UR 27

3.6K 200 16
                                    

Sampai sahaja dipekarangan rumah, Khalea yang masih lelap diangkat perlahan bergegas dia memasuki rumah tanpa menghiraukan riuh manusia yang bersepah di setiap sudut rumah dia.

"Fei, kenapa ni" tegur Puan Sri Amina dengan kaki yang mengejar langkah anaknya ke tingkat atas.

Saudara mara mula berbunyi pelik melihat apa yang sedang terjadi. Siapa gadis bersama Hakeem? Kenapa Hakeem kelihatan takut? Banyak perkara menjadi persoalan.

Seharusnya sehari setelah Hakeem keluar dari hospital, Puan Sri Amina mengadakan majlis untuk anak lelakinya itu atas tanda kesyukuran anaknya telah sihat seperti sedia kala.

Jadi majlis itu esok dan semua sedara mara telah berkumpul di rumah agam keluarga Hakeem termasuk nenek dan atok dari kedua belah keluarga.

Kewujudan Khalea semakin menjadi tanda tanya kerana selama ini Hakeem tidak pernah membuka bicara tentang wanita. Jika ditanya ada sahaja alasan yang diberikan. Selalunya Hakeem lebih suka mengelak.

Diletakkan badan Khalea secara perlahan diatas katilnya langsung dia menoleh kearah Puan Sri Amina yang sudag menimbulkan kerutan risau. Apa sudah jadi dengan menantunya ini.

"Khalea pengsan tadi mi, Hakeem tak tau nak buat apa ni umi" cetus Hakeem. Tangannya yang terketar-ketar dicapai oleh Puan Sri Amina.

"Umi panggil Aira" terus Puan Sri Amina keluar dari bilik dan turun untuk mencari anak buahnya yang merupakan seorang Doktor.

Diheret wanita itu naik ke bilik Hakeem pantas. "Aira tengokkan menantu umi kejap" pinta Puan Sri Amina.

Terjungkit kening Aira mendengar perkataan menantu namun segala persoalan ditolak ketepi dan fokusnya pada Khalea yang masih terbaring di atas katil.

Tapak tangannya diletak didahi Khalea bagi merasakan tahap suhu badan gadis itu.

"Badan dia panas....ambilkan first aid kit" arah Aira. Laju Hakeem mengangguk lalu dicapai peralatan tersebut yang tersimpan elok dibiliknya.

"Umi ada panadol?" Tanya Aira memandang kearah Puan Sri Amina. "Kejap umi ambil" balasnya terus turun mencari ubat tersebut di dapur.

"Suruh member kau tu cari kool fever" arah Aira memandang Hakeem. Tengku Fai yang dari tadi berdiri dipintu bilik didekati.

"Kau tau tak kool fever yang mana?" soal Hakeem kepada Tengku Fai. Risau rakan baiknya tersilap beli sahaja. Sudah buang masa, dia risau akan keadaan Khalea semakin teruk.

"Tau yang orang buat babi air tu" balas Tengku Fai memutar bola matanya. Apa fikir dia bodo sangat ke kool fever pun tidak tahu.

Tengku Fai keluar dan Puan Sri Amina masuk bersama secawan air dan panadol. "Hati-hati fai" ditegur lelaki itu dengan senyuman lantas air dan ubat diletakkan diatas meja bersebelahan katil.

"Jagakan Khalea, Umi nak turun kenalkan bakal menantu umi. Kat bawah dah kecoh dah tu" kata Puan Sri Amina langsung dia turun kebawah.

Kalau ikutkan dia sudah sangat excited untuk kenalkan Khalea pada family besarnya namun Hakeem yang kerap mengelak untuk mengenalkan mereka kerana terlalu awal risau Khalea tidak selesa.

"She's fine" jujur Aira. Dia betulkan posisi kepada lebih selesa. Punggung dilepaskan tepat disebelah Aira yang sedang terbaring di atas katil Hakeem.

Mata mencerlung tajam memandang Aira. Siapa beri Aira kebenaran untuk duduk disebelah cinta hatinya.

"Shushh shuhhh" badan Aira ditolak perlahan hanya untuk gadis itu bangun dari tempat asalnya. Lepas sahaja Aira bangun terus dia duduk memandang Khalea yang kelihatan lebih tenang.

"Katil aku" tegas Hakeem menoleh kearah Aira yang sudah bercekak pinggang.

