UR 40

3.9K 214 12
                                    

Kemudian beberapa mukasurat hari merentas ke hampir bulan ke lima intern Khalea. Cukup dua bulan genap kemalangan yang terjadi pada Hakeem tempoh hari.

Setelah dipujuk dan dibeli jiwa akhirnya Khalea setuju untuk teman Hakeem pada festival hari ini dimana Hakeem akan menjadi salah seorang dari pelumba.

Mulanya Khalea bentak sekeras-kerasnya untuk lelaki itu kembali dalam dunia lumba malang dia sendiri tidak mampu mengubah pendirian Hakeem yang kononya festival itu akan memberi banyak manfaat pada orang.

Merajuk apatah lagi, dekat dua minggu Hakeem dilayan acuh tidak acuh oleh Khalea. Ada lah dua kali lelaki itu menitiskan air mata memohon agar Khalea buka mulut dan menggerakkan bibir buat dia.

Malang nasib, Khalea juga keras kepala persis dia. Bukan sahaja dipujuk Hakeem, Megat Zimr dan Tengku Nadim juga turut turun padang dalam melembutkan hati keras Khalea.

Pada akhirnya Aileen juga yang berjaya memujuk. Kata Aileen setiap perkara yang berlaku adalah ketentuan ilahi jadi tiada sebab untuk Khalea menolak takdir yang mungkin sudah tertulis buat Hakeem.

Naik turun mata Khalea memandang Hakeem menukar pakaian dihadapan dia tanpa rasa malu. Walaupun lelaki itu bersinglet tetapi segala shape badan lelaki itu masih terlihat Khalea. Sepatutnya Khalea menoleh lain pula jadinya apabila dia kekal merenung.

"Ehem" Tengku Fai betulkan suara. Langsung Khalea mendongak kearah Tengku Fai yang berdiri tepat dihadapan dia. Dahi dikerutkan, Tengku Fai sedang menghalang permandangan dia sekarang!

"If you are that crazy about him, marry him" kepala menunduk dan mendekatkan jarak bibir dia dan telinga Khalea.

"You are the only one he ever notice anyway.." sambung Tengku Fai.

"Please don't ever leave him" renungan redup Khalea membuatkan Tengku Fai bangun dan berdiri tegak semula.

Kenapa tiba-tiba, fikir Khalea. Ini kali pertama dia mendengar suara Tengku Fai. Paling tidak lelaki itu akan menjawap sepatah dan sepatah perkataan.

"My love, okay tak?" tegur Hakeem setelah Tengku Fai bergerak keluar. Dahi dia pula berpindah kerutan. Tengku Fai berborak dengan cinta hati dia dan sekarang Khalea kelihatan termenung. Mestilah Hakeem pelik.

"Hm" bingkas bangun dari kerusi bersama langkah pantas mahu keluar Khalea jawap tanpa perasaan. Ya Khalea masih merajuk, eh no, lebih kepada memberontak.

"Love.." meleret suara Hakeem memanggil sekali jemari mengapai lengan gadis muram itu. "Please don't ignore me sweetheart..."

"Just be mad at me but please...please...don't ever turn your back. I need you so freaking bad. I don't know if i can do this if you keep pushing me away" badan Khalea berpusing memandang lelaki yang dia cintai sepenuh hatinya.

Mata kuyu Hakeem merayu kerap membuat hatinya bak direntap pedang yang tajam. "Thank you for letting me see this gorgeous face...i really need it" jemari Hakeem semakin dekat dengan wajah bersih milik Khalea.

Khalea melepaskan nafas kuat "saya keluar dulu"

"Kita keluar sekali, i want the world to know that you are fucking mine" dia melangkah laju keluar bersama lengan Khalea yang digenggam tanpa dia heran tentang rasa gadis itu.

"I would love to let your world know about us, but will they ever accept me as yours" tangis hati Khalea, mata langsung tidak beralih dari genggaman Hakeem.

Sorakan kuat sesaat dia dan Hakeem keluar dari pintu utama menjadi perhatian penuh dari penonton yang lama menunggu akan penampilan Hakeem setelah beberapa bulan menghilang dari dunia lumba.

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now