea berselang.

Tulus dari sudut hati Khalea dia tersentak melihat Hakeem yang terlihat ikhlas. Tidak dia sangka lelaki itu akan menitis air mata buatnya.

"Please sweetheart...i want you...i want us" bersama kaki yang masih melutut Hakeem merenung Khalea.

Khalea sudah lelah dengan keadaan sekarang. Dia hanya mahu mencari pengalaman bekerja, apa yang sudah berlaku sangat luar dari pemikirannya. Maruah dia di pijak begitu saja.

"Bangun" sekali lagi arahan dilontar Khalea. Hakeem langsung bangun.

Kedua pemilik mata yang sudah memerah merenung satu sama lain. Disini pandangan kebencian di sana pandangan penuh rayuan untuk mencintai.

"Keluar" keluhan dilepaskan. Itu sahaja yang Khalea mahukan dari Hakeem buat masa ini.

Mata dipejam lama nafas ditarik dan dihembus dalam mencari ketenangan. Dia tidak mahu keluar selagi perkara ini masih tidak diselesai antara mereka.

Jauh dari akal fikirnya untuk berjauhan dari Khalea inikan pula dia tahu keadaan Khalea sekarang.

Kaki melangkah mendekati kaki kecil Khalea. Merapatkan jurang antara mereka. Kedua belah tangannya melekap dipintu mengurung Khalea ditengah.

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now