"Kau buat apa kat dia ha?? Sampai bengkak mata" tanya Aira ragu. Sudahlah dia tidak pernah nampak gerangan Khalea Nur sebelum ini tiba-tiba dibawa balik dalam keadaan begini.

"Hal laki bini tak payah sibuk" balas Hakeem selamba.

"Mesti dia taknak kat kau kan"  lontar Aira mengerutkan seluruh wajah Hakeem.

"Sebab jarang orang perasan macam kau ni bawa girlfriend jumpa family gini gaya" sambung Aira.

"Atleast aku bawa balik juga..kau? ada ke lelaki nak kau" balas Hakeem mengejek.

"Baik sikit, sekali aku flip hair beratur datang" mulalah mahu bergaduh. Hakeem dan Aira tidak boleh bertemu ada sahaja yang mahu digaduhkan. Disebab kan mereka semuran sejak lahir mereka telah bersama dan sangat rapat.

Jejari Khalea bergerak perlahan terus mendapat perhatian dari Hakeem. Mata cuba dibuka perlahan-lahan. Berat sungguh kepalanya sekarang. Khalea tidak larat, langsung tiada daya.

"Sayang nak apa" tanya Hakeem mengusap kepala Khalea bagi menenangkan gadis itu. Lelaki ini langsung tidak malu, ada Aira kut!

"Bagi dia air" arah Aira.

Badan Khalea diangkat sedikit supaya mudah untuk minum. Cawan diambil dan disuakan dibibir Khalea yang mula merekah.

"Thanks" Hakeem bersuara.

"Uuuuuuuu Hakeem Rafei cakap thankssss siaaaa" ejek Aira. Ini pertama dalam hidupnya terima ucapan terima kasih dari Hakeem walaupun sudah banyak kali lelaki itu jatuh sakit dan dia yang datang merawatnya.

"Diam ah keluar sana menyebok je" halau Hakeem.

"Banyaklah kau nak kene tangkap basah ke?!" Marah Aira selamba. Mata menjeling Hakeem yang tidak mengendahkan dirinya.

"Eh dalam rumah ni ramai orang! nama je doktor tapi dibuang-buang otaknya" balah Hakeem merenung Aira. Orang nak berdua-duaan pun susah.

"Aku bagitau umi kau ada niat tak baik kat budak ni" ugut Aira.

"Aku fitnah kau..aku fitnah kau" laju kata Aira dan kaki ingin bergerak keluar.

"Kau keluar aku bagitau fai kau suka dia" cuak Aira dibuatnya. Terus terhenti langkah gadis didepan pintu.

"Siapa" soal Tengku Fai yang baru sahaja tiba bersama plastic bag. Betul-betul dia berhenti dihadapan Aira yang sudah menunduk.

Kepala ditundukkan sedikit memandang atas kepala Aira. Dia tersengih sinis. Bukan dia tidak tahu Aira ada hati dengannya cuma dia belum bersedia untuk memberi komitmen dalam pencintaan.

"Nah" plastic bag dihulurkan pada Aira. Gadis itu melangkah kebelakang laju setelah mencapai huluran Tengku Fai. Satu muka berubah menjadi tomato. Sungguh Aira malu setiap kali berdepan dengan Tengku Fai.

Aura lelaki itu berbeza. Sejak dulu dia sudah berkenan dengan Tengku Fai namun dia simpan sebaiknya dihati supaya tidak berdarah di kemudian hari.

Tinggi lampai, badan tegap, wajah yang menjadi idaman wanita. Beza Tengku Fai dan Hakeem adalah kulit Tengku Fai jauh lebih cerah dari Hakeem dan Tengku Fai tidak annoying seperti sepupunya itu.

Dua dua punya rupa paras yang helok.

Plastic itu digeledah bagi mencari kool fever. Kotak dibuka laju benda itu ditepek diatas dahi Khalea yang sudah kembali terlelap didodoi Hakeem semasa bibit diantara Aira dan Tengku Fai sebentar tadi.

Kaki terus bergerak keluar dari bilik itu. Nampak sangat ya Aira gelabah. Siapa je tidak dapat baca dari perlakuan Aira itu sendiri.

"Siapa" Hakeem meniru suara Tengku Fai sebentar tadi. Tengku Fai hanya tergelak tidak ikhlas.

_____________________________________________

12 September 2023

Whos your fav character?

To be Continue...

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